BAB 06

594 52 7
                                    

Dayyan Aqil tolak pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dayyan Aqil tolak pintu rumah. Kasut kulit yang mencengkam kaki sedari tadi di buka lalu di angkat menggunakan tangan.

Lega. Sudah selamat sampai ke rumah. Apa yang ada dalam fikiran Dayyan sekarang cuma tidur yang lena. Tidak pedulilah tidur untuk tiga jam sekalipun, asalkan dapat tutup mata dan berehat.

Tetapi langkah Dayyan terbantut sebaik nampak kelibat Harraz berjalan laju mahu keluar daripada ruang rumah.

"Harraz?" Dayyan hairan. Takkan jejaka ini belum tidur lagi dan kenapa...Harraz gendong Fleur?

"Tolong tengokkan Fahnaz untuk aku. Aku perlu ke hospital," ujar Harraz, kelam kabut.

Segar terus mata Dayyan. Fleur dah nak bersalin?

"Awin, bawa Harraz dan Fleur ke hospital terdekat!" Dayyan arahkan pemandu yang membawanya tadi agar memudahkan kerja Harraz dan Fleur.

Awin mengangguk, faham. Kalau Dayyan tidak suruh sekalipun, Awin tetap akan tawar diri untuk bantu Harraz. Takkan Harraz mahu pandu kereta waktu gentir begini? Bahaya walaupun tidak banyak kereta di jalan raya sekarang.

"Sakit, abang..." ucap Fleur bersama cengkaman pada lengan Harraz, semakin lama semakin kuat.

"Ya, sayang." Hanya itu yang mampu Harraz balas, tidak mampu untuk ucap sabar mahupun tahan kerana Harraz tau, itu yang sedang Fleur lakukan sekarang.

Apabila kereta yang membawa Harraz dan Fleur beransur ke jalan raya, Dayyan segera masuk ke dalam rumah, naik ke tingkat tiga dan lantas masuk ke dalam bilik Fleur.

Dayyan daki anak tangga kecil untuk ke lantai dua dalam bilik Fleur itu. Fahnaz tidur di lantai dua sementara Harraz dan Fleur tidur di atas katil yang berada di lantai tiga.

Berat nafas yang terhela keluar. Fahnaz masih nyenyak tidur di atas tilamnya.

"Fahnaz..." Dayyan tepuk lengan Fahnaz, penuh kelembutan, nadanya juga perlahan seolah tak mahu kejut si kecil.

"Fahnaz Abizar." Kali ini sentuhan Dayyan dikuatkan, nada di tekan agar Fahnaz terjaga daripada lena.

"Hm..." Fahnaz merengek kecil, kening berkerut sebelum buka mata perlahan-lahan.

"Fahnaz tidur dengan abi, okay?" soal Dayyan.

Dayyan tak boleh bawa Fahnaz tidur dalam bilik Dayyan sekali memandangkan anak kembar Dayyan tidur dalam bilik yang sama. Takut Fahnaz tidak selesa dengan ruang sempit begitu.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now