BAB 07

589 53 10
                                    

Tubuh Mariana Romanov terenjut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tubuh Mariana Romanov terenjut. Bunyi notifikasi telefon yang masuk berduyun menyedarkan Mariana daripada lena. Bersama kerutan alis, Mariana lihat suaminya di sebelah, turut sama terlelap.

Dari bunyi notifikasi, Mariana tau ianya datang daripada telefon pintar Iqram. Tak mahu fikir panjang, Mariana abaikan saja notifikasi tersebut.

Di mana mereka sekarang ni? Terang semacam. Selepas mata melilau ke serata tempat, baru Mariana perasan mereka berada di stesen pam minyak.

Mungkin pemandu mereka berhenti di sini untuk isi minyak. Tapi susuk pemandu tidak kelihatan di mana-mana.

'Ke tandas mungkin," teka hati Mariana.

Yang hairannya, bagaimana mereka boleh tertidur? Entah bila mata terlelap, Mariana sendiri tak pasti. Yang Mariana tau, dirinya dan Iqram sudah pun lena di atas kapal terbang. Tiba-tiba pula boleh sambung tidur dalam perut kereta.

Mariana malas mahu berfikir dalam. Mungkin kerana mereka terlalu penat, itu sebabnya mereka terlelap. Mariana bersandar semula, tenangkan diri. Menanti pemandu pulang ke perut kereta.

Sunyi betul situasi di sekitar mereka tika ini tapi jam sudah pukul lima pagi. Kalau di kampung, mungkinlah sunyi tetapi di tengah bandar, kebiasaannya pukul lima pagi ada satu dua kereta di jalan raya.

Mata Mariana berkelip sekali dua sebelum perlahan-lahan tertutup. Berat rasanya mata ni. Tidur sebentar tidak akan rugikan mana-mana pihak.

Satu minit...dua minit...tiga minit.

BUM!

Sekelip mata, kereta mahal yang membawa pasangan berusia separuh abad ini meletop tanpa penyedaran sesiapa.

Tiada erakan sakit yang kedengaran. Tiada darah merah pekat yang mengalir keluar. Apa yang ada cuma api yang semakin marak, menghanguskan kenderaan tersebut bersama dua nyawa di dalamnya.

.....

Harraz Falikh sandarkan tubuh belakang pada dinding. Wajah di raup kasar, takut, kecewa, kesal, gementar, semuanya bercampur aduk di dalam hati sekarang.

"Jadi sekarang pihak hospital beritahu yang mereka tak letak sebarang CCTV dalam bilik isolasi kerana mahu jaga sanitasi dalam bilik tu? First of all, that is stupid. If that room is sanitised properly, all of those machine is clean as well. Tak adanya, lantai dinding bersih tapi kamera tak bersih! Second of all, install CCTV in that kind of places is requirement! Pihak hospital yang memandai-mandai bagi alasan tak mahu letak sebab tak sanitasi padahal hospital yang tak nak keluar bajet! I work at hospital too. They even put CCTV camera in the morgue!"

Suara tempikan Aisy kedengaran sehingga ke luar bilik kawalan. Harraz tak mampu berbicara. Mulutnya seolah berat mahu lontar kata. Apa yang mereka dapat tangkap dalam kamera cuma tubuh belakang jururawat yang masuk dan keluar dari wad Fleur.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now