BAB 14

405 42 15
                                    

Harraz Falikh berjalan malas, mahu masuk ke ruang biliknya atas pelantar minyak ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz Falikh berjalan malas, mahu masuk ke ruang biliknya atas pelantar minyak ini. Memandangkan jawatan Harraz di sini agak tinggi, jadi jejaka ini dapat bilik berseorangan, tidak berkongsi dengan pekerja yang lain.

Suasana di tengah lautan...sangat tenang, saat tiada ribut petir. Bunyi deruan air, beserta angin malam, cukup untuk menenangkan Harraz sebelum ini, tetapi tidak sekarang.

Hari ini, hari Harraz agak huru hara, penuh dengan keserabutan dan perkara yang memeningkan kepala. Buat pertama kalinya, Harraz benci dengan kerjanya di sini. Mungkin kerana Harraz perlu sambung tugasan rakan kerjanya yang tidak berapa kemas seperti cara Harraz. Jikalau sambung kerja sendiri, tidaklah Harraz serabut begini.

"Raz." Teguran daripada seseorang mematikan langkah Harraz. Kepala berpaling mencari sumber suara.

"Fuh...full house." Geleng kepala Hamdan sebaik nampak seragam Harraz dipenuhi kotoran minyak. Hairan, wajahnya bersih saja. Pandai jaga muka jejaka ni.

"Ada apa kau duduk depan bilik aku ni?" Harraz buat keputusan untuk layan Hamdan seketika. Harraz dan Hamdan ini tidaklah begitu rapat. Jumpa sekali sekala saja di darat. Jarang sekali Harraz bekerja sewaktu dengan Hamdan di atas laut.

"Saja...tengok jiran. Dengarnya, tangki kau ada masalah?" Hamdan imbas tubuh Harraz daripada bawah ke atas, berkali-kali sehingga puas.

"Tangki Yazman, bukan tangki aku. Aku hanya jaga untuk dua minggu." Harraz membetulkan.

Hamdan mengangguk lambat-lambat, "Tetap tanggungjawab kau kan sekarang?"

"Kau nak apa? Aku berlengas, nak mandi, nak rehat. Esok aku kena masuk pagi." Harraz menapak ke pintu bilik, buang masa saja layan si Hamdan ni. Ingatkan dapat redakan jiwa yang letih, rupanya menambah beban fikiran.

"Aku dengar isteri kau keguguran." Hamdan cuba tapis ayatnya. Entah sesuai ataupun tidak ayat begini tapi Hamdan sudah cuba bertanya sebaik mungkin.

"Berita palsu." Mudah Harraz menjawab.

Kening Hamdan bertaut, "Atau...bayi kau meninggal?"

Harraz yang masa itu sedang membelakangi Hamdan lantas pejam mata. Mengapa pada waktu malam begini baru sibuk hendak bertanya tentang dirinya pula? Selama lima hari Harraz tenang di sini, tak ada sorang pun mahu tanya.

"Ajal anak aku, rezeki kami takat itu saja." Harraz buka pintu bilik, bersedia mahu masuk ke dalam.

"Apa kau buat sekarang ni, tak betul, Raz." Ayat Hamdan yang satu ini mematikan langkah Harraz.

"Kau buat apa dekat sini? Baliklah weh, jumpa bini kau, jaga dan peluk dia. Kenapa kau setuju untuk masuk kerja?" soal Hamdan, agak tinggi suaranya.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now