BAB 30

427 63 4
                                    

Encik Yunus keluar daripada ruang masjid sebaik selesai melakukan segala urusan. jam juga sudah menunjukkan pukul 9:30 malam, tiba masa untuk pulang ke rumah dan berehat. duit sedekah hari ini sudah dikira, segala lampu di dalam masjid turut sudah di tutup. Hanya kawasan luar masjid saja yang terang benderang sekarang ini.

"Imam!" seruan daripada seseorang membawa Encik Yunus berpusing kepala.

"Naim? Tak balik lagi kamu? Rasanya kamu keluar dulu sebelum aku tadi." tidak jadi Encik Yunus mahu hidupkan enjin motosikal.

Tubuh Naim nampak letih seolah baru selesai berlari, bersama keringat yang membasahi baju. Sah jejaka ini baru saja berlari ataupun bersenam.

"Imam, tadi saya ke kubur. Daripada jauh saya nampak macam ada pergerakan. Saya masuk ke kubur, risau ada yang lakukan perkara syirik lagi di kawasan perkuburan kita ni tapi saya nampak seorang perempuan baring disebelah kubur. Bercakap sendiri, pakaiannya tidak menutup aurat. Rambut serabai seolah orang yang tidak waras." Naim memberitahu. Tangannya sibuk menuding kawasan perkuburan di belakang masjid ini.

"Perempuan? Kamu ni Naim...biar betul?" Encik Yunus simpan semula kunci moto di dalam poket baju melayu. Kaki laju saja melangkah ke kawasan perkuburan.

Entah betul entah tidak Naim ni nampak manusia. Encik Yunus tidaklah takut dengan makhluk halus ini tetapi risau juga kalau makhluk begitu tiba-tiba munculkan diri di tempat yang tidak biasa terlihat perkara-perkara begitu. Pasti ada sesuatu yang berlaku membuatkan makhluk itu menunjukkan diri.

"Saya tak tipu, Imam. Memang perempuan," kata Naim, yakin.

"Iyalah iyalah, kita pergi tengok dulu." Encik Yunus perlu pastikan terlebih dahulu. Kemudian baru fikir jalan penyelesaiannya.

"Astaghfirullah Al Azim..." istighfar panjang Encik Yunus tatkala nampak figura manusia terbaring tenang di sebelah kubur baharu.

Sah, ini manusia. Tiada makhluk halus yang dapat menyerupai manusia sehebat ini.

"Assalamualaikum, Cik?" Encik Yunus dekati wanita itu.

"Mummy ni...gelilah Fleur." Fleur tak hirau langsung akan kehadiran dua orang lelaki berdekatannya. Mata sibuk membuahkan kata bahagia sambil melihat ke dalam tanah merah ini.

Naim telan liur. Dengan siapa pula gadis ini bercakap?

"Fleur?" Encik Yunus berkerut kening.

Bukankah itu nama isteri Harraz Falikh? Abangnya lima orang, bukan? Anak tiri pada Dato' Sri Iqram Zaris.

"Ya daddy?" Fleur bangun lalu melihat ke arah kubur Iqram yang berada di sebelah kubur Mariana. Bukannya dia memandang wajah Encik Yunus malah pandang kubur arwah bapanya.

"Allahuakhbar..." Encik Yunus berdiri. Wajah di usap sekali dua sebelum pandang wajah Naim.

"Ini bukan orang tak waras tapi ini Puan Fleur Sophia, isteri pada Harraz Falikh. Adik pada Dato' Dayyan Aqil ni." Bersungguh Encik Yunus berkata.

Mata Naim terbuntang, "Allah...mustahil imam. Lain sangat muka dia ni. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni, imam?"

"Kita tidak duduk sekali dengan dia, kita tak tahu apa yang menimpa dia. Tapi nampak macam dia sakit ni...Fleur baru saja kematian anaknya, kedua ibu bapanya. Mungkin, gangguan mental." Encik Yunus meneka.

"Apa kita nak buat sekarang ni, imam?" Naim cuba untuk tidak pandang Fleur sama sekali.

Setahu Naim, wanita ini berpurdah. Sempurna menutup auratnya. Tidak sopanlah kalau Naim perhati semua aurat wanita ini.

"Kamu datang ke sini naik apa?" soalan dibalas soalan.

"Jalan kaki je, imam"

"Aku pula naik moto...dengan keadaannya macam ni, susah nak menghantarnya balik. Lagipun rumah arwah Dato' Sri Iqram dengan Masjid kita boleh tahan jauh"

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now