"Abang, ni air dengan gorengan sikit Dara buat.."Kata Safiyya sambil meletak dulang berisi air teh panas dan sepinggan pisang goreng keatas meja.
Fayyadh dan Zaidan yang sedang berbual terus mengalihkan pandangan memandang Safiyya. Zaidan dengan senyuman angau manakala Fayyadh dengan muka kosongnya.
"Terima kasih baby, come sit here" panggil Zaidan sambil menepuk sofa disebelahnya. Safiyya senyum dan melabuhkan punggung di sebelah Zaidan.
Dengan selamba Zaidan mengucup pipi mulus Safiyya dihadapan Fayyadh. Nak menunjuk lah tu!
Fayyadh memandang Zaidan dengan pandangan tajam. "Aku tahu kau dah kahwin, tapi tak payah tunjuk depan aku. Aku sendu.."
Terlepas tawa besar Zaidan. Dia sengaja mengusik Fayyadh.
"Hehe, ni aku kenalkan pujaan hati aku, Andara Safiyya"
"Dan baby, ini kawan baik abang yang paling bebal, Fayyadh Izdiyad"
Safiyya memandang Zaidan dan mendekatkan sedikit wajah mereka. "Dia memang takpandai senyum ke abang?" bisik Safiyya.
Terkedip-kedip mata Zaidan. Dia tersengih kekok sebelum memandang Fayyadh sekilas.
"Baby ajarlah dia senyum. Abang rasa dia dah lupa cara macam mana nak senyum.." bisik Zaidan pula.
Safiyya memandang tepat ke arah Fayyadh. Dia memikir cara untuk mengajar rakan baik suaminya.
"Okay. Fayyadh ikut saya, tau"
"Buat macam ni" Safiyya meletakkan kedua-dua jari telunjuk di pipi kiri dan kanannya. Dia menunggu Fayyadh untuk mengikutnya.
Kerut seribu kening Fayyadh namun tangannya naik mengikut Safiyya. Dia mengumam tanda sudah mengikut.
"Nice. Then kita tolak pipi keatas and smile.." ujar Safiyya sambil jarinya menolak pipi keatas dan tersenyum.
Zaidan memandang Safiyya dan Fayyadh bersilih ganti. Oh, ini takboleh dibiarkan. Menyesal pula aku cadangkan tadi.
Bantal kecil sofa diambil, Zaidan menutup wajah Safiyya dari padangan Fayyadh. "Ehhh" terpusing muka Safiyya ke kanan memandang Zaidan.
Sudah monyok wajah Zaidan. Cemburu!
Fayyadh mengikut arahan Safiyya. Dan ya, akhirnya Fayyadh tersenyum nipis. Dia tertawa kecil sendirian.
Mengecil mata Zaidan memandang Fayyadh yang tertawa sendirian. "Kau ketawa kenapa? Kau bayangkan senyuman isteri aku eh?"
Mendarat bantal kecil sofa di kepala Zaidan. Tepat balingan Fayyadh. Menyampahnya aku si mengada Zaidan ni.
"Kau jangan sampai aku culik isteri kau Adan. Haaa baru kau tahu" kata Fayyadh. Dia mengambil pisang goreng dan menyumbat kedalam mulut.
Membulat besar mata Zaidan. "No! Tak ada sesiapa pun yang boleh pisahkan aku dengan baby Dara aku! Hmph! Nehhi!"
Terus dia menarik Safiyya masuk kedalam dakapannya. Erat dia mendakap Safiyya agar tidak terlepas dari genggamannya.
Obsesif dan protektif Hanz Zaidan.
Tercengang Fayyadh melihat sikap manja Zaidan apabila bersama Safiyya. Sangat lain! Di luar Zaidan boleh dikategorikan beku dan bermulut pedas, tetapi di rumah pula sebaliknya.
Zaidan menjadi manja dan lembut sahaja percakapannya. Naik meremang bulu roma Fayyadh melihat sikap gedik Zaidan.
"Aku tahu kau tengah kutuk aku dalam hati kan?" kata Zaidan sambil mengecilkan mata ke arah Fayyadh.
