BAB 15

504 54 34
                                    

Qamar Khawla pakai tali pinggang keledar sebaik selesakan diri di tempat duduk belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qamar Khawla pakai tali pinggang keledar sebaik selesakan diri di tempat duduk belakang. Bibirnya tersisa senyuman kecil, bangga dengan diri sendiri kerana mampu untuk bantu Fleur Sophia. Sudah lama mereka tak bertemu, risau juga Qamar, takut kalau Fleur tak mahu bercakap mahupun bertentang mata dengan Qamar.

"Qamar tau kat mana kubur arwah mummy dan daddy?" Fleur pecahkan kesunyian di dalam kenderaan tersebut.

Qamar lantas menoleh kepala, melihat kakak iparnya sebelum perlahan-lahan mengangguk.

"Qamar tau...tapi kita tak boleh pergi ke sana sekarang. Fleur perlu sihat dulu, perlu ada tenaga dan semangat. Doktor pun tak galakkan akak banyak berjalan untuk jaga pinggang belakang." Qamar pegang pinggang sendiri, memberi tanda pada Fleur.

Fleur tersenyum nipis. Iyalah...dia bukannya orang sihat mahu berdiri di tengah panas, duduk lama-lama di kubur itu, jalan pun perlu di pimpin orang. Tidak mengapa Fleur, doa itu jauh lebih penting.

"Qamar minta maaf, ya? Qamar tak mampu nak bela Fleur. Qamar masih orang luar, nak melawan pun, Qamar tak berani." Qamar pegang tangan Fleur, genggam tangan halus itu sebaiknya, menyalurkan semua kekuatan yang Qamar ada pada wanita ini.

Fleur geleng kepala, "Qamar adalah kakak Fleur, susuk yang Allah hantar untuk hiburkan hari Fleur. Qamar dan yang lain bukan orang luar...Qamar keluarga Fleur, ini adalah keluarga Qamar. Fahnaz anak Qamar juga..."

Berderai hati Qamar dengar suara lembut Fleur. Wanita ini sedang hancur tapi masih ada masa untuk senangkan hati orang lain. Sepatutnya Qamar yang tenangkan Fleur tapi kenapa Fleur yang lakukan semua perkara itu?

"Jangan pernah fikir Qamar adalah orang luar, ya? Qamar ibu pada Fahnaz, Qamar adalah kakak Fleur." Senyuman Fleur semakin lebar.

Qamar, Hawa, Ayra, Zara dan Sumayyah adalah kekuatan Fleur. Sejak Fleur sedar, dirinya tak boleh bersentuhan dengan kelima-lima abangnya, wanita berlima inilah yang menjadi tempat Fleur bermesra serta bermanja. Jikalau Fleur rindu mahu peluk abang-abangnya, Fleur akan bertindak untuk dakap isteri abang-abangnya semata. Itu saja sudah memadai. Pada Fleur, Allah hadirkan kakak iparnya secara serentak kerana mahu Fleur menumpang kasih pada mereka berlima.

Hati Fleur begitu tulus. Hangat bola mata Qamar dengar kelembutan Fleur. Sebelum ini, Qamar agak cemburu saat Amzar panggil Fleur sebagai mummy walaupun Fleur merupakan ibu susuan Amzar sendiri. Hati Qamar terkilan tapi melihat bagaimana Fleur sering berkata Fahnaz itu adalah anak Qamar membuat Qamar rasa dia berlebihan dalam cemburu.

Ya...Qamar lahirkan Amzar tapi Amzar bukanlah hak Qamar. Amzar juga bukan hak sesiapa melainkan Allah. Fleur dan yang lain adalah keluarga Amzar. Andai kata Qamar dan Aisy tiada, mereka yang akan jaga Amzar bersama kasih sayang yang penuh. Untuk apa perasaan cemburu itu Qamar? Sedangkan anak lelaki kau disayangi orang.

"Beritahu Qamar apa yang Fleur mahu lepasni, Qamar akan cuba untuk penuhi semua," balas Qamar.

Fleur mengangguk, tetapi dalam hati, wanita ini berharap dia tak akan susahkan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Sesakit apa pun Fleur, Fleur mahu harungi seorang diri, mahu selesaikan sendiri, dia tak mahu orang yang tak bersalah terlibat dalam masalah Fleur. Cukuplah, keluarganya huru hara lima tahun lepas kerana sihir itu. Fleur lebih sanggup, sakit sendiri berbanding menyusahkan orang lain.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now