BAB 12

570 60 8
                                    

Kenderaan yang di pandu tepat masuk ke dalam kotak parkir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenderaan yang di pandu tepat masuk ke dalam kotak parkir. Harraz Falikh tarik brek tangan seraya lihat ke hadapan. Nafas berat terhela perlahan, lambat-lambat pandangan mata beralih pada cermin lihat belakang.

Kelihatan beg sandang dari pantulan cermin, meletakkan segala keperluan Harraz untuk 40 hari di atas laut. Terdapat dua beg yang di bawa untuk mencukupkan keperluan hariannya nanti.

Spontan, kotak pemikiran Harraz melayangkan situasi di rumahnya sebentar tadi.

Tangan sibuk mengambil pakaian sementara kepala penuh dengan barangan untuk bersihkan diri. Dia tidak ada banyak masa sekarang.

Dalam kesibukan, terselit deringan telefon yang berbunyi sedari tadi, minta di angkat. Harraz buat keputusan untuk siapkan dahulu mengemas segala barangnya sebelum terima panggilan tersebut. Bercakap dalam telefon sewaktu memandu tiada masalah tetapi kalau berlengah waktu kemas baju, nanti Harraz tak akan tiba di pelabuhan, tepat pada masanya.

Selesai.

Telefon langsung di bawa keluar daripada kocek seluar. Semua panggilan yang tak berjawab merupakan panggilan video daripada nombor Amsyar. Tanpa berlengah, Harraz hubungi nombor tersebut seraya bawa segala beg ke dalam kereta.

Tak perlu menunggu lama, panggilan tersebut langsung bersambung.

"Papa! Papa..." suara Fahnaz adalah suara pertama yang menjengah telinga Harraz.

"Ya baby? Baby dah makan?" Harraz bertanya tanpa lakukan hubungan mata bersama Fahnaz.

"Dah, tadi aunty Mamar bagi Fahnaz makan," jawab si kecil.

"Aunty Mamar? Umi la baby, aunty Qamar tu ibu Fahnaz juga, umi..." Harraz membetulkan. Fahnaz ni, tak suka benar panggil ibu susuannya dengan panggilan ibu.

"Papa bila nak balik? Fahnaz tak ada kawan...mama bila nak balik, papa? Kita tak tengok abang atau adik ke papa?" berduyun soalan yang Fahnaz beri pada bapanya, semua soalan yang tak mampu Harraz jawab dengan tenang.

"Papa kena pergi kerja. Kalini, papa pergi lama sikit, Fahnaz duduk dengan umi, abi, baba, mama semua okay? Nanti bila mama dah sihat, mama balik. Papa balik nanti, kita jumpa abang dengan adik." Harraz beri jawapan selamat.

Fahnaz mencebik, "Papa kata harini papa nak bawa Fahnaz jumpa mama"

Harraz langsung tampar dahi. Allah...dia benar-benar lupa akan perkara itu.

"Mama kata kalau dah janji, papa kena lakukan juga," sambung Fahnaz lagi.

Harraz lihat jam tangannya. Bibir bahagian dalam di gigit.
Memang tak sempat mahu ambil Fahnaz untuk ke hospital, kemudian hantar Fahnaz pulang semula dan terus ke pelabuhan. Pasti perlu hadap jem. Kalau dia lewat...dia juga yang akan di marah nanti.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now