BAB 20

542 62 4
                                    

Kaki Muhammad Aisy terasa begitu lemah, jika tidak memaksa diri untuk kuat, pasti lelaki ini akan terduduk, ambil masa sendiri untuk tenangkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki Muhammad Aisy terasa begitu lemah, jika tidak memaksa diri untuk kuat, pasti lelaki ini akan terduduk, ambil masa sendiri untuk tenangkan diri. Tetapi Aisy tau, dia tidak ada masa sekarang. Dia perlu lihat keadaan anaknya segera.

"Dayyan." Aisy memanggil bersama suara yang kedengaran begitu cuak.

Mata Aisy bulat, memandang Dayyan yang sedang berdiri di hadapan sebuah katil pesakit dalam bahagian kecemasan hospital ini.

Dayyan berpaling tubuh, sebaik Aisy nampak anaknya sedang tidur dalam dukungan Dayyan, Aisy hela nafas lega. Tangan automatik terletak di dada, mengharap usapan lembut di dada ini meredakan degupan kencang jantungnya.

"Qamar mana?" Dayyan menyoal. Aisy memang nampak datang ke sini berseorangan.

"Aku hantar dia balik rumah dulu, beri alasan aku ambil Amzar daripada kau. Kelam kabut aku bila kau kata kau dan Amzar dekat hospital. Aku tak nak beritahu Qamar. Tak nak dia risau dan takut jejaskan kandungan." Aisy tak henti menatap wajah anaknya.

Dayyan beri Amzar pada sang adik. Memang raut wajah Aisy tidak nampak seperti main-main. Nampak benar sang bapa ini risaukan anak lelakinya. Aisy cium dahi Amzar sebelum kucup pipi kanan si kecil.

"Kau okay? Hawa okay? Kenapa kau ada dekat hospital?" Aisy panggung kepala, lihat si abang sulung.

Dayyan tidak menjawab malah pandangan matanya berubah melihat katil pesakit di hadapan mereka. Aisy turut sama beralih pandangan. Spontan, mata Aisy kembali terbeliak.

"Fahnaz?" mata tajam Aisy langsung tertangkap pada sokongan leher yang di pakai oleh Fahnaz.

"Kenapa? Jatuh?" Aisy meneka.

Dayyan geleng kepala, "Fleur...cekik dia"

"Fleur?!" suara Aisy meninggi, sedikit sebanyak menarik perhatian orang berdekatan mereka.

Dayyan pejam mata. Mujurlah Fahnaz sedang tidur sekarang, itu pun selepas di beri ubat penenang oleh doktor.

"Fleur betul-betul dah tak waras. Gangguan mental dia datang semula tapi kalini...nampak macam lebih teruk." Dayyan bercerita.

"Kau pasti, kerana masalah mental? Bukan kerana gangguan benda lain?" pada pemikiran Aisy, mereka semua mulai kecoh begini kerana hal yang sama seperti lima tahun lepas.

Sihir.

Dayyan jongket kedua belah bahu, "Aku tak rasa ada apa-apa gangguan sebab aku tak nampak dan tak rasa kehadiran benda lain macam mana aku rasa dulu"

"Situasi dah tak sama, Dayyan. Mungkin kalini punya berbeza? Kita tak rasa tapi benda tu ada." Aisy beri sebarang kemungkinan lain.

"Aku tak pasti tapi memang tak ada petanda apa-apa yang kita di sihir sekali lagi. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, mungkin kita boleh panggilkan ustaz, tengok-tengokkan kita sekeluarga." Dayyan tidak nafikan, mereka perlukan bantuan orang sekarang. Sama ada bantuan psikiatri, ustaz mahupun orang biasa.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now