Bab 35 🕊️

1K 79 2
                                    


"Abang berhenti lah!...."

Rengek Safiyya apabila Zaidan seakan melarikan diri daripada bertembung dengannya. Safiyya ke kanan, Zaidan pula ke kiri.

"Abang ni kenapa? Mabuk mimpi eh?" soal Safiyya sambil melipat tangan ke dada. Dia berdiri dihadapan pintu bilik apabila kelihatan Zaidan seperti ingin keluar dari bilik.

Berkerut kening Zaidan. "Ada ke mabuk mimpi? Yang aku pernah dengar mabuk laut je" terjongket sebelah kening Zaidan.

Safiyya sungging senyum tak bersalah. " Takde, Dara saja je cakap. Itu pun tak boleh ke?" balas Safiyya lalu menghadiahkan jelingan manja.

Zaidan memberi pandangan sisi yang tajam. Geram je aku tengok budak kecil ni. Sudah lah dia bagi aku pengsan dua hari lepas.

Jatuh macho aku tau pengsan sebab isteri panggil abang! Ini pun dia hampir jatuh melutut apabila merasa kelonggaran di bahagian lutut.

"Tajamnya mata. Takut kita tau.." usik Safiyya sambil menggigit satu jari. Dia tersenyum nakal mahu mengusik Zaidan.

Zaidan menolak lidah ke dinding pipi. Isterinya betul-betul mencabar kesabarannya tipis ni.

"Dont smile like that Andara Safiyya.." kata Zaidan berbaur amaran. Kedengaran suaranya juga berubah menjadi dingin.

Safiyya yang mendengar perubahan nada suara Zaidan terus mengendurkan senyumannya. Dia menghentak kaki sekilas dan berlalu ke tingkap cermin besar di bilik mereka.

Berkerut dahi Zaidan melihat Safiyya yang tiba-tiba sahaja merajuk. "Aik, merajuk pulak? Aku cakap jangan senyum macam tu je.." hairan Zaidan.

"Semua takboleh! Taknak kawan awak dah. Pergi sana shuhh shuhh!" rajuk Safiyya. Dia memeluk tubuh dengan muncung sedepa.

Terpinga-pinga Zaidan sendirian. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal. "Aku baru nak ajak kau pergi jumpa mama. Tapi kalau kau merajuk takpalah. Aku pergi sendiri je"

Zaidan sudah siap berpakaian santai shirt T dan seluar jeans. Dia berpura-pura mengambil dompet dan telefon Iphonenya. Kunci kereta juga diambil sambil menjeling Safiyya dengan hujung mata.

Tapi Safiyya langsung tidak berkata apa mahupