BAB 02

771 72 3
                                    

Luqman Iskandar menapak masuk ke dalam ruang pejabat Fathi Wazif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luqman Iskandar menapak masuk ke dalam ruang pejabat Fathi Wazif. Di tangannya terdapat sebuah tablet yang berisi pelbagai perkara penting berkenaan kerja Luqman sebagai pembantu peribadi Fathi di pejabat.

"Tuan, mesyuarat akan berlangsung dalam 15 minit," beritahu Luqman.

Fathi mengangguk. Tidak sempat mahu bersuara, telefon pejabat berdering minta di angkat. Fathi tekan satu butang pada telefon canggih itu, lantas menyambungkan talian daripada pejabat COO ke ruang taska di lobi bangunan Avalance.

"Tuan, saya Ain daripada department taska. Maaf mengganggu masa bekerja Tuan tetapi Nusaybah tak berhenti menangis sejak satu jam yang lalu. Kami sudah beri snek, makanan berat, susu, perhatian serta permainan, tetapi Nusaybah tetap mahukan daddy dia." Ain bercakap dengan agak laju. Takut sebenarnya mahu ambil masa yang lama berhubung dengan Fathi Wazif kerana semua orang cakna yang Fathi tegas saat bekerja.

"Okay, I akan turun." Fathi dapat dengar tangisan Nusaybah di balik suara Ain. Apa boleh buat, Nusaybah baru masuk dua tahun bulan lepas. Setiap ibu bapa pasti akan setuju, anak ketika berumur dua tahun adalah saat paling susah untuk dilayan. Pasti suka buat perangai dan tantrum untuk perkara kecil.

"I pergi ambil Nusaybah sekejap. Will be at meeting room on time. You masuk dulu meeting room, mesti pekerja dah mula penuhkan kerusi." Fathi bangun, matikan komputer sebelum berjalan pantas untuk turun ke lobi bangunan.

Luqman akur akan arahan Fathi, lantas mengatur langkah ke bilik mesyuarat.

"Maaf sangat Tuan sebab terpaksa hubungi Tuan." Ain tunduk ke bawah, melihat lantai. Fathi Wazif berada di hadapan mata. Jarang pekerja berani bertatapan dengan Fathi.

"It's okay. Thank you." Fathi tunduk sedikit sebelum berjalan untuk ke lif khas para pengarah.

"Kenapa, anak daddy ni...Nusaybah kata pagi tadi, tak sabar nak jumpa Nayla, nak main dengan Nayla di taska. Tapi bila dah sampai taska, Nusaybah nangis tak mahu duduk dekat sana. Kesian Nayla." Fathi usap tubuh belakang si anak yang berada dalam dukungan. Tangisan Nusaybah sudah reda sebaik nampak wajah bapanya, hanya sedu yang tersisa.

"Daddy," kata Nusaybah sepatah.

"Ya, daddy ada dengan Nusaybah. Tapi Nusaybah kena janji dengan daddy, Nusaybah tak boleh buat bising bila daddy bawa Nusaybah naik atas. Nusaybah kena behave, boleh?" Fathi cuba buat janji dengan anaknya.

Nusaybah tidak bersuara, hanya anggukan yang mampu diberikan.

Tepat pukul tiga petang, Fathi Wazif masuk ke dalam ruang mesyuarat. Serentak, kesemua pekerja yang terlibat dalam mesyuarat itu berdiri tegak, menyapa bos mereka ini.

"Have a seat," kata Fathi, neutral suaranya.

Zara yang turut berada dalam mesyuarat itu perasan akan sesuatu. Kening berkerut melihat kanak-kanak yang sedang didukung oleh suaminya.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now