BAB 25

548 63 21
                                    

Nampak saja wajah Daniel sebagai pelawat, Ayra langsung dudukkan diri, penuh berharap wanita ini memandang wajah sang rakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampak saja wajah Daniel sebagai pelawat, Ayra langsung dudukkan diri, penuh berharap wanita ini memandang wajah sang rakan.

"Itu memang dia. Adriana Balqis ada di perbicaraan kes kau." Daniel ucapkan ayat yang hanya mahu didengari oleh Ayra.

"Lepastu? Berapa lama lagi kita kena tunggu ni? Kau tak nampak? Semua ni memang kerja dia." Ayra berbisik tapi suaranya kedengaran tegas.

"Siapa je di antara keluarga kau yang menidakkan perkara tu, kau cakap dengan aku sekarang? Semua tau, itu kerja dia, dia dalangnya tapi bukti yang tak ada." Daniel ikut cara Ayra bercakap, bisik dalam tegas.

"Apahal lembab sangat orang dekat luar ni buat kerja? Eh dah berapa minggu sejak kes letupan tu berlaku, takkan satu bukti pun tak terima?" marah Ayra.

"Kau cakap guna otak boleh tak? Kau ingat semudah itu ke bukti boleh ditunjukkan ke balai lepastu dia kena tangkap? Ya aku tau, keluarga kau banyak orang dalam tapi sekarang ni, prosedur tetap prosedur"

"Aku tau la semua benda tu. Aku ada dekat dalam ni pun sebab percayakan korang tapi apahal satu apa pun tak jalan!" Ayra mula membentak.

"Sebab kitaorang jumpa tali." Daniel bertindak untuk jujur saja pada Ayra.

"Tali? Kenapa dengan tali? Sambungan pada apa ni?" Ayra mula curiga.

"Semua yang berlaku...bersambung antara satu sama lain. Penamat dia adalah kematian." Daniel beri kata kiasan. Mereka tidak boleh terlalu terbuka walaupun berada dalam ruang tertutup. Dalam apa cara dan situasi sekalipun, mereka tetap perlu berhati-hati.

"Semua?" Ayra mahukan kepastian.

"Semua"

"Anak aku, Daniel. Anak aku dulu!" Ayra bangun daripada duduknya, melekapkan tangan pada plastik lutsinar yang menjadi pemisah mereka.

Daniel tau...perkara ini akan terjadi. Jejaka ini bangun daripada duduknya, betul-betul lihat ke dalam wajah Ayra dengan raut yang serius.

"Ini sebabnya...kenapa kau kat dalam dan aku kat luar. Ini sebabnya, kenapa Sumayyah di UK, Qamar disibukkan dengan kerja, Hawa disibukkan dengan anak-anak dan Zara di bawa jauh dari keluarga. Ini sebabnya. Sabar...kalau kita hanya fikir tentang satu nyawa, nanti kita akan kehilangan berbelas yang lain. Setiap keberanian datang dengan satu pengorbanan. Permainan bermula dan kita bersedia untuk bermain. Kau tak boleh selfish macam ni. Kalau kau selfish, semua akan hancur." Daniel bercakap dengan baik.

"Semua ada korbankan sesuatu sebagai tebusan. Aku harap kau faham..." Daniel ketuk plastik lutsinar itu sebanyak tiga kali sebelum keluar meninggalkan Ayra dalam ruang tersebut berseorangan.

Ayra terduduk akhirnya. Meraup wajah sendiri sambil cuba untuk perbetulkan saraf otaknya.

"Jangan gelabah, Ayra...sabar." Ayra pujuk diri sendiri.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now