BAB 08

564 49 12
                                    

Sumayyah masih kekal di tempat duduknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sumayyah masih kekal di tempat duduknya. Tubuh agak kaku, mengenangkan perkara yang baru di baca sebentar tadi.

"Mayyah dengan Haura duduk je Edinburgh. Bawa Haura ke tempat yang dia beritahu kita semalam. Kalau ikutkan kita akan balik ke Malaysia lagi empat hari jadi Mayyah dengan Haura balik ikut jadual penerbangan. Emir akan cuba dapatkan tiket Emir harini juga, one of us needs to be home now." Tidak mengah Emir berbicara sambil sumbat segala pakaian dan keperluaannya ke dalam bagasi yang di bawa.

Emir tidak rancang untuk pulang ke Malaysia apabila dengar Fleur selamat melahirkan tetapi sebaik Dayyan beritahu yang bayi Fleur baru saja meninggal, Emir tiada pilihan lain selain pulang ke Malaysia.

Mata Sumayyah perlahan-lahan beralih melihat suaminya. Tangan Emir pantas bertindak, mencapai dan melipat sebelum tutup zip bagasi sederhana itu.

"Apa yang Harraz mahu cakap pada Fleur sebaik Fleur sedar nanti?" pertanyaan spontan yang keluar daripada mulut Sumayyah membuatkan segala tingkah Emir terbantut.

"Macam mana mereka boleh tergamak tanam bayi tu sebelum Fleur lihat anak dia sendiri? Waktu Fiyaadh dulu dan waktu Fath sekarang, berbeza. Waktu Fiyaadh dulu, Fleur tak tau dia mengandungkan Fiyaadh, kita sendiri tak tau bila Fleur akan sedar waktu itu tapi kalini...kita tau bila Fleur akan sedar, dalam hari yang sama juga tapi kenapa, Harraz tergamak tanam Fath secepat yang mungkin sehingga tak beri ruang langsung pada Fleur untuk kerling anak dia?" soal Sumayyah lagi.

Emir renung beg di hadapan mata.

"Kalini, Mayyah tak setuju dengan apa yang Harraz buat. Sikit pun Mayyah tak setuju. Kalau Mayyah di tempat Fleur, susah untuk Mayyah tatap muka suami Mayyah yang langsung takda rasa belas kasihan pada Mayyah." Sumayyah luahkan isi hatinya, tidak puas hati walau sedikit pun dengan keputusan Harraz.

Harraz itu bijak. Suami yang penyayang, seorang ayah yang sempurna serba serbi. Tapi kenapa bila berlaku perkara begini, Harraz tak boleh beri kata putus yang benar?

"Mayyah sendiri tau, Harraz cuma tak nak Fleur teringat atau meratapi mayat Fath." Emir membela Harraz.

"Tapi Fleur juga ada hak sebagai seorang ibu. Ikatan seorang ibu dengan anak dia jauh lebih kuat daripada ikatan seorang bapa pada anak dia. Hanya kerana Fleur boleh terima kita sembunyikan kematian Fiyaadh, tak bermakna Fleur boleh terima kita sembunyikan kematian Fath!" nada Sumayyah naik seoktaf.

"Tak...sekarang ni kenapa Mayyah marah Emir?" kening Emir berkerut tebal.

"Sebab abang dengan adik beradik lelaki abang tak bersuara sikit pun untuk bela hak Fleur sebagai seorang ibu. Korang iyakan aje semua keputusan Harraz seolah Harraz saja ada hak, Fleur tak ada hak. Kalau Mayyah pun...Mayyah akan terasa hati. Kakak ipar Mayyah dapat cium anak Mayyah tapi Mayyah sebagai seorang ibu tak dapat nak cium anak Mayyah sendiri? Seolah adik beradik Emir boleh cium Haura tapi Emir sikit pun tak ada hak untuk cium Haura walaupun Haura tu anak Emir. Sakit tak hati? Sakit kan?" air mata Sumayyah mula bergenang.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now