"Serabut betullah dengan papa ni"Sofia terus melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya. Dia bersandar lalu memicit sedikit dahinya sebelum memulakan kerja.
Baru sahaja Sofia mahu membuka komputer, interkomnya berbunyi tanda panggilan daripada tuannya.
Sofia terus mengambil ipad dan bangun daripada meja kerjanya. Dia menuju ke bilik tuan mudanya dan mengetuk terlebih dahulu.
"Come in"
Sofia membuka pintu dan masuk kedalam setelah menutup kembali pintu itu. Dia berdiri di hadapan meja.
"Selamat pagi tuan Zaidan and welcome back" ucap Sofia dengan senyuman.
Zaidan menyandarkan badan di kerusi empuknya dan berpeluk tubuh. Dia hanya mengumam sahaja.
"Jadual aku hari ni" kata Zaidan dengan riak wajah seperti selalu. No emotions man.
Sofia membuka ipad dan menyemak jadual Zaidan untuk hari ini.
"Tuan tak ada mesyuarat hari ini. Hanya ada beberapa fail yang tuan perlu turunkan tandatangan" jelas Sofia.
Zaidan mengangguk dan menghulurkan tangan seperti meminta sesuatu.
"Tuan kita tak boleh bersalaman, bukan muhrim" kata Sofia sambil menggaru kepalanya.
Zaidan menjuling mata keatas. Susah betul ada PA masuk air ni. Dia menghembus nafas.
"Where's my coffee Andara Sofia?" meleret suara Zaidan bertanya.
"Oh cakap lah nak kopi, ini tidak. Tuan hulur tangan macam tu, saya ingat nak salam tadi. Maklumlah setahun dekat Itali" sindir Sofia.
Zaidan mengecilkan mata memandang Sofia. Ada yang aku backflip dekat sini nanti.
"Kau buat sekarang sebelum aku tambahkan kerja kau"
Sofia hanya menjeling hujung mata ke arah Zaidan.
Dia memang masuk air dengan tuan mudanya. Dan dia bernasib baik kerana Zaidan juga melayan walaupun dia tahu Zaidan tengah menahan sabar.Sofia menunduk sedikit sebelum meminta izin untuk keluar. Dia terus menuju ke pantry di tingkat itu dan membancuh kopi untuk Zaidan.
"Sofi, lambat kau buat kopi untuk tuan hari ni" tegur Salsabila yang kebetulan baru sahaja masuk pantry.
"Hm aku terlambat tadi, kereta aku tetiba rosak pulak" balas Sofia.
Salsabila hanya mengangguk sahaja sebelum mengambil cawan di dalam kabinet.
"Gerak lu pape roger" ujar Sofia dan terus keluar.
Dia sengaja mengetuk kuat pintu bilik Zaidan. Biar roboh pintu bilik ni.
"Come in..."
Zaidan mengecilkan mata dan sudah siap untuk menyembur Sofia. Ketuk pintu macam nak roboh tu dah kenapa.
Sofia membuka pintu dan sebelum sempat Zaidan membuka mulut terus Sofia berkata..
YOU ARE READING
Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomanceHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...