BAB 28

937 67 39
                                    

Harraz Falikh berkerut kening sebaik sedar yang Dayyan ambil laluan jalan raya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz Falikh berkerut kening sebaik sedar yang Dayyan ambil laluan jalan raya yang lain. Ini bukan jalan mahu pulang ke rumah arwah Iqram mahupun rumah Harraz dan Fleur, tapi ini jalan seperti mahu ke rumah banglo Dayyan Aqil.

Harraz diamkan diri terlebih dahulu. Mungkin Dayyan ambil jalan ini untuk elak kesesakan di beberapa jalan yang lain. Sejak Dayyan dan Harraz bersapa di pelabuhan, mereka langsung tidak buahkan walau satu patah perkataan dalam kereta ini.

Yang temani mereka cuma kesunyian serta angin sejuk daripada penghawa dingin.

Namun, semakin lama...ia semakin jelas. Dayyan bukan bawa Harraz pada kedua buah rumah itu.

"Dayyan?" Harraz akhirnya bersuara, mahukan kepastian dahulu. Kot la Fleur dipindahkan ke rumah Dayyan.

"Aku rasa...kau patut jumpa dengan Fahnaz dulu sebelum jumpa dengan Fleur." Dayyan suarakan pendapatnya. Dia bukan mahukan jawapan Harraz tapi memaksa Harraz. Fahnaz benar-benar perlukan bapa kandungnya sekarang.

"Fahnaz tak duduk dengan Fleur?" soal Harraz.

"Kau tau kan, apa yang Fleur buat pada Fahnaz?" pertanyaan di balas soalan.

"Ya aku tau tapi mati-matian aku ingat Fahnaz dengan Fleur selepas kejadian tu." Kening Harraz berkerut semakin tebal.

"Fahnaz tak nak jumpa dengan Fleur. Setiap kali dia dengar mama atau nama Fleur, dia akan jadi takut, seriau...memang tak mahu jumpa Fleur langsung." Dayyan bercerita mudah.

"Teruk ke, Fleur buat dia?" dalam fikiran Harraz, Harraz hanya beranggapan yang Fleur hanya sempat cengkam sesaat dua sebelum Dayyan meleraikan. Harraz tidak fikir pula Fleur buat sehingga anak mereka jadi nyawa-nyawa ikan. Takkanlah sepanjang cengkam, Fleur langsung tidak sedar? Mustahil.

"Sampai sekarang, dia masih pakai penyokong leher. Hampir dua minggu." Dayyan menjawab bersama kiasan.

Harraz pejam mata. Ya Allah...sungguh Harraz tak sangka seteruk itu.

"Dia hanya sebut papa." Tambah Dayyan lagi.

Harraz mengangguk, "Tapi Fleur macam mana? Kau tak ada cuba nak keluarkan dia daripada rumah tu?"

Dayyan ketap bibir, "Itu...cerita lain pula. Kalau ada Ayra mungkin lebih senang tapi Ayra tak ada dengan kita"

"Kenapa?" Harraz mula berasa tidak sedap hati.

"Emir upah berbelas pengawal peribadi untuk berjaga di luar dan dalam rumah daddy. Aku tak boleh masuk, begitu juga dengan orang lain. Hanya Emir dan Rian yang dibenarkan keluar masuk secara bebas," beritahu Dayyan.

"Polis? Tak cuba gunakan polis?" Harraz tertanya. Mungkin...Ayra tidak boleh bantu, mereka tiada orang dalam untuk bantu mereka tapi mereka boleh gunakan prosedur daripada awal.

Dayyan tarik nafas dalam selepas dilepaskan perlahan-lahan. Lampu isyarat sebelah kiri dihidupkan dan perlahan-lahan, Dayyan hentikan kereta pada bahu jalan.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now