Bab 30

211 8 0
                                    

Dalam tak sedar sudah hampir sebulan, aku bergelar isteri Asyraf. Masa seakan berputar dengan pantas. Bahagia? Ya, aku bahagia hidup bersama Asyraf. Layanan yang terlebih penyayang sentiasa mendapat tempat di hatiku. Sejujurnya aku telah jatuh cinta. Dahlia Erina jatuh cinta! Jatuh cinta dengan suami sendiri. Ahaks, dengar macam kelakar tetapi itulah realiti yang berlaku.

Aku dengan Asyraf masing-masing sibuk dengan kerja. Aku dengan kafe. Tempahan yang kian meningkat saban hari. Tempahan untuk majlis besar seperti majlis perkahwinan sehingga tempahan pastri untuk majlis kecil-kecilan, sambutan hari lahir. Asyraf sibuk dengan studio. Rakaman muzik video artis dia, rakaman iklan ringkas. Belum kira lagi rakaman podcast yang diuruskan oleh Asyraf. Sibuk membina kerjaya.

Sebulan tempoh perkahwinan, sebulan lah kami menetap dengan mama. Asyraf sudah menyatakan hasrat mahu berpindah ke kediaman kami. Mahligai kami berdua yang dibeli oleh Asyraf namun masih berada dalam kerja pengubahsuaian. Asyraf menghalang aku yang alergi habuk ini masuk ke sana. Dia sendiri mahu kemas pastikan tiada habuk sebelum membawa aku. Cuci kaki nampaknya aku, masuk rumah tanpa perlu buat apa. Janjinya bakal menjemput aku ke mahligai kami setelah dia pulang daripada penggambaran hujung minggu ini. Hujung minggu ini bukanlah lama bersisa tiga hari sahaja lagi. Tak sabar mahu hasil sentuhan Asyraf Aaryan pada mahligai kami.

Darling jaga diri leklok tau. Abang seminggu tak ada dengan darling. Tak boleh tidur dengan darling. Tak boleh peluk darling. Jangan rindu abang. Nanti kesian darling terseksa tanggung rindu. Biar abang je rindukan darling selalu.” Hujah Asyraf ketika aku bersalaman dengan dia tiga hari lepas. Dahi aku dikucup lama sebelum dia melangkah pergi. Pergi mencari rezeki untuk kami. Semoga langkah suamiku diiringi dengan rahmat Allah selalu. 

Usia perkahwinan yang baru sebulan, kali ini kali pertama kami berjauhan. Mulanya aku angkuh. Aku nafi perasaan rindu itu.

“Rindu? Aku nak rindu dia. Seminggu itu sekejap je. Pejam celik pejam celik dah seminggu. Sebelum ini elok je hidup tanpa susuk seseorang di sisi. Boleh je aku hidup seorang selama dua puluh lima tahun ini. Takkan lah aku nak rindu dia.” Desis hatiku saat Asyraf meninggalkan aku kerana tuntutan kerja. Dia perlu pergi ke Johor Bahru untuk penggambaran filem pendek syarikatnya.

Kata-kata aku haritu akhirnya memakan diriku sendiri. Tiga hari berjauhan dengan Asyraf, membuatkan diriku terasa kosong. Sepi. Terasa asing. Seperti tak lengkap hariku tanpa kehadiran dirinya. Sunyi tanpa suami di sisi. Walaupun tiap hari dia tanpa jemu mesej aku, kadang kala jika jadual tak padat pasti dia akan menghubungi aku. Sampai aku naik meluat! Bergayut sehingga dua tiga jam, seperti pasangan yang asyik bercinta. Bercinta? Memang kita bercinta, cinta selepas kahwin. Tapi tetap aku rasa sunyi, rindu akan sikap dia yang suka mengusik. Rindu akan pelukan hangat dia yang menemani malamku.

Ini salah Asyraf, dialah yang terlampau manjakan aku! Tidur tak lena, mana taknya sebulan terbiasa dengar suaranya yang menjadi lullaby. Tubuhku akan didakap erat olehnya sehingga aku lena diulit mimpi. Sekarang kena peluk anak patung seperti sebelum ini. Tidur tak tenang aku sepanjang tiga malam ini. Ambil nama tidur sahaja, lena tak mahu singgah.

Pemegang besi pada tangga dipaut erat menemani langkahku menuju ke dapur. Mata masih menahan mengantuk. Kawasan rumah yang sunyi sepi direnung kosong. Baru bangun tidur. Kumpul semangat untuk mulakan hari. Dasar anak dara apalah aku ini. Bangun pukul lapan pagi. Tetapi memang itu rutin aku sekiranya tak boleh solat. Akan bangun sedikit lewat daripada kebiasaan maklumlah tak perlu solat subuh.Tak perlulah bangun awal sangat.

Hmm, mama dengan mak Mah mesti pergi pasar ini, sunyi sepi je rumah. Selalu mama akan membeli-belah barang keperluan dapur bersama mak Mah.

Tekak yang terasa kering membuatkan langkahku laju menuju ke peti sejuk dua pintu. Satu gelas cawan kaca di meja pantri aku capai. Dengan mata masih separa pejam, penutup susu kotak Dutch Lady dibuka. Hampir penuh gelas diisi, susu segar diteguk rakus. Membasahi saluran tekak.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now