Bab 9 🕊️

1.2K 84 1
                                    


"Sayang! Jangan lah merajuk macam ni. Penat lah Pia nak pujuk banyak kali"

Safiyya mencuba untuk menghidupkan enjin vespanya berkali-kali. Dia menghentak kaki apabila masih tidak berjaya menghidupkan.

"Ish, orang dah lambat ni. Dia buat hal pulak!" marah Safiyya.

Dia menepuk kesayangannya dengan perasaan geram. Terkumat-kamit bibir Safiyya memarahi motornya.

"Biasa dia tu haaa, kan dah kena puk dengan Pia" kata Safiyya menepuk motornya sekali lagi.

Safiyya melihat jam di pergelangan tangan sambil mengeluh. Dia sudah berjanji dengan Datin Athifa untuk membincangkan tentang konsep bunga yang Datin Athifa inginkan pada pagi ini.

Sofia yang baru sahaja keluar daripada rumah terus memakai kasut berkulitnya. Lengkap berpakaian formal seperti selalu. Segak dan bergaya.

"Woi, kau kenapa monyok je? Kesayangan kau buat hal lagi eh?" soal Sofia setelah sampai di samping Safiyya yang sedang mencangkung di sebelah vespa itu.

Bertambah monyok Safiyya apabila ditegur begitu. Kita sensitif tau pasal kesayangan ni. Nasib sayang tau, kalau tak dah lama simpan dalam stor.

"Yelah, dia taknak hidup pulak. Aku dah lambat ni nak jumpa Datin Athifa" rungut Safiyya.

Terlepas ketawa kecil Sofia melihat kecomelan Safiyya membebel kepada motornya sendiri. Siap dengan gaya tangan seolah-olah bersembang.

"Dah lah, daripada kau membebel dekat kesayangan kau ni. Baik kau ikut aku sekarang, biar aku hantar kau" pelawa Sofia sebelum masuk kedalam keretanya.

Safiyya terus bersemangat mendengar pelawaan daripada Sofia. Dia menepuk lembut motornya.

"Hari ni sayang rehat okey? Pia pergi dengan Sofi je. Jangan merajuk lama-lama tau" kata Safiyya kepada motor kesayangannya.

Safiyya terus berlari anak ke kereta Sofia. Dia membuka pintu belakang dan masuk ke tempat penumpang dibelakang.

Sofia terus mengalihkan wajahnya kebelakang untuk memandang Safiyya. Amboi amboi budak bertuah ni.

"Eh hello? Kau ingat aku ni pemandu peribadi kau ke?" soal Sofia. Dia mengecilkan matanya.

"Alah, nak duduk belakang pun tak boleh ke?" soalan berbalas soalan. Itulah Andara Safiyya.

"Takda takda, kau tukar duduk depan sekarang!" bentak geram Sofia.

Safiyya memuncungkan bibir lalu turun daripada kereta perlahan-lahan. Dia membuka pintu di bahagian hadapan dan masuk kedalam.

Sofia terus menurunkan brek tangan dan memasukkan kepada gear D sebelum bergerak keluar.

Safiyya terus menguatkan radio apabila lagu kesukaan mereka berkumandang. Forever by Baby Monster.

"Baby it was all a dream, you thought i was yours, meottaero chakkakhajineun ma" nyanyi Safiyya.

"It's bitter it's sweet, jeo haneul nopi, i'm spreading my wings, like i'mma live" sambung Sofia.

"Forever, like i'mma live forever"
"Forever, like i'mma live forever"
"Forever, like i'm gonna live, like i'm gonna live forever..."

nyanyi mereka serentak sambil menari mengikut tarian lagu tersebut. Nasib baik cermin kereta si Sofia ni gelap.

"Aku tak sangka kita boleh hafal lagu ni, padahal awal-awal kita tak suka pun lagu ni kan Pia" kata Sofia.

Safiyya mengangguk laju.

"Betul betul betul. Itu lah orang cakap, jangan tak suka sangat, tengok-tengok nanti jadi suka haa"

Tertawa mereka berdua mendengar kata-kata daripada Safiyya. Safiyya hanya akan mengeluarkan sisi comel dan masuk airnya bila bersama Sofia sahaja.

Jika mereka diluar, Safiyya dikenali sebagai seorang gadis yang sangat pendiam. Hanya Sofia sahaja yang dapat mendengar celoteh Safiyya apabila bercerita.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sampai sahaja dihadapan kedai, terus Safiyya menyalam tangan Sofia dan menciumnya. Sofia juga menyalam tangan Safiyya dan menciumnya juga.

Sudah menjadi tabiat dan kebiasaan mereka untuk bersalaman begitu. Kembar kan? Perangai tu mesti ada yang sama. Perangai comel.

"Bye Sofi, nanti aku balik sendiri tau. Jaga diri, i love you" ujar Safiyya sebelum memberi flying kiss kepada Sofia.

Dia terus keluar daripada kereta dan berlari masuk kedalam kedai yang sudah dibuka oleh Kila. Nasiblah Kila ada kunci pendua kedai ini.

"Haih lah budak ni. I love you too Pia" balas Sofia sendirian. Dia memulakan perjalanannya menuju ke syarikat tempat dia bekerja.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya meletakkan beg di meja dan terus menyapa Datin Athifa yang sedang membaca majalah di sofa.

"Assalamualaikum datin, selamat pagi" sapa Safiyya dengan lembut. Dia tersenyum manis seperti selalu apabila bersama pelanggannya.

Datin Athifa terus mengangkat kepala dan memandang Safiyya dengan senyuman. Terkesima seketika dia.

"Waalaikumussalam, selamat pagi juga Sofia" balas Datin Athifa.

Safiyya tersengih kekok apabila Datin Athifa memanggilnya Sofia. Mungkin kerana Datin Athifa hanya mengenali Sofia sahaja.

"Eh saya bukan Sofia. Saya kembar kepada Sofia. Datin boleh panggil saya Safiyya ataupun Pia je" Safiyya membetulkan Datin Athifa dengan lembut.

Terkebil-kebil mata Datin Athifa memandang wajah Safiyya. Matanya terhenti pada mata cantik Safiyya yang berwarna hazel.

"Saya baru perasan mata kamu. Mata Sofia berwarna hitam kan? Dan kamu berwarna hazel. Cantik mata kamu" puji Datin Athifa.

"Takda lah datin, mata saya biasa je. Sama je dengan mata orang lain" balas Safiyya dengan malu.

Memerah telinga Safiyya apabila dipuji begitu. Dia melabuhkan punggung di sofa sebelah.

"Kalau datin tak keberatan, kita boleh mula perbincangan kita sekarang. Kesian datin mesti sudah tunggu lama kan" kata Safiyya.

Datin Athifa mengangguk laju lalu memulakan perbincangan antara dia dan Safiyya. Dia ingin menempah bunga untuk dijadikan hiasan di butik pakaiannya nanti.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now