20 tahun lepas.
Seorang kanak-kanak perempuan berlari keluar dari pintu masuk Tadika Damai. Duduk bersipu di bangku luar tadika. Waktu rehat. Kanak-kanak seumurnya sibuk bermain buaian serta papan jongkang jongket. Melihat kanak-kanak lain bermain dengan kawan, dia hanya memerhati. Takut nak berbual dengan orang. Hari kedua Dahlia bersekolah di Tadika Damai, masing-masing sudah mempunyai kawan, dia keseorangan. Dia berpindah ke Tadika Damai kerana tadika lamanya, dia dibuli.
Abah memohon pertukaran sekolah anak perempuan kesayangan di tadika baru setelah tahu akan isu selipar Dahlia yang disorok oleh rakan sekelas. Menangis seorang Dahlia berjalan kaki menuju ke perlukan abah.
"Abah, ada orang curi selipar laling. Dahlia dah cari semua tempat tak ada," menangis sambil memeluk abahnya.
Tubuh kecil Dahlia didukung abah.
"Laling abah jangan menangis, laling tahu siapa ambil selipar laling?" abah kesat air mata puteri bongsunya.
"Tahu! Laling dah marah dia. Laling cakap tak suka dia ambil selipar laling. Dia buat tak tahu. Dah banyak kali dia ambil. Selalu laling jumpa dia sorok kat mana, hari ini tak jumpa!" Sambung merengek dalam dakapan abah tercinta. Teresak-esak menangis.
"Nanti abah bagitahu ticer laling biar dia marah budak itu," abah memujuk Dahlia yang sudah banjir dengan air mata.
"Ticer, dah marah dia abah! Dia tak dengar. Dia kata dia sahaja usik laling sebab laling comel. Dia suka kacau laling. Dia kata sengaja sorok nanti dia pulangkan balik. Abah, laling tak nak pergi sekolah. Sekolah tak best! Ada orang jahat!" Pipi dikembungkan, Tarik muncung panjang. Merajuk dengan abah.
"Shhh, shh...nanti abah cakap dengan ticer. Biar dia tak berani kacau laling lagi." Abah menepuk-nepuk belakang badan anaknya.
"Tak nak! Laling tak nak sekolah sini! Sini jahat! Laling tak nak pergi sekolah! Sekolah tak best! Laling nak duduk dengan mama dengan kakak je."
"Okey, kita tukar sekolah ye sayang abah. Kat sana laling jumpa kawan baru. Mereka baik, takkan kacau laling lagi. Nanti laling dapat ramai kawan," berusaha memujuk anak manja kesayangan dia.
"Okey, dokey! Sayang abah!" dakap pangkal leher abahnya erat.
Suara seseorang matikan lamunan Dahlia mengapa dia berada di tadika baru. Dia tak ada kawan, sama sahaja tadika lama atau baru. Sentiasa seorang diri.
"Hai, saya Asy. Nama awak siapa? Jadi kawan saya nak?" Seorang kanak-kanak lelaki menghulurkan tangan untuk berjabat, tanda pengenalan.
"Saya Dahlia. Saya tak reti nak kawan. Semua orang main sekali, tinggalkan saya. Saya takut nak ajak mereka. Saya tak suka kawan dengan semua. Mereka jahat! Mereka tolak saya semalam. Mereka buli saya." Seorang Dahlia yang manja mengadu kesedihan pada 'kawan baru' dia.
"Saya nak kawan dengan Dahlia. Saya baik. Semalam saya tegur Dahlia diam je duduk sebelah saya. Kita kawan?" setia menunggu jabatan tangan disahut oleh Dahlia.
"Ka-kawan." Perlahan tangan mereka berpaut. Takut-takut Dahlia mahu berkawan. Bimbang Asy pembuli.
"Dahlia suka warna purple kan! Semalam Dahlia color book yang ticer bagi semua warna purple!"
"Biarlah! Sibuk je!" muncung ditarik memarahi Asy.
"Asy suka warna blue. Umi cakap blue warna laut. Cantikkkk. Macam Dahlia. Tenang je tengok. Asy selalu pergi pantai dengan umi. Umi Asy baik. Dia ticer juga tapi ticer untuk abang-abang dengan kakak-kakak. Kita kecil lagi. Nanti Asy bawa Dahlia jumpa umi Asy. Umi Asy baik sangat, dia jaga Asy seorang tau. Papa Asy lari. Umi Asy kuat." Seronok bercerita kisah hidup walaupun Dahlia hanya menyepi. Setia jadi pendengar.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...