BAB 32

889 101 25
                                    

Daniel Fawwaz berlari untuk dapatkan Amsyar yang sudah berada di hadapan. Saking lajunya Amsyar sekarang sehingga tidak terkejar Daniel dibuatnya. Parkir kereta ala kadar. Ini kalau pihak apartment tahu, ada yang disodok saja kereta mahal Amsyar tu nanti.

"Woi! Takkan nak naik tangga?!" terbuntang mata Daniel lihat Amsyar menuju ke tangga kecemasan. 

Amsyar tidak menjawab.

"Am!" Daniel tarik lengan Amsyar, halang jejaka ini daripada lakukan pekerjaan gila. 

"Rumah Aisy tu tingkat 45. Aku tahu, kau marah tapi sabar. Lif lebih cepat berbanding tangga. Jangan buang tenaga walaupun aku tahu, kau mampu." Daniel berkata waras. 

Daniel tidak tahu apa yang Amsyar marahkan sangat tika ini tapi barannya nampak tidak boleh dibendung lagi. Apa saja yang Aisy lakukan, Daniel harap Aisy akan memohon maaf supaya perkara tidak berubah menjadi lebih teruk. 

"Sabar. Kita tunggu lif." Daniel tekan butang lif naik ke atas lalu kad akses yang berada pada tangan Amsyar di ambil dengan lembut. 

Sudah tentulah apartment ini ada sistem kawalan yang tepat. Hairannya...walaupun Amsyar dan Aisy tak begitu baik, Aisy masih biarkan Amsyar simpan kad akses apartmentnya ini. Mungkin Aisy lupa, Amsyar ada menyimpan satu. 

Tingkat 45. 

Menonong Amsyar berjalan. Tujuannya cuma satu, mahu berjumpa dengan Aisy. Daniel pula tidak bersuara lagi, hanya membuntuti. Jika perlu, barulah Daniel berkira-kira untuk masuk campur. 

Tidak tekan loceng mahupun beri salam, Amsyar lantas menerjah rumah Aisy menggunakan ketukan daripada penumbuk sasanya. Usah kata Daniel, silap hari bulan...jiran di bawa dan atas pun boleh terkejut dek tumbukan ini. Benar-benar kuat. 

"Hun!" kedengaran suara ketakutan Qamar daripada dalam rumah. 

Perkara itu menyentakkan Amsyar, menyebabkan jejaka ini tarik tangan, berhenti daripada menumbuk daun pintu. 

Terlalu berlebihan jika orang lain yang mungkin tak bersalah berasa takut sama. Bunyi pintu selak di buka kedengaran. 

Daniel kekal dibelakang, menjadi pemerhati. 

Buka saja pintu rumah, wajah si kembar menyapa pandangan. 

"Am, kau tahu aku ada anak kecil, kau tahu aku duduk dekat dengan rumah orang lain. Why Just why?" Aisy nampak tidak puas hati apabila sedar Amsyar yang buat masalah. Serba sedikit, Aisy agak lega kerana bukan gangster tepi jalan yang lakukan kekecohan. 

"Kau tahu Fleur dalam bahaya, Fleur berseorangan, tapi kau tak buat apa-apa pun?" Amsyar psiko semula menggunakan ayat pertanyaan. 

"Am." Nada Aisy naik seoktaf. 

"Kenapa? Aku salah ke?" Amsyar tidak puas hati.

Aisy geleng kepala bersama keluhan. Pintu dikuak semakin lebar, memberi tanda agar Amsyar masuk ke dalam. Amsyar faham tetapi tidak bertindak untuk melangkah masuk. 

"Aku tak hamak nak masuk rumah kau, aku tak ada masa nak luang masa lebih lagi dekat sini sebab adik perempuan aku dekat rumah tu tengah sakit." Amsyar memerli, lagi dan lagi. 

Helaan berat dilepaskan oleh Aisy. 

"Kau nak cakap apa sebenarnya?" Aisy mula hilang sabar. 

"Kau teruk. Kau lebih teruk daripada kata teruk. Kau tahu Fleur keluar daripada rumah. Kemungkinan besar dia kena halau itu tinggi tapi mana kau? Kenapa kau tak pergi cari dia? Mana sikap seorang abang kau?" Amsyar menyoal agak kasar. 

"Aku kerja. Aku bukannya sesuka hati boleh keluar daripada hospital tu. Itu hospital kerajaan, bukan hospital swasta. Aku bukan macam kau, kerja ikut tekak kau lepastu gaji puluh ribu." Aisy balas dengan sindiran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now