Bab 22 🕊️

1K 79 5
                                    


"Kita dah sampai"

Zaidan memarkir dihadapan lobi syarikat Aayden. Dia terus membuka tali pinggang keledar. Dia mengerling kearah Safiyya yang masih diam kaku.

"Hey, whats wrong?" soal Zaidan dengan lembut.

Safiyya memandang kebawah sambil menggenggam kain yang dipakai. Secara tiba-tiba dia merasa gemuruh. Keberaniannya yang tadi seakan hilang.

"Saya gemuruh lah tuan" adu Safiyya.

Zaidan menghembus nafas. "Okey, aku bagi soalan bocor dekat kau. Dia hanya akan tanya tentang biodata kau. Itu sahaja"

Safiyya menggaru kepala sekilas. "Itu je? Biar betul tuan?" soal Safiyya.

Zaidan mengangguk laju. Meyakinkan Safiyya agar terus percaya kepadanya. "Betul lah..."

Safiyya mengangguk dan menghembus nafas.

'You can do it! Prove them wrong! Make me proud of you Dara' hati kecil Zaidan berkata.

Mereka sama-sama melangkah keluar daripada kereta. Safiyya menghiraukan sahaja semua pekerja yang menunduk saat dia dan Zaidan melintasi kawasan lobi tersebut.

"Selamat pagi tuan Zaidan.." ucap pekerja-pekerja Aayden.

Zaidan menekan butang lift yang tertera nama Aayden. Bermakna Aayden sahaja yang boleh naik lift tersebut. Tetapi Zaidan? Hm ada dia kisah.

"Jom" Zaidan menarik hujung lengan baju Safiyya dan masuk kedalam lift.

Safiyya hanya memandang ke pintu lift sahaja. Seram juga Zaidan ni kalau masuk mood kerja. Muka serius tu macam nak makan orang.

Dia menjeling wajah Zaidan dengan hujung mata. Tanpa sengaja dia terralit merenung wajah Zaidan.

Tersedar Safiyya apabila Zaidan memetik jari dihadapan wajahnnya.

"Kau tenung aku macam tu. Kau nak try aku eh?" usik Zaidan dengan senyum nakal.

"Tuan, kenapa bila kita dekat luar, tuan serius je. Sekarang ni boleh pulak senyum. Tadi tuan punya serius macam nak makan orang tau"

"Makan kau" selamba Zaidan membalas. Berdecit halus Safiyya. Tahu dah mesti jawapan tu menyakitkan hati.

Ting....

Mereka sama-sama keluar daripada lift apabila sampai ke tingkat 20. Zaidan membawa Safiyya ke ruang menunggu terlebih dahulu.

"Kau tunggu dalam ni dulu, aku ada kerja sikit. Nanti dia panggil kau untuk temuduga" kata Zaidan sambil membuka pintu ruang menunggu.

Safiyya mengangguk dan masuk kedalam. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Matanya memerhati sekeliling.

Ruang menunggu pun cantik. Pandai bos dekat sini hias.

Zaidan terus menuju ke meja Diana. Dia mengetuk jari diatas permukaan meja sebelum berdehem.

Diana terus mengangkat wajah daripada memandang komputer ribanya. "Eh tuan Zaidan" terus bangun Diana.

Zaidan mengumam sahaja. "Aayden ada?"

Diana mengangguk laju. "Tuan nak saya bagitahu tuan Aayden dulu ke?"

"No its okay, sambung kerja kau" kata Zaidan sebelum berlalu pergi ke bilik CEO AN Crystal Sdn Bhd, Aayden Nadhif.

Tuk tuk tuk...

"Come in" laung Aayden apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Dia masih menyemak fail klien.

Zaidan menjengul kepala setelah pintu dibuka. "Bro.." masuk Zaidan sebelum berjalan menuju ke meja Aayden dengan santai.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now