BAB 18

359 39 5
                                    

Kenderaan pacuan empat roda milik Emir Amirullah memasuki kawasan parkir bawah tanah bangunan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenderaan pacuan empat roda milik Emir Amirullah memasuki kawasan parkir bawah tanah bangunan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Jiwa Sumayyah tidak tenang sejak Emir arahkan mereka supaya masuk ke dalam kereta, bersama beg bagasi yang agak besar. Bukan satu tetapi dua beg bagasi yang Emir bawa.

Sumayyah mahu bersuara, mahu bertanya tetapi wanita ini masih rasa bersalah akan perkara yang berlaku siang tadi. Sebaik Emir pulang daripada ambil Haura, Emir memang senyap membisu, Sumayyah tidak tegur Emir, begitu juga sebaliknya. Emir hanya akan bersuara saat Haura bercakap dengan Emir semata-mata.

Pintu bahagian tempat duduk Sumayyah di buka daripada luar. Serentak itu, Sumayyah dapat lihat Emir berada di luar kereta, sedang dukung Haura Khadijah yang sudah pun lena. Mana tidak lena...jam sekarang sudah menunjukkan pukul 12 malam. Emir bawa mereka pergi makan dahulu sebelum tiba di sini.

"Keluar," ujar Emir sepatah.

Sumayyah akur. Emir tutup pintu kereta, kunci kereta tersebut sebelum tolak kedua-dua beg bagasi mereka, masuk ke dalam bangunan lapangan terbang itu. Emir tidak benarkan Sumayyah lakukan walau satu kerja. Beg sandang berisi keperluan Haura pun, Emir yang galas. Sumayyah hanya berlenggang, membuntuti suaminya.

Ke mana saja Emir pergi, Sumayyah akan mengekor tanpa sebarang suara tetapi riak wajahnya cukup untuk bercerita.

Emir pergi ke bahagian kaunter penebus tiket serta kemasukan beg. Seperti biasa, Emir yang selesaikan semuanya. Sebaik peroleh tiket di tangan, Emir lantas mencari pintu masuk yang tertera pada tiket tersebut.

Jumpa.

Pintu pelepasan yang sama seperti dua minggu yang lepas.

Emir masih dukung anaknya menggunakan satu tangan. Haura tampak selesa menyembab pipi pada bahu lebar sang bapa, sebelah tangan Haura memeluk leher Emir, membuat Emir sendiri berasa tenang kerana dapat bau wangian anak perempuannya.

Emir mula berpaling badan, mencari isterinya yang langsung tidak kelihatan berdiri di sebelah mahupun di hadapan Emir.

"Sayang." Emir pandang wajah anggun isterinya.

"Abang minta maaf tentang siang tadi, abang tak dapat kawal marah abang dan tinggi suara pada sayang. Abang minta maaf kalau ayat yang terlepas dari mulut abang, buat sayang terasa hati." Penuh kelembutan Emir berbicara.

Melihat ketelusan dan kasih yang terpancar dari wajah Emir membuatkan hati Sumayyah sejuk, tenang.

"Sumayyah minta maaf juga..." wanita ini menunduk kepala. Sepatutnya, Sumayyah yang perlu meminta maaf terlebih dahulu, bukannya Emir.

Emir mengangguk sekali dua. Sesaat kemudian, jejaka ini hulurkan dua buah tiket penerbangan pada Sumayyah. Sumayyah lihat dahulu butiran pada tiket tersebut sebelum dongak kepala, memandang Emir.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now