BAB 27

638 53 6
                                    

Harraz galas sebuah beg berisi pakaiannya sementara sebuah lagi beg dipegang menggunakan tangan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz galas sebuah beg berisi pakaiannya sementara sebuah lagi beg dipegang menggunakan tangan sahaja. Ruang bilik di atas pelantar minyak ini di lihat sekali lagi, mungkin buat kali terakhir. Tiada barang tertinggak, semuanya sudah di kemas sempurna.

Keluar saja dari bilik, wajah yang Harraz nampak adalah Hamdan. Harraz cuba juga untuk ukirkan senyuman buat rakannya ini walaupun hati sedang gusar habis.

"Terima kasih, Hamdan. Aku minta maaf, kalau aku susahkan kau. Sepatutnya kau yang balik harini." Harraz berjalan seiring dengan sang rakan.

"Aku balik awal pun, bukannya ada orang sambut aku dekat darat tu. Anak aku tengah sibuk dengan urusan universiti diaorang. Tak ada sebab aku bergegas balik. Sekurangnya, kau memang ada tujuan sebaik sampai darat." Bunyi ombak turut sama menemai kedua mereka.

"Terima kasih, aku terhutang budi sangat dengan kau." Harraz tidak tau bagaimana hendak berterima kasih lagi dengan Hamdan. Beribu kata kasih yang diberi tidak mampu untuk balas jasa Hamdan. Harraz benar-benar perlu beri Hamdan sesuatu sebaik masalah dirinya dan keluarga selesai.

"Kau balik, jaga isteri dan anak kau dengan baik. Jangan keluarga kau semampu yang kau boleh. Jangan abaikan mereka lagi. Kerja boleh cari, Raz...isteri yang baik, setia, manja itu tak boleh di cari ganti walau berjuta perempuan datang pada kita. Wanita yang pertama itu tetap jadi pemenangnya. Zuriat yang ada dengan kita sekarang, tetap jadi nombor satu. Biar hilang kerja jangan hilang amanah yang kita sendiri mahu." Mendalam nasihat Hamdan kali ini. Benar-benar menusuk ke hati Harraz.

Harraz mengangguk, faham.

"Aku pergi dulu. Jaga diri. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Hamdan tidak berganjak dari tempat dia berdiri, setia melihat sehingga Harraz diterbangkan oleh helikopter. Masa tidak boleh diputar kembali. Harraz masih ada harapan untuk dapatkan isterinya sekarang sementara Hamdan 10 tahun dulu...tidak dapat sebarang harapan untuk selamatkan isteri sendiri walaupun sudah berada di dalam helikopter.

Hamdan berharap, Harraz takkan pernah rasa apa yang Hamdan rasakan.

.....

Dayyan Aqil sabar menanti seorang demi seorang pemegang saham syarikat Regio keluar daripada bilik mesyuarat. Suasana yang tadi dipenuhi dengan suara orang akhirnya bertukar sunyi. Hanya ada Dayyan dan Emir di dalam ruang mesyuarat.

"Kau masuk kerja, siapa yang jaga Fleur kat rumah?" Dayyan mulakan perbualan.

Emir diam membisu.

"Jangan cakap kau tinggalkan Rian dan Fleur sekali." Dayyan berharap yang Emir tidak buat begitu, namun sikap selamba Emir sekarang buat Dayyan percaya, itu yang Emir lakukan.

"Kau gila ke Emir?!" Dayyan hentak meja, bangun daripada kerusinya.

"Lepastu kau nak macam mana lagi? Kau nak settle cepat, ini je la caranya!" Emir turut sama menempik.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now