BAB 04

642 57 4
                                    

Fleur Sophia Theo menarik nafas dalam bersama senyuman di bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fleur Sophia Theo menarik nafas dalam bersama senyuman di bibir. Ketenangan yang dirasai sekarang sedikit sebanyak membahagiakan hati kecil si wanita.

Tidak sedikit pun perasaan gementar selubungi jiwa walaupun perkara yang bakal dilakukan selepas ini merupakan perkara yang agak berat buat Fleur suatu tika dahulu. Apa yang ada saat ini cuma tenang.

"Baiklah, tanpa melengahkan masa, kita jemput tetamu kita pada hari ini...Fleur Sophia dan suaminya, Harraz Falikh." Juruacara pada hari ini berbicara penuh teruja, melihat ke arah pintu masuk dewan yang perlahan-lahan terbuka.

Tepukan kedengaran menjengah ke setiap pendengaran manusia. Senyuman milik Fleur serta Harraz semakin melebar apabila pintu dewan terbuka sepenuhnya.

Genggaman erat tangan mereka menyatukan satu perasaan yang sama, membawa keduanya masuk ke dalam dewan luas ini, menuju ke pentas utama di bahagian hadapan sekali.

"Sudah masuk lima tahun usia perkahwinan mereka, bermakna mereka sudah berkenalan selama 15 tahun lamanya tetapi lihatlah, dari wajah manis ini saja kita dapat teka yang cinta mereka masih utuh buat satu sama lain," kata si juruacara wanita.

Tidak sabar-sabar sepasang juruacara ini, menanti Harraz dan Fleur naik ke pentas dan duduk bersama dengan mereka.

Fleur dan Harraz sama-sama tertawa kecil, mendengar kata dari juruacara wanita yang bernama Kameela.

Pasangan pengantin lama ini sama-sama labuh duduk di atas sofa tersedia. Terdapat meja kopi di hadapan mereka yang meletakkan dua mikrofon serta dua botol air berstraw, disediakan khas buat Fleur dan Harraz.

Harraz ambil kedua mikrofon itu. Satu di beri pada Fleur dan satu kekal di tangannya.

"Assalamualaikum, Harraz, Fleur." Isaac, juruacara lelaki menyapa tetamu dengan sopan.

"Waalaikumussalam," jawab Harraz serta Fleur serentak.

"Belum apa-apa lagi saya dah dapat rasa keserasian pasangan depan kita sekarang ni." Kameela masih setia dengan usikannya. Tanpa usikan, tak ke mana la sesi temu bual mereka hari ini.

"Harap Harraz dan Fleur sama-sama bersabar dengan saya sepanjang sesi ini berlangsung kerana yang sebelah saya ni...sedia ada bujang sejak lahir. Jadi terujanya dia bila jumpa pasangan berkahwin ni agak lain macam sikit." Isaac tidak lepaskan peluang untuk turut berlawak dalam sesi mereka.

Pecah tawa Harraz dan Fleur sementara Kameela menjeling Isaac melalui ekor mata. Jaga kelakuan, mana boleh beri tendangan hebat di sini.

"Apa pun kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada Harraz, pada Fleur kerana sudi untuk meriahkan lagi majlis Cinta Islam kita yang dianjurkan sendiri oleh organisasi-organisasi besar. Kalau ikutkan...inilah kali pertama Harraz dan Fleur munculkan diri di khalayak ramai untuk adakan sesi talk talk begini, betul tak?" Kameela akhiri ucapannya dengan pertanyaan, mahu sesi ini terus berlalu dengan rancak.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now