BAB 23

597 63 24
                                    

"EMIR?!" Harraz jauhkan telefon daripada telinga, skrin yang sudah gelap itu menjadi tatapan kornea mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EMIR?!" Harraz jauhkan telefon daripada telinga, skrin yang sudah gelap itu menjadi tatapan kornea mata.

Jantung Harraz semakin kuat berombak. Tangan yang sudah menggigil sedari tadi menjadi lebih teruk. Keadaan di atas laut ini kebiasaannya sejuk pada waktu malam tetapi gelisahnya Harraz sekarang sehingga mampu menitiskan keringat ke wajah.

"Fleur..." Harraz cari kontak nombor isterinya untuk dihubungi.

Harraz tak tau kenapa Fleur tidak hubunginya walaupun sudah dikurung berhari-hari. Ya, Harraz mungkin jauh tapi dia perlu tau apa yang berlaku pada isterinya.

Lima kali Harraz hubungi nombor telefon Fleur, satu pun tidak berangkat.

"Allahuakhbar..." Harraz duduk di atas katil sendiri, meraup wajah seraya mencari solusi akan situasi genting sekarang ni.

"Harraz?" ketukan pada pintu besi bilik Harraz buatkan lelaki ini mengeluh perlahan. Itu suara Hamdan.

"Kau okay ke? Suara kau jerit dengar sampai bilik aku," ujar Hamdan. Sudah tentulah lelaki itu dengar. Bilik mereka sebelah-sebelah sahaja.

Tidak dapat menahan diri, cecair jernih dari mata Harraz turun ke pipi. Namun, lelaki ini sekat semua air mata dengan laju.

"Kalau tak ada apa-apa, aku balik ke bilik. Tapi kalau kau nak minta tolong, aku sedia bantu, Raz." Hamdan sempat tinggalkan pesanan. Hamdan tau Harraz belum tidur. Mustahil satu minit lepas lelaki ini menjerit lalu terus lenakan diri seolah tiada apa yang jadi.

Hamdan tunggu di hadapan pintu bilik tersebut beberapa saat sebelum paling badan, hendak beredar. Tetapi bunyi pintu besi di buka membantutkan langkah Hamdan.

"Harraz, kau okay tak?" risau pula Hamdan lihat rambut serabai Harraz.

"Aku nak balik darat, Hamdan. Aku...aku tak boleh terus duduk dekat sini." Harraz tekup mata sendiri, dia tidak mahu Hamdan lihat dirinya sedang menangis tapi dirinya terlalu takut dan risau sekarang sehingga fikiran langsung tidak boleh berfungsi dengan benar. Apa yang Harraz fikir cuma mahu pulang ke darat, dapatkan isterinya.

"Kau tau kau boleh mohon untuk balik ke darat atas tujuan emergency." Hamdan beri cadangan.

"Emergency aku tak valid, Hamdan. Aku dah mohon daripada awal sebenarnya, lepas kau nasihat aku, aku mohon untuk pulang ke darat atas tujuan emergency tapi mereka tolak kerana perkara tu berlaku sebelum aku setuju untuk naik ke laut lagi. Jadi aku terpaksa...hadap. Tapi sekarang, aku betul-betul nak balik, aku risaukan isteri aku. Ya Allah..." Harraz tidak dapat tahan lagi mata daripada mengalirkan butiran jernihnya.

Harraz memang bodoh, suka lakukan sesuatu tanpa fikir baik buruknya. Harraz tak sepatutnya biarkan Fleur berseorangan. Harraz tak sepatutnya percayakan orang lain selain diri sendiri.

Hamdan tidak mampu berkata apa-apa. Jika situasi begini, beri nasihat pun pasti tidak akan dapat tenangkan hati Harraz. Dalam suasana begini, tiada perkara lain yang dapat memabantu selain daripada tuan badan menenangkan diri sendiri.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now