BAB 10

591 64 12
                                    

Emir Amirullah turun ke ruang dapur, mahu ambil beberapa buah-buahan buat anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Emir Amirullah turun ke ruang dapur, mahu ambil beberapa buah-buahan buat anaknya. Kebiasaannya, Emir akan bawa Haura turun makan sekali dengan semua orang tetapi pagi ini, hatinya rasa seperti mahu kurung anak dan isteri dalam bilik saja.

"Emir, makan sekali. Sumayyah dan Haura mana?" Hawa menegur Emir dengan baik.

Emir tidak lihat siapa yang ada di meja makan tapi Emir nampak wajah Dayyan, Amsyar serta Fathi di situ. Aisy pula baru saja turun ke bawah untuk isi perut bersama Amzar dan Qamar.

Emir ambil beberapa biji anggur sebelum lihat buah lain yang ada.

"Tak makan, Emir?" Aisy turut mengajak.

"Perlu ke aku join korang? Aku tak rasa aku sebahagian daripada keluarga ni." Agak sinis jawapan yang Emir berikan.

Semua orang yang berada di situ terdiam. Hanya suara anak-anak yang kedengaran.

"Kenapa cakap macam tu, Emir?" suara Dayyan agak tegas. Mengapa tiba-tiba buat perangai di hadapan anak-anak? Seolah perangai budak tak matang!

"Kebenaran, bang. Aku bukan sebahagian daripada keluarga besar korang sebab tu korang tak peduli nak kebumi mummy dan daddy walaupun tau aku mungkin tak sempat tengok diaorang buat kali terakhir." Emir hadap kesemua orang di meja makan itu.

"Kitaorang tau kau sempat tiba sebelum kami kebumi, sebab tu kami buat keputusan nak kebumi selepas maghrib. Tak baik biar jenazah lama-lama, Emir." Amsyar mencelah.

"Tak include aku langsung dalam urusan jenazah mummy atau daddy. Korang cakap senanglah sebab yang kenanya aku, bukan korang. Aku orang terakhir yang tau mak bapa aku dah mati, kau tanya orang matang pun, orang matang tu akan terasa bila diketepikan macam ni!" suara Emir naik satu oktaf.

"Tak include kau? Kau yang dapat iring jenazah, dapat sertai solat jenazah, dapat bawa keranda, dapat tengok mummy dan daddy kebumi tu bukan sebahagian daripada penglibatan ke?" Dayyan menyoal bersama suara yang mendatar.

Hawa serta Ayra bangun serentak, bawa anak mereka keluar daripada ruang makan. Sedar akan ketegangan, Zara dan Qamar turut bangun untuk beredar.

"Sudahlah Emir...perkara dah lepas. Semua masih dalam keadaan terkejut dan tak percaya. Kita cuma nak percepatkan urusan jenazah saja." Aisy mahu redakan keadaan.

"Macam yang aku cakap...korang tak rasa, korang tak tau. Mujur bini dan anak aku berkeras nak balik sekali, kalau tak? Bini dengan anak aku tak tengok ahli keluarga diaorang sendiri!" Emir menempik, terus membuahkan api kemarahan.

"Allah...Emir, kami tau tentang berita tu pun waktu kau dah naik kapal terbang. Bukan kami sengaja tak nak beritahu lebih awal." Amsyar tak mahu Emir terus salah sangka.

"Daddy dan mummy takkan happy tengok kita bergaduh macam ni." Selepas berdiam diri dengan agak lama, akhirnya Fathi buka mulut.

"Happy sangat ke mummy tu bila dapat tau korang tak bagitahu Fleur?" Emir mencabar. Keningnya terjongket ke atas melihat ke arah Fathi.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now