BAB 29

616 74 16
                                    

Hawa NurIman buka pintu rumah. Seperti harapannya, Harraz muncul dihadapan mata, dihadapan rumah banglo mereka ini.

"Masuk, Harraz. Fahnaz ada di bilik kitaorang, tingkat bawah," beritahu Hawa dengan baik.

Harraz buka kasut, mengambil langkah perlahan-lahan sehingga tiba di bilik yang Hawa maksudkan.

"Masuklah, Fahnaz memang tak suka keluar daripada bilik kalau tak ada keperluan. Kadang, main dengan Qutsam dengan Qaireen pun dia tak nak." Hawa pulas tombol pintu, kuak perlahan pintu tersebut.

Hati Harraz semakin rasa dihenyak. Itu bukan sikap Fahnaz Abizar. Fahnaz seorang kanak-kanak yang begitu ceria, dengar cerita Hawa saja buat lutut Harraz terasa longlai.

Harraz berdeham sekali dua.

"Papa?" sayup suara Fahnaz kedengaran daripada dalam bilik.

Harraz serta Hawa, sama-sama terpempan. Fahnaz kenal siapa bapanya.

Harraz layangkan ketukan pada pintu bilik sebanyak dua kali. Lalu tombol pintu dipulas perlahan-lahan.

Sekelip mata, pandangan Harraz tertumpu pada figura kecil yang sedang berusaha turun daripada katil.

Fahnaz Abizar.

Tersentuh hati seorang ayah melihat bagaimana sang anak berusaha untuk turun daripada katil bersama leher yang tegak tanpa boleh digerakkan sesuka hati.

Fleur...buat semua ni?

"Pa..." sapaan daripada Fahnaz membawa Harraz ke dunia nyata.

"Baby..." Harraz dapatkan sang anak, dipeluk anak kecil ini seerat mungkin sebelum dukungnya tanpa leraikan pelukan.

"Papa sorry...I'm sorry baby," ucap Fahnaz. Dalam tidak sedar, kata maaf itu bukan saja mewakili Harraz maka sama-sama mewakili Fleur.

Esakan Fahnaz halus menyapa gegendang telinga, membawa air mata Harraz bertakung pada empangannya.

"Papa minta maaf, ya?" lihat Fahnaz begini, benar-benar mengingagkan Harraz pada Fleur berbelas tahun dahulu.

Bagaimana...Fleur boleh lakukan perkara yang sama pada Fahnaz?

Salah Harraz. Salah Harraz kerana tinggalkan anak kecil bersama isteri yang baru kematian anak.

Besar silap kau kalini, Harraz Falikh.

•••••

Emir Amirullah lihat tubuh Fleur yang masih dicampung oleh seorang pengawal peribadi yang di upah.

Tubuh itu semakin kecil, pergelangan tangannya kurus seperti tinggal tulang semata-mata.

Wajahnya? Usah di kata...benar-benar cengkung sedangkan baru satu bulan Fleur didera begini.

"Berdirikan dia," arah Emir, agak tegas.

Ketika itu, Fleur sedar...dia perlu bela dirinya sendiri. Dia perlu berdiri atas kaki sendiri dan bukannya bergantung harap pada orang lain termasuk suami sendiri.

Tubuh Fleur perlahan-lahan dilepaskan oleh pengawal tersebut. Agak sukar bagi Fleur untuk stabilkan tubuh sendiri, bersama kepala yang berpusing.

"Kawasan Perkuburan Islam Raudhatul 1. Tempat, arwah Fiyaadh dikebumikan." Jelas setiap butir bicara Emir, didengari dengan teliti oleh Fleur sendiri.

Emir paling tubuh, ingin berlalu pergi tanpa sebarang kata lanjut.

"Abang"

Namun, seruan Fleur membantutkan segala niat Emir.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now