BAB 01

999 65 2
                                    

Fleur Sophia Theo hentikan kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah pagar yang berdiri megah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fleur Sophia Theo hentikan kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah pagar yang berdiri megah. Brek tangan di tarik sebelum lihat ke arah luar tingkap.

Perlahan-lahan, senyuman menghiasi wajah manis Fleur Sophia. Tidak tunggu lama, pintu kereta di kuak, lalu kaki menapak keluar.

Vita Reale Pre School.

Lapan tahun dahulu, Dayyan Aqil berjaya dirikan Vita Reale Middle School dan kini, bangunan bak istana raja yang menyaji pandangan Fleur merupakan sebuah lagi kejayaan yang di bina oleh Dayyan Aqil atau lebih dikenali sebagai Dato' Dayyan Aqil.

"Mama!" nyaring suara Fahnaz menyapa lubang telinga.

Senyuman semakin lebar tercarik. Fleur berdiri statik di tempatnya, menunggu Fahnaz yang sedang berlari, mahu dapatkan sang ibu.

Sekelip mata, kanak-kanak lelaki yang baru berusia lima tahun ini berada dalam dakapan Fleur.

"Berpeluhnya awak...Fahnaz Abizar." Fleur pegang kedua belah bahu Fahnaz, wajah merah si kecil di tatap bersama kerutan alis.

Fahnaz buahkan tawa, langsung tidak takut dengan pandangan dalam ibunya. Fleur Sophia buat apa saja, pasti Fahnaz akan tertawa mahupun tersenyum. Bagi Fahnaz, tiada apa yang menggerunkan pada mamanya, yang ada cuma manis semata-mata.

"Sepupu Fahnaz yang lain mana, sayang?" Fleur bangun dari terus mencangkung. Lirikan mata tertumpu pada kawasan dalam pagar.

"Mereka dah balik dulu. Tadi Uncle Emir ajak Fahnaz naik dengan uncle tapi Fahnaz nak tunggu mama sebab mama janji mama nak ambil Fahnaz." Ceria Fahnaz bercerita, bersungguh seolah tenaganya langsung tak terpakai di tadika.

"Ya...mama janji dan mama tepati. Now, let's go. We have promise with grandma and grandpa too. We made the promise, means we can't..." Fleur buka pintu kereta buat Fahnaz, membiarkan ayatnya tergantung di situ.

"We can't break it!" sahut Fahnaz.

"Bijak! Let's go." Fleur pakaikan tali pinggang keledar buat anak kecilnya sebelum masuk ke dalam perut kereta bersama.

Gear kereta beralih pada tanda D, brek tangan diturunkan. Sekelip mata, kereta jenama Aston Martin ini meninggalkan perkarangan pra sekolah Vita Reale. Hari masih awal, baru pukul 11:45 minit pagi, membawa Fleur memandu dengan lebih tenang dek kurang kenderaan di atas jalan raya.

Sejak Fahnaz Abizar dimasukkan ke tadika seawal usia empat tahun, kanak-kanak ini petah berbicara. Pasti ada saja soalan KBAT setiap hari, pasti terselit gurauan di balik tawanya. Yang pasti, hidup Fleur Sophia dan Harraz Falikh sekarang penuh dengan suara si anak lelaki.

35 minit masa yang di ambil Fleur untuk tiba di Lapangan Terbang. Daripada dalam kereta, Fleur dan Fahnaz dapat lihat jet peribadi bewarna hitam berkilat, terletak elok di tengah laluannya.

"Come sayang." Fleur beri laluan pada Fahnaz agar dapat turun daripada kereta.

Langsung tidak peduli akan ibunya, Fahnaz berlari laju, memasuki kawasan lapangan terbang. Matanya tertumpu pada susuk yang paling disukai, nana dan atuk.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now