Langkah longlai menuju ke ruang dapur. Kebanyakan penghuni rumah masih nyenyak dibuai lena. Suis lampu di tepi dinding aku buka.
Keadaan dapur yang malap kini terang dengan cahaya lampu pendaflour. Tiba masa aku beraksi, malam semalam semua orang penghuni rumah tak bagi keizinan untuk aku menyentuh dapur. Pagi ini mereka tidur dapat lah aku menyajikan hidangan sarapan pagi buat mereka. Tanda terima kasih.
“Eh, awal pengantin bangun tidur,” ujar Mak Mah yang baru muncul terkejut dengan kehadiran aku yang sibuk memotong bawang untuk memasak.
“Hehe, selamat pagi Mak Mah. Lepas subuh terus tak boleh tidur. Nak buat bihun goreng untuk semua.” Tangan masih lincah bergerak.
Selesai solat subuh berjemaah dengan Asyraf tadi, mata terus segar bugar. Syukur terhadap Allah, aku dikurniakan suami yang patuh pada perintah sang pencipta.
“Lepas ni kalau kita berdua ada kat rumah, kita jemaah sekali ye darling.” Pak imam dah bagi arahan takkan nak ingkar. Berdosa aku nanti.
“Mak Mah tahu lah baru kahwin, tapi takkan dah rindu cik abang kut. Tersenyum seorang ni.” Sakan Mak Mah mengusik.
“Dahlia senyum salah, masam muka pun salah. Dahlia senyum sebab seronoklah nak masak sarapan untuk semua orang.” Teguran Mak Mah menghentikan lamunan aku. Tangan kembali bekerja menghasilkan bihun goreng Singapore.
“Ehem,panjang umur itu encik abang Dahlia dah sampai,” hujah Mak Mah apabila kelibat Asyraf muncul di ruang dapur.
Sesudah menyapa mesra mak Mah, langkah kaki diatur kepada aku yang sibuk menumis rencah untuk bihun goreng. Asyraf berdiri tepat di belakangku. Kedua-dua tangan melekap di tembok para dapur, mengurung diriku.
“Pandai darling abang memasak, haritu kata tak reti…” suaranya separuh berbisik.
“Dahlia, tengah masak jangan kacau. Please. Nanti dah siap, Dahlia panggil awak makan.” Tangan yang mengunci pergerakan aku tolak lembut.
“ Abang nak tengok darling masak lah. Janji tak kacau.”
Memang dia mengotakan janji, kini dia sudah bermastautin di kawasan dapur, memerhati gelagat aku memasak. Mulanya Asyraf menawarkan diri menolong, namun ditolak mentah-mentah oleh aku. Akhirnya dia akur hanya menjadi penonton.
Secawan kopi O panas, dihidang khas untuknya.
“Thank you, darling.” Tersenyum manis pada aku.
“Without sugar tau! Awak suka kan?” Teragak-agak aku bercakap takut tak kena dengan citarasa dia. Selalu itulah menu yang biasa dia pesan jika singgah ke kafe. Maklumlah, kenal pun berapa bulan saja. Makan masa lah nak kenal hati budi masing-masing.
“Pandai darling. Tahu aje kegemaran abang. Yang penting darling buat dengan penuh kasih sayang.” Pinggang dirangkul supaya rapat dengan dirinya.
“Dia ini memang selamba badak je kan sentuh aku sesuka hati, nak marah lebih ada mak Mah pula di sini.” Bisik suara hatiku. Akur sahaja lah. Tangan aku masih berusaha melonggarkan genggaman pada pinggang.
“Amboi, pengantin baru awal bangun! Bersawiit pula kat dapur ini.” Mak Long yang baru menyinggah ke dapur ungkap kata sepontan apabila telatah kami.
“Tak lari lah isteri awak itu Asy,” tokoh mama yang sakan tersenyum penuh makna kepada kakaknya.
“Biasalah, Diana pengantin baru. Asyik nak melekat je, dua puluh empat jam. Macam kita muda-muda dulu,” ungkap mak long terkenang zaman mereka.
Kian lama meja makan kian dipenuhi dengan penghuni rumah yang bersedia untuk sarapan bersama. Perbualan yang hangat dijadikan topik utama semestinya isu bulan madu kami berdua. Lokasi, tempoh serta serba lengkap berkaitan bulan madu aku dengan Asyraf disoal siasat oleh mereka. Aku hanya membiarkan Asyraf yang bercerita. Sememangnya dia rancang semuanya, aku hanya ikut sahaja. Penerbangan ke destinasi bulan madu kami dijadualkan pada petang hari.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...