BAB 17

623 53 12
                                    

Muhammad Amsyar keluar daripada bilik sebaik urusannya di dalam selesai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muhammad Amsyar keluar daripada bilik sebaik urusannya di dalam selesai. Fleur tampak letih, tampak tidak bermaya. Amsyar merancang mahu bawa makan tengah hari bua si adik tapi belum apa-apa lagi, Fleur sudah baringkan diri, pejam mata seolah mahu masuk ke alam lena.

Amsyar tidak mahu mengacau, lantas keluar untuk beri Fleur masa bersendirian. Ingatnya, perkara tentang Emir berhenti di situ saja tetapi wajah Sumayyah yang terbit pada pandangan Amsyar membuatkan Amsyar tersentak, Sumayyah dengar juga agaknya.

Di tangan wanita ini terdapat satu dulang yang berisi makanan, bukan makan pagi tetapi makan tengah hari. Pasti Sumayyah bawa untuk Fleur. Tetapi daripada riak terkesima Sumayyah, Amsyar dapat teka, Sumayyah dengar nama suaminya dipetik.

"Macam yang Am cakap dengan Fleur, lebih baik untuk korang kekal tidak tau. Biar benda tu jadi tanda tanya," ujar Amsyar pada Sumayyah, baik.

"Emir cakap benda yang tak baik?" soal Sumayyah untuk kepastian.

"It's not him, he wouldn't say bad thing about us." Amsyar menyangkal tetapi suaranya semakin lama semakin perlahan sewaktu bercakap.

Emir tidak akan cakap buruk tentang adik beradiknya? Baru saja pagi tadi Emir menyoal taraf mereka adik beradik. Tetapi soal apa yang Emir cakap pada Madihah dan Nayla sudah berlaku sebelum semua kekecohan ini wujud lagi. Terkadang Amsyar tertanya, jika benar Emir yang bicarakan semua perkara buruk itu, mengapa? Apa motif Emir untuk bercakap macam tu?

"Simpan dulu makanan ni, Fleur tengah tidur. Nanti lagi satu atau dua jam, Am tengok dia semula." Amsyar beri raut senang pada Sumayyah, tidak mahu wanita ini risau berlebihan.

Sumayyah akur dan susun langkah untuk pergi ke dapur semula. Spontan, tubuh sasa Dayyan menyapa penglihatan mereka berdua. Sumayyah tidak tegur abang iparnya malah hanya berlalu pergi.

"Kenapa, Dayyan?" Amsyar perhati saja mata merah abang sulungnya ini.

"Fleur okay?" mata Dayyan pula hanya tertancap pada muka pintu.

"Dia tidur. Fleur dengar kita gaduh pagi tadi dan dia tanya aku, apa yang Emir cakap tentang anak-anak dia." Amsyar bercerita seraya berjalan hendak masuk ke ruang tamu.

"Lepastu? Kau cakap apa? Kau beritahu dia?"

Amsyar menggeleng, "Lebih baik dia terus bertanya-tanya daripada tau semuanya. Fleur dengan Emir tu rapat, aku takut benda tu akan buat mereka bergaduh pula"

Dayyan hela nafas panjang, "Aku rasa, kita memang kena minta maaf dengan Emir. Emir cuma nak kita mengaku salah dan minta maaf. Kau taulah Emir, baran tapi mudah melupakan"

Amsyar mengangguk, "Aku langsung tak nampak Emir. Sumayyah je ada, Emir aku tak tau, dia ke mana"

"Tak apalah, sekarang ni...aku nak fokus pada keluarga kita je. Minggu ni aku cuti lagi, tengokkan anak-anak. Bila kita dah baik, baru senang nak masuk kerja"

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now