BAB 05

487 43 6
                                    

Zara Afiyah keluar daripada ruang bilik mereka, perlahan-lahan menutup pintu agar tidak keluarkan sebarang bunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Zara Afiyah keluar daripada ruang bilik mereka, perlahan-lahan menutup pintu agar tidak keluarkan sebarang bunyi.

Madihah dan Nusaybah baru saja lena, sementara Fathi masih berada di ruang tamu tingkat pertama, berbual dengan Aisy mungkin kerana seingat Zara, yang lain sudah pun masuk tidur.

Kantuk masih belum menerpa Zara, dia juga tidak mahu duduk dalam bilik dek takut ganggu tidur sang anak. Lebih baik Zara keluar, habiskan masa di berana rumah pada tingkat tiga.

Tak sangka pula, hari ini, kesemua adik beradik Fathi mahu pulang ke rumah agam Iqram Zaris. Ingatkan cuma ada Fleur dan Harraz saja rupanya Hawa dan Aisy turut pulang ke sini. Tak mengapalah, baru meriah.

Setapak demi setapak, akhirnya Zara tiba di balkoni rumah, tingkat tiga. Tapi daripada jauh, Zara dapat lihat akan kehadiran seorang wanita di beranda tersebut. Daripada belakang, nampak seperti susuk tubuh Ayra.

"Ayra." Zara menegur.

Bahu Ayra terenjut sedikit, terkejut agaknya tiba-tiba ada suara dari arah belakang.

Zara tertawa, "Jauh termenung tu"

Ayra koyak senyum.

"Rindu Amsyar ke?" Zara ajak berbual.

Ayra tarik nafas dalam, "Mungkin?"

Dua hari Amsyar tiada, lakukan kerjanya bersama Daniel dan Firdaus. Sejak jadi ibu, jarang Ayra terima apa-apa misi. Selagi tidak mustahak, mereka tidak akan panggil Ayra untuk sertai misi di antara perisik rahsia. Lalu, sekarang...Ayra hanya sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai polis.

Saja Ayra bawa Nayla Wadhiah ke sini memandangkan Ayra dengar Fahnaz ada di sini. Ayra cuma mahu pastikan yang Nayla tidak lagi berfikiran buruk tentang Fiyaadh. Sepanjang hari ini, Nayla seronok bermain dengan anak lelaki Fleur itu, tak ada pula Nayla asingkan diri atau tanya soalan pelik-pelik.

"Zara." Tubuh Ayra beralih menghadap Zara.

"Hm?" pandangan Zara masih kekal pada permandangan di luar.

"Madihah atau Nusaybah ada tanya apa-apa soal Fiyaadh beberapa harini?" Ayra gunakan nada rendah agar tak kedengaran oleh orang lain.

Spontan, Ayra sedar yang senyuman pada wajah Zara pudar serta merta. Tak perlu tunggu jawapan daripada Zara, Ayra sudah dapat teka apa yang berlaku.

"Bukan Nusaybah, masa tu Nusaybah ikut Fathi, naik ke atas, ruang pejabat. Tapi Madihah," jawab Zara, lebih terperinci.

"Madihah ada sebut tentang baba?" Ayra bertanya soalan kedua.

Zara gigit bahagian dalam mulutnya.

"Fathi tak percaya Emir yang cakap macam tu pada Madihah tapi Madihah memang cakap, baba." Zara mengangguk.

"Tapi mustahil Emir...untuk apa dia cakap macam tu kalau layanan dia pada Fahnaz kadang melebihi layanan dia pada Haura." Ayra separa berbisik.

"Sebab tu Fathi tak percaya. Esoknya, Fathi bawa kami semua pergi hantar Emir di airport. Elok je Madihah duduk dengan Emir, seolah Emir tak pernah cakap benda tu dengan Madihah," cerita Zara.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now