BAB 19

555 44 16
                                    

Pandangan Muhammad Amsyar tertumpu pada wajah Inspektor Idzham sementara pandangan yang lain, tertancap pada wajah Amsyar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pandangan Muhammad Amsyar tertumpu pada wajah Inspektor Idzham sementara pandangan yang lain, tertancap pada wajah Amsyar.

"Ada apa ya, nak berjumpa dengan isteri saya?" tanya Amsyar. Hatinya mula berasa tak sedap tetapi akal fikiran masih mampu menyangkal semua layang negatif.

"Boleh tunjukkan kami, di mana ASP Ayra Hazirah sekarang? Tidak silap, ASP Ayra ambil cuti hari ini. Kalau beliau ada di dalam rumah, saya minta sesiapa, tolong panggil ASP Ayra keluar." Inspektor Idzham masih gunakan nada yang baik.

"Saya perlu tau, kenapa awak semua nak jumpa dengan isteri saya?" Amsyar ulang soal pertanyaan yang sama.

Fathi cuit lengan Zara. Faham sangat Zara akan makna di balik cuitan kecil begitu.

"Saya panggil Ayra sebentar." Zara berlalu pergi, masuk ke rumah.

Inspektor Idzham dan anggota polis yang lain membuntuti Zara, menunggu di hadapan pintu utama rumah.

"Urusan antara polis dan polis...janganlah kita masuk campur," tutur Fathi.

"Aku suami dia." Amsyar menjawab, mematikan kata Fathi. Malas mahu berbalah, Fathi diam saja.

"Ayra." Zara bergerak menuju ke tangga, mahu naik ke bilik Ayra dan Amsyar. Setahu Zara, Ayra tiada di tingkat pertama.

"Ayra!" Zara tinggikan suaranya agar dapat didengari Ayra.

"Ya?" sayup suara Ayra menyahut.

Terbantut niat Zara mendaki anak tangga. Kepala langsung fokus ke tingkat bawah.

"Zara? Zara kat mana?" suara kecil Ayra kedengaran lagi.

Ayra ada di bawah rupanya.

"Ayra..." berlari anak Zara dapatkan Ayra.

"Kenapa?" pelik Ayra lihat birasnya ini.

"Ada beberapa pegawai polis datang, cari Ayra, daripada balai polis Bukit Aman," bisik Zara.

Ayra tersenyum, "Sampai ke rumah mereka cari..."

Ingat Ayra takut? Sikit pun jiwa wanita ini tak gentar.

"Saya Ayra." Tegas Ayra berdiri di hadapan Inspektor Idzham.

"ASP Ayra Hazirah." Inspektor Idzham beralih beberapa tapak ke kanan, lalu muncul seorang pegawai polis wanita di hadapan Ayra, bersedia dengan garinya.

"Anda di tahan atas Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di tuduh atas kesalahan membunuh Dato' Sri Iqram dan Datin Sri Mariana pada dua minggu lepas. Awak berhak menutup mulut sewaktu di soal dan mengupah peguam untuk mewakili awak." Terang kata Inspektor Idzham.

Mata Zara terbeliak mendengarnya tapi Ayra kekal tenang. Dia sudah dapat agak, perkara ini akan berlaku tetapi tidak sangka, secepat ini. Malah...mereka begitu berani menahan Ayra atas Seksyen 302, satu Seksyen dalam undang-undang yang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now