Bab 5 🕊️

938 56 1
                                    


"Marah betul kau dengan staff kau tadi tu"

Zaidan menghirup iced coffee sebelum membalas pertanyaan rakan baiknya.

"Aku dah lama perhatikan si Irma tu. Kerja tak buat, cuti memanjang, asyik merayau dekat department lain je. Mahu aku tak hangin" balas Zaidan.

Arash terlepas ketawa kecil. Memang cari penyakit lah si budak Irma tu.

"Haa lupa aku nak tanya, kau borak apa dengan Sofi tadi?" soal Zaidan sambil mengunyah chicken saladnya.

Tersedak Arash yang sedang meneguk air. Dia menepuk-nepuk dadanya. Yang ini pun nak bertanya tengok lah keadaan dulu.

"Saja aku mengusik dia. Pahal? Kau cemburu ke?" soal Arash kembali.

"Tak ada sebab pun aku nak cemburu. Aku anggap Sofi tu dah macam adik aku je. Kau tahu kan Sofi sebaya dengan arwah Hanis" balas Zaidan.

Arash tersenyum kelat dan mengangguk sahaja.

Hanis Zulaikha. Adik bongsu Zaidan yang meninggal ketika berusia 15 tahun kerana demam panas. Begitu terluka Zaidan apabila dia kehilangan satu-satunya adik yang dia ada.

"Mesti kau rindu Hanis kan Adan" kata Arash.

Zaidan tersenyum sesaat sebelum wajahnya kembali kosong. Dia jarang menayang senyuman di luar kecuali bersama keluarga ataupun rakan-rakannya.

"Siapa je tak rindu adik sendiri Rash. Lepas dia pergi, aku sunyi. Aku selalu jugak masuk bilik dia. Kekadang aku tidur dekat situ, boleh lah hilangkan rindu sikit" balas Zaidan.

Arash mengangguk sebelum menyuap nasi kedalam mulutnya. Sedang mereka menikmati makanan, mata Arash terlihat seorang gadis yang mirip seperti Sofia.

Baru sahaja dia mahu memberitahu Zaidan, terus bayangan gadis itu hilang. Berkerut mukanya mengingati kembali pakaian Sofia.

'Takkan Sofia tukar baju kot? Dia pakai baju lain rasanya tadi' bisik hati Arash.

Zaidan mengangkat muka dan memandang Arash yang sedang berkerut muka.

"Woi, kau kenapa? Dah macam nampak hantu lah pulak"

Tersedar Arash. Dia menggeleng kepala dan menyambung kembali menikmati makanan. Zaidan hanya mendiamkan diri sahaja sambil menghabiskan salad di dalam pinggannya.

"Ada apa kau datang office aku sebenarnya?"

Arash tersengih sebelum mengangkat bahu. Dia pun tak ada sebab mengapa dia ke pejabat Zaidan. Sama ada mahu berjumpa dengan Zaidan ataupun berjumpa seseorang.

Zaidan menggeleng kepala melayan perangai Arash sekarang. Dulu sebelum dia pergi Itali beku juga si Arash ni, tapi lepas dia balik terus jadi bala macam Aaydan dan Haris. Dia bangun dan berlalu ke kaunter untuk membayar makanan mereka.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya yang baru sahaja pulang dari membeli barang terus masuk kedapur dengan senyuman yang lebar. Dia meletakkan beg plastik yang berisi barang di atas kabinet dapur.

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mama dan papa untuk kali yang ke 25. Jadi Safiyya berniat untuk membuat kek kesukaan papanya.

Dengan semangat Safiyya mengeluarkan kesemua barangan yang dibelinya. Dia mengambil buku resepi mama didalam kabinet.

Dia menyelak helaian demi helaian sehingga menemukan resepi membuat moist chocolate cake.
Safiyya membaca barang yang diperlukan sambil memeriksa barangan yang dibeli.

"Nice semua barang ada. Dah boleh start buat nanti tak sempat pulak hehehe" kata Safiyya sendirian.

Safiyya menyarung apron di badan dan mengikat tali di belakang. Dia memulakan proses membuat kek coklat untuk papa dan mamanya.

Hampir 30 minit, Safiyya mengelap sedikit peluh sebelum memasukkan loyang kek kedalam ketuhar. Dia menetapkan suhu dan masa yang diperlukan.

Sambil menunggu keknya siap, Safiyya mengemas kembali dapur yang berantakkan. Dia mengelap kabinet dapur dengan kain basah.

Safiyya melihat kek didalam ketuhar yang sedang berpusing. Tersenyum lebar dia saat itu.

'Mesti papa suka aku buat kek kesukaan dia. Tak sabar nak tengok reaksi papa makan nanti. Harap-harap sedap lah' kata hati Safiyya dengan teruja.

Dia mengambil keputusan untuk masuk ke bilik dan membersihkan diri terlebih dahulu. Kebetulan papa dan mama tiada di rumah kerana menghadiri majlis di sekolah lama yang papa mengajar dulu.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sofia yang baru sahaja mahu melangkah masuk kedalam kereta terus berhenti apabila melihat kedai kek di hadapan syarikat Zaidan.

'Hari ini ulang tahun perkahwinan papa dan mama. Beli kek lah, boleh sambut malam nanti' kata hati Sofia sebelum menutup kembali pintu keretanya.

Dia melintas ke seberang jalan dan masuk kedalam kedai kek. Dia melihat kek didalam peti sejuk di kedai itu.

Matanya tertumpu kepada papan yang bertulis 'moist chocolate cake'.

"Yes ada pun chocolate cake favourite papa. Mesti papa suka" kata Sofia sendirian sebelum berlalu ke kaunter.

"Kak, saya nak kek coklat tu saiz besar" pesan Sofia kepada pekerja disitu.

"Baik dik, sekejap ye" balas pekerja itu sebelum mengambil kek coklat itu dan memasukkannya kedalam kotak.

Dia menghulur kotak kek itu kepada Sofia sebelum mengambil duit yang diberikan.

"Terima kasih dik, saya jual ye" kata dia.

"Sama-sama kak. Saya beli" balas Sofia sebelum membawa kek keluar dari kedai.

Dia menuju ke keretanya dengan perasaan gembira dan tidak sabar. Tak sabar nak sambut ulang tahun perkahwinan papa dan mamanya.

Dia masuk kedalam kereta dan meletakkan kek itu di tempat duduk penumpang. Dia meletakkan beg tangannya di hadapan kotak agar kotak itu tidak bergerak.

Dia menghidupkan enjin lalu terus bergerak keluar setelah menurunkan brek tangan dan memasukkan gear.

Santai sahaja pemanduan Sofia petang ini. Seperti biasa kehidupan di Kuala Lumpur. Sentiasa mengalami kesesakkan lalu lintas.

Sofia hanya bersabar sahaja apabila terperangkap didalam kesesakkan lalu lintas itu. Hadap jelah, nak lari pun tak boleh dah. Nak kena buat kereta terbang dah macam ni.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now