Bab 33 🕊️

978 67 3
                                    


"Assalamualaikum...Baby?"

Seru Zaidan yang baru sahaja pulang dari pejabat. Dia meletak coat di atas sofa dan merungkai tali leher. Sunyi je? Rasanya Aayden bagitahu Safiyya sudah pulang seawal jam 4 petang. Sekarang baru jam 9 malam.

"Baby Dara...where are you?" serunya lagi apabila salam yang diberi sepi.

Zaidan melangkah kedapur dan mencari isteri kecilnya di dapur dan juga laundry. Tak ada.

Mula gelisah dia rasakan. Terus dia mengambil telefon di dalam poket dan menelefon Safiyya. Terkalih wajah Zaidan apabila kedengaran bunyi deringan telefon dari arah ruang tamu.

Dia melangkah ke ruang tamu dan mengambil telefon bimbit Safiyya yang berada di atas meja. Makin cemas dan gelisah Zaidan.

"Baby pergi mana ni?"

"Fikir Zaidan fikir!" terus ruangan bilik tidur mereka terlintas di fikiran.

Dengan laju Zaidan berlari menaiki tangga menuju ke tingkat 2. Dia membuka pintu dan sama juga. Sunyi. Lampu bilik tidak dinyalakan. Hanya kipas sahaja yang terbuka.

"Baby! Sayang! Dara! Kau ada dekat mana?" panggil Zaidan lagi.

Dia menekan suis lampu dan alangkah terkejutnya melihat Safiyya yang sedang berdiri di pintu wardrobe. Tidak berkelip mata Zaidan melihat gaun malam yang dipakai Safiyya.

Merah! Buat abang Zaidan marah!

Zaidan menelan kesat liurnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Lidahnya seakan terkelu melihat sisi nakal Safiyya yang tidak pernah dia sangkakan.

"Abang sayang baru balik ke hm?" tanya Safiyya sambil melunakkan suaranya. Dia menconteng jari di bingkai pintu.

'Abang?!' terbeliak luas mata Zaidan mendengar panggilan Safiyya kepadanya.

"Kau pa..panggil aku apa tadi?" tergagap-gagap Zaidan bertanya.

"Dara panggil abang sayang..." meleret nakal Safiyya dengan senyuman menggoda.

Zaidan mengangguk dengan senyuman lebar sebelum....

Zaidan berdiri longlai dan jatuh pengsan diatas lantai bilik. Terbeliak mata Safiyya.

Bukkkkk

"Abang!" Safiyya berlari dan melutut di sebelah Zaidan. Dia menepuk lembut pipi Zaidan berkali-kali.

"Abang bangunlah. Ya Allah pengsan pulak!"

Safiyya menggaru kepala sambil memandang wajah Zaidan yang pengsan. Tertawa kecil Safiyya ketika itu.

"Baru usik sikit dah pengsan. Ingatkan gangster sangat hehe" sindir Safiyya. Dia mencium manja hidung mancung Zaidan.

Dia mengambil nafas sebelum dengan muka berkerut dia mengangkat badan Zaidan. Dia memapah badan Zaidan ke katil dan membaringkannya.

Fuhh ini kalau tak sayang lagi, memang aku tinggal je dia tidur atas lantai tu.

Safiyya menanggalkan stokin Zaidan. Dia kemudiannya menanggalkan butang baju Zaidan satu-persatu. Terpejam matanya apabila dada seksi dan sasa Zaidan terdedah didepan matanya.

Dia terus menutup muka dengan tangan seakan-akan malu. Memerah pipi Safiyya. Dia mengintai sedikit di celah-celah jari sebelum tertawa nakal.

"Ei kau ni nakal. Kalau dia tahu ni, seminggu kena bahan hahaha" dia menggeleng kepala menghabiskan tawa.

Safiyya menyelimut Zaidan sehingga ke paras dada. Dia mengambil alat kawalan jauh dan mematikan lampu utama bilik. Hanya lampu malap sahaja yang tinggal seperti biasa.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now