Bab 28

359 13 2
                                    

Hari yang menyaksikan tangisan syaitan yang gagal menyesatkan umat manusia dengan godaan hawa nafsu. Ikatan suci yang bakal terjamin membatalkan bisikan syaitan yang mahu membawa kepada kemaksiatan kepada umat manusia.

Pandangan aku hanya fokus kepada Asyraf yang sedang berjalan menuju ke platform di tengah dewan yang menempatkan meja yang dihuni tok kadi serta para saksi. Mata terpukau melihat senyuman berlesung pipit manis Asyraf yang mengkhayalkan. Terasa seperti hanya kami berdua berada di sini. Debaran jantung yang sedang bermarathon cuba ditenangkan. Beristighfar serta zikir menemani jiwaku yang gemuruh kini.

Mama menggenggam erat pergelangan tangan aku, seakan memberi semangat buat diriku. Penguat semangat untuk aku. Sungguh sesuatu perkara yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. Jika arwah abah ada pasti abah yang bakal menggoncangkan tangan bakal suami aku ini. Arwah abah yang bakal menjadi wali menikahkan anak perempuannya. Impian setiap anak perempuan, ayah menjadi wali menyerahkan tanggungjawabnya kepada seseorang lelaki yang bakal memimpin anaknya ke jalan syurga Allah. Yang bakal sehidup semati dengan anaknya, yang bakal menggalas tugas membentuk keluarganya sendiri telah terlafaz akad.

Kini, aku takkan mampu merasai perasaan yang pernah aku impikan, arwah abah tak sempat menyerahkan tanggungjawabnya kepada suamiku. Arwah abah tak sempat menyaksikan hari pernikahan aku. Dia tak sempat lihat anak perempuannya bahagia di tangan lelaki yang menjadi pilihan hatinya. Pemergian arwah abah dulu punca aku pernah bertekad takkan bernikah kerana sosok abah tiada ketika hari pernikahan aku.

Bukan aku tak mahu kahwin, tetapi hati kecewa kerana ayahanda tercinta yang menantang penuh puterinya tiada pada hari pernikahan anakandanya. Musnah segala impian sejak zaman kanak-kanak yang penuh fantasi membayangkan perkahwinan ditemani ayahanda tercinta sebagai pendamping. Namun aku perlu akur dengan takdir Allah, setiap yang bernyawa pasti akan pergi menghadap Ilahi kelak. Kita yang masih bernyawa perlu terima ketentuan Allah Taala dengan reda meneruskan kehidupan. Yang pergi takkan kembali, namun nama abah sentiasa meniti dalam setiap doaku.

"Aku terima nikahnya Siti Nur Dahlia Erina Binti Mohd Rashid dengan mas kahwinnya seutas gelang tunai." Dengan sekali lafaz, kini Asyraf sah menjadi suamiku.

Dengan mata yang berair, mama memeluk erat tubuhku disisinya. Berpelukan kami anak beranak. Hujung mataku diusap halus oleh mama. Menghapuskan titisan air mata, tak mampu merosakkan makeup aku.

"Anak mama dah jadi isteri orang. Arwah abah pasti bahagia jika dia saksikan detik berharga ini. Dahlia jangan sedih ye sayang. Abah sentiasa bangga dengan segala yang Dahlia lakukan. You're his princess always. Sekarang Dahlia sudah bersuami, jaga akad ini baik-baik ye sayang."

Mama langsung tak pernah gagal membuatkan hatiku hiba. Sedih mengenangkan arwah abah yang tak sempat menyaksikan pernikahan aku, tetapi aku tahu ini perkara yang pernah dia hajatkan dulu. Satukan aku dengan Asyraf namun dia tak sempat melihat penyatuan kami.

Senyuman tipis aku disapa Asyraf yang sentiasa menjadikan aku sebagai pemandangan terindah buatnya. Senyuman dibalas dengan senyuman. Tiap detik pasti dia akan menoleh ke kanan memandang aku yang duduk di pelaminan dan pasti anak mata kami bertaut. Saling bertukar pandangan.

Air mukanya cuba aku tafsir. Gembira. Terharu. Bahagia. Senyuman manis yang sentiasa menghiasi wajahnya terdampar. Senyuman yang mekar hingga ke telinga. Bahagia sungguh!

Aku pula, bahagiakah? Insya-Allah. Perjalanan kami masih jauh, semoga bahtera yang terbina ini berlayar lancar mengharungi samudera yang bergelora mahupun dilanda badai menuju ke destinasinya, Syurga.

Usai solat sunat dua rakaat dilaksanakan majlis diteruskan dengan upacara membatalkan air sembahyang. Seutas gelang emas bercorak ringkas pilihan aku dipasang oleh Asyraf di pergelangan tangan kananku. Tangannya dihulurkan. Dikucup perlahan tanda menghormati dirinya sebagai suami. Ubun kepala aku yang ditutupi selendang putih diusap lembut oleh Asyraf berserta senyuman yang tak lekang pada wajahnya.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now