BAB 13

545 59 8
                                    

Guruh serta petir semakin rancak menyambar tanah Selangor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guruh serta petir semakin rancak menyambar tanah Selangor. Setiap titisan hujan seolah berebut mahu menyembah bumi, menyejukkan dunia yang kian nipis ozonnya.

Hendak kata sunyi, tidak. Hendak kata riuh, juga tidak. Sesiapa saja yang lihat keadaan Fleur Sophia sekarang pasti cakna bahawa dirinya terjerut dalam sebuah masalah, masalah berat yang mampu mengosongkan pandangan Fleur.

Tingkap besar yang berada dalam wad peribadi ini menjadi santapan mata. Bulan langsung tidak kelihatan, tersorok di balik gempulan awan. Sungguh gelap malam ini, seolah memberitahu bahawa inilah dunia Fleur Sophia sekarang.

Alis Fleur perlahan-lahan berkerut, hampir saja bercantum antara satu sama lain. Sakit yang dirasai pada dadanya semakin kuat, berdenyut-denyut. Mata terpejam rapat, nafas di tarik dalam sebelum terhembus perlahan. Fleur berharap, teknik bernafas ini dapat redakan sakit buah dadanya tapi tidak.

"Mummy..." rintih Fleur bersama air mata yang mulai turun di ekor mata.

Bengkak susu. Fleur yakin, sakit ini adalah sakit kerana bengkak susu. Fleur tak tau, butiran jernihnya turun disebabkan apa. Sakit bengkak susu kah? Atau sakit kerana susu masih ada di saat anaknya sudah pun meninggal dunia.

Fleur dongak kepala. Dia tiada pam susu, tak ada apa yang dapat bantunya sekarang selain menahan sakit. Allah...saat ini Fleur rasa mahu menangis dapatkan sang ibu. Pada siapa lagi kita mahu mengadu sakit jika bukan pada ibu sendiri?

"Fleur nak mummy..." seperti kanak-kanak kecil, Fleur meminta. Suaranya penuh getaran serta siksa, siksa menahan rindu dan terkilan. Esakan yang tidak kedengaran akhirnya berubah semakin kuat.

Banyak beban sakit yang ditanggung Fleur sekarang dan dirinya masih berseorangan. Tiada sesiapa yang kekal di sisi, tiada siapa yang setia mahu beri bantuan. Semuanya menghilang begitu saja.

Untuk apa Fleur mengharap lebih? Abang-abangnya, semua sudah ada keluarga sendiri. Mahu harapkan Alliatun? Wanita itu juga bekerjaya...bekerja di bawah arahan syarikat, amanahnya besar dalam menyelamatkan nyawa orang. Sukar untuk wanita itu kekal berada dengan Fleur. Sementara Harraz? Entah ke mana...lelaki itu pergi.

Sakit yang dirasai pada bahagian dada agak lama, Fleur sendiri seolah sudah penat menanggung sakit tersebut. Sakit bengkak susu...bukan satu sakit yang mahu diulang rasa oleh semua wanita.

Apabila sakit mulai reda...Fleur buat keputusan untuk baringkan diri. Sudah berjam-jam dia duduk semata. Tubuhnya perlu rehat dengan sebetulnya. Perlahan-lahan, tubuh mengiring ke kanan, tangan berpaut pada almari kecil agar lebih mudah untuk bergerak. Spontan, mata Fleur tertangkap akan kelibat kad bank yang terletak atas permukaan almari kecil tersebut.

Hairan. Tidak pula dia perasan kad ini sewaktu bangun daripada tidur tadi. Di bawah kad bank itu, terdapat sehelai kertas nota. Fleur ambil kertas nota itu, di baca isinya berkali-kali agar tidak salah erti.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now