"Memang!" dengan laju Fayyadh menjawab. Mulutnya tidak berhenti daripada mengunyah pisang goreng buatan Safiyya.
Memuncung bibir Zaidan. "Baby tengok Fayyadh ni!" rengek Zaidan dan menyembam wajahnya di bahu Safiyya.
Terkedip-kedip mata Safiyya dan Fayyadh melihat perangai manja Zaidan. Macam pelik semacam perangai Zaidan sejak dua menjak ini.
Zaidan makin manja dan kalau boleh langsung tidak mahu berpisah dengan Safiyya. Diangkutnya sekali Safiyya ke office. Alasannya kalau Safiyya tiada, dia berasa lembik dan tidak bersemangat.
Mengada je sebenarnya!
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Safiyya mencekak pinggang dengan riak wajah garang melihat Zaidan meramas jari jemari.
"Kan Dara dah pesan, jangan hilangkan tupperware Dara. Nak kena babap ke abang ni?" marah Safiyya dengan manja.
Terkedip-kedip mata Zaidan menahan airmata daripada mengalir keluar. Dia mencebik bibir seperti ingin menangis.
"Baby marah abang ke? Abang tak sengaja lah" balas Zaidan perlahan.
"Haah. Memang Dara tengah marah abang sekarang ni. Amboi biasa dia tu.." lagi giat Safiyya mengusik.
Makin mencebik bibir Zaidan. Dan dengan serta-merta setitis airmata Zaidan mengalir ke pipi.
"Hiksss..."
"Baby marah abang. Baby dah taksayangkan abang hikss" kata Zaidan dalam tangisannya.
Terpinga-pinga Safiyya melihat Zaidan yang sedang menangis. Zaidan menangis? Something fishy!
"Alolo, meh dekat Dara meh. Dara peluk abang nak?" pujuk Safiyya dengan lembut. Dia mendepa tangan seluasnya memanggil Zaidan masuk kedalam pelukan.
Dengan perlahan, Zaidan masuk kedalam pelukan Safiyya. Dia menyembam wajahnya di ceruk leher Safiyya.
Dapat Safiyya merasakan airmata Zaidan yang terkena di lehernya. Dia mengusap belakang badan tegap Zaidan.
"Kenapa abang menangis?" soal Safiyya dengan lembut.
Zaidan menyedut kembali hingus yang ingin keluar. "Hmm baby..". Dia melepaskan pelukan mereka.
"Hidung abang berair. Hingus nak keluar.." adu Zaidan sambil mengesat airmata di pipi.
Safiyya tersenyum lucu dan menarik beberapa helai tisu di atas meja dapur. "Bend down sikit abang"
Zaidan merendahkan sedikit badannya bagi menyamai paras rupa mereka. Maklumlah, isteri tak cukup ketinggian.
Tisu yang dipegang, ditekup pada hidung Zaidan. "Hembus hingus keluar.." arah Safiyya.
Zaidan menghembus dan membuang hingus pada tisu itu. Safiyya mengambil sehelai lagi tisu. Dia mengelap hidung Zaidan sehingga bersih.
"Okay done" kata Safiyya. Dia menuju ke tong sampah disebelah sinki dan membuang tisu tersebut.
"Abang belum jawab lagi soalan Dara. Kenapa abang menangis?" soal Safiyya sekali lagi. Dia masih tidak berpuas hati.
Zaidan meramas jari jemari sambil mengemam bibir bawah. Takut pula hendak menjawab.
"Abang takut baby tinggalkan abang sebab abang hilangkan tupperware baby.."
Terpempan Safiyya dibuatnya. Sampai ke situ pula Zaidan fikir?
"Ish abang ni. Merepek lah. Takkanlah sebab tupperware hilang, Dara nak tinggalkan abang pulak"
Bebel Safiyya lalu menggeleng kepala. Macam-macamlah suaminya ini. Sudahlah perangainya semakin manja.
Hari ini menangis kerana takut dimarahi dan ditinggalkan hanya kerana menghilangkan tupperware kesayangan isteri?
Kau orang semua, tolong Dara jentik si Zaidan ni sekejap. Geram Dara dibuatnya.
YOU ARE READING
Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomansaHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...