PROLOG

1.3K 113 10
                                    

Fleur Sophia Theo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fleur Sophia Theo...pada awalnya, gadis ini tidak pernah suka akan laut luas. Pada Fleur Sophia, ombaknya begitu bingit di telinga, bau air masin tidak begitu menyenangkan. Pasir halus sekitar pantai sering mengisi bawah kuku sehingga buat diri sendiri berasa tidak selesa.

Tapi...kata orang, sesuatu yang kita benci itu akan menjadi kesukaan kita satu hari nanti. Bermakna, sesuatu yang kita sayang itu belum tentu menjadi kesukaan kita sehingga bila-bila

Dunia ini bukanlah tempat untuk kita berehat, kerana itu, selagi kita bernafas, dugaan dan kekuatan sentiasa terselit di balik senyuman. Dugaan itu datang daripada sesuatu yang kita suka dan kekuatan itu hadir daripada sesuatu yang pernah kita benci.

"Sakit sangat ke, Sophia? Sesakit itu ke...sehingga Fleur yang tidak pernah suka lautan luas, bertindak meluangkan kesemua masa lapang yang Fleur ada di pantai?" - Harraz Falikh.

"Fleur masih mampu memaafkan" - Fleur Sophia.

"Kita kembali semula, ya?" - Harraz Falikh.

"Memaafkan tidak bermakna kita sudah melupakan. Sakit tersebut sudah meninggalkan bekas luka yang paling dalam. Fleur maafkan...kerana Fleur mahu jumpa dengan abang-abang Fleur di Syurga. Di Syurga tiada perasaan dengki, cemburu, semua rasa tu tak ada jadi Fleur bebas untuk berbahagia dengan mereka di sana tetapi semua perasaan itu masih wujud di dunia ini. Jadi...hati Fleur belum mampu untuk lihat muka mereka walau sekilas. Termasuk...bekas suami Fleur" - Fleur Sophia.

bekas suami Fleur" - Fleur Sophia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now