BAB 16

401 44 5
                                    

Emir Amirullah menjadi orang terakhir yang masuk ke dalam ruang perpustakaan kecil dalam rumah agam tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Emir Amirullah menjadi orang terakhir yang masuk ke dalam ruang perpustakaan kecil dalam rumah agam tersebut. Sengaja Emir tiba 10 minit lewat daripada masa yang mereka janjikan, malas rasanya mahu hadap muka adik beradik lelakinya. Kalau bukan disebabkan Sumayyah memujuk, sudah lama Emir tinggalkan rumah ini. Rasa terkilannya masih ada kerana tiada seorang pun daripada empat beradik lelakinya yang sudi meminta maaf pada Emir.

"Aku baru ingat nak panggil kau dekat atas." Amsyar sambut Emir dengan perasaan senang beserta senyuman kecil.

"Perkara apa yang kau orang nak bincangkan? Penting sangat ke sampai perlu panggil aku?" sinis pertanyaan Emir, Mata Emir langsung tak melihat riaksi adik beradiknya tapi Emir yakin, kesemua mereka sedang berapi dengar persoalan tersebut.

"Sampai bila ya, Emir nak macam ni? Dah seminggu, Emir." Dayyan tidak mahu tinggi suara, tak mahu wujudkan pertengkaran baru. Tiga hari dia tak bercakap dengan Emir. Agaknya kalau bergaduh sekali lagi, mahu Emir keluar daripada rumah terus, tidak munculkan diri semula. Bukannya mereka tak tau baran Emir bagaimana.

"Maksudnya dah seminggu juga aku tunggu korang minta maaf, sorang pun tak ada yang sedar kesilapan sendiri." Emir duduk senang, kaki sebelah kanan diletakkan di atas kaki sebelah kiri, melihat adik beradik lelakinya seperti seorang bos yang tidak suka akan pekerjanya.

"Sudahlah...kita jumpa untuk bincang soal Fleur, bukan bergaduh macam budak-budak. Malu sikit dekat anak-anak." Aisy mencelah.

Emir jongket kedua belah bahu, bibir dicebik tanda tidak peduli dengan segala perkara. Malu dengan anak? Gaduh buat kali kesepuluh sekalipun, Emir tak peduli. Bukan Emir yang salah.

"Kenapa dengan Fleur?" Dayyan bertanya. Itu tujuan utama mereka bertemu sekali dalam satu ruangan pagi ini.

"Semalam, doktor yang rawat Fleur ada beritahu, kemungkinan besar, Fleur perlu pergi ke psikiatri." Ringkas saja ayat Aisy.

"Again?" Fathi membalas bersama kerutan kening.

"Siapa yang buat budak tu jadi macam tu kalau bukan korang? Sendiri buat, sendiri tanggung." Marah Emir. Sakit pula hatinya lihat Fathi beriaksi begitu, seolah berada dalam kesusahan melampau jika Fleur perlu ke psikiatri.

"Emir." Suara Dayyan naik satu oktaf.

"Betullah? Kenapa? Korang rasa Fleur boleh gila tanpa sebab? Saja-saja nak jadi gila?" Emir pandang setiap wajah abang-abangnya serta Fathi.

"Fleur tak gila." Amsyar membetulkan.

"Tapi korang yang buat dia macam nak gila!" bentak Emir.

"Aku rasa kau yang overdose gila sekarang ni." Fathi berdiri, menghadap Emir yang sudah melampau.

"Aku gila? Ya memang aku gila! Gila sebab ada adik tak kenang budi macam kau ni. Kau fikir kau siapa nak buat keputusan atas mayat mak bapa aku?!" Emir cabar Fathi. Wajahnya tidak terlihat main-main, amarahnya memang sudah meletop.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now