BAB 31

736 82 8
                                    

Dayyan Aqil masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Hawa. Hari yang panjang tetapi dapat melagakan jiwa Dayyan. Sekurangnya Harraz sudah pulang. Tiada lagi kerisauan yang membelenggu jiwa. Dayyan risaukan Fahnaz saja, takut kalau si kecil ini rasa tidak disayangi kerana si bapa jauh sewaktu Fahnaz memerlukan. Baguslah...sekarang, semuanya baik-baik sahaja.

"Abang, telefon abang tak berhenti berbunyi sejak Hawa masuk bilik tadi." Hawa memberitahu.

Mata Dayyan merantau untuk cari gajet miliknya.

"Ada atas meja solek tu,: ujar Hawa saat sedar sang suami sedang mencari sesuatu.

Baiklah kalau begitu. Biar Dayyan bersihkan diri dahulu. Solat isyak pun belum lagi. Telefon itu nanti-nanti sajalah Dayyan lihat.

Lama Dayyan mandi di dalam bilik air. Hawa yang sedang gosok baju sudah selesai lakukan tugasnya. Tinggal tutup lampu dan masuk tidur sahaja.

Kira-kira 30 minit berlalu, barulah Dayyan keluar daripada bilik air, langsung mendirikan solat fardhu isyak.

"Assalamualaikum Warahmatullah..." perlahan-lahan kepala Dayyan beralih merlihat kiri.

Selesai.

Tangan di angkat untuk baca doa. Sempat juga Dayyan kerling katil mereka, kelihatan Hawa sudah berbaring bersama tubuh yang dibaluti selimut tebal. Sudah tidur mungkin.

Sejadah di lipat, lalu diletakkan di tempatnya. Hampir pukul 12 malam. Esok hari...Dayyan tidak tahu sama ada dia mahu masuk kerja ataupun tidak. Mahu hantar anak-anak ke sekolah pun buat kerisauan Dayyan semakin menggunung.

"Imam Yunus?" kerut seribu dahi Dayyan lihat panggilan yang masuk berkali-kali daripada Encik Yunus, kira-kira dua jam lalu.

Kenapa?

Dayyan rasa...dia tiada urusan sama sekali dengan Imam Yunus setakat ini.

'Tak apalah...esok je aku call semula'

Hari pun dah lewat, risau mengganggu orang tua tu pula.

"Oh ya." Mujurlah Dayyan tak lupa akan perkara penting ini.

Dayyan Aqil buka aplikasi whatsapp. Nombor seorang peguam di cari sebelum jari mula menaip dengan rancak. Butang hantar ditekan.

Apabila rasa tiada lagi yang tertinggal, Dayyan segera tutup telefon pintarnya serta lampu bilik. Katil sudah memanggil untuk ke alam mimpi. Sekurangnya di alam sana, Dayyan terima ketenangan yang lebih.

.....

Seawal tujuh pagi Amsyar berkampung di dapur rumah. Segala periuk saling berlaga, membingitkan lagi ruang rumah yang sudah lama sunyi. Bukannya jejaka ini buat beria, hanya mahu masak nasi goreng dan buat telur separuh masak. Cukuplah untuk kenyangkan perut di pagi hari.

"Assalamualaikum." Suara berat milik Firdaus menyapa gegendang telinga.

"Waalaikumussalam"

"Sampai luar dengar kau memasak. Rasanya sama juga..." Daniel beri komen. Plastik berisi air yang dibungkus daripada restoran mamak tadi diletakkan atas kabinet dapur.

"Kalau kau nak makan sedap...keluarkan Ayra daripada penjara." Tenang Amsyar membalas sindiran si Daniel.

"Habistu kau ingat aku tengah buat apa sekarang?" Daniel lihat Amsyar bersama pandangan dinginnya.

Namun, sedikit pun Amsyar tidak gerun. Amsyar lihat tangan Daniel yang sedang pegang plastik air, mahu buka air itu kononnya tapi terbantut dek sindiran balas daripada Amsyar.

"Buka tali air." Amsyar menjawab soalan Daniel dengan begitu selamba.

Daniel pejam mata. Tangan kiri yang tidak pegang apa-apa digumpal menjadi penumbuk.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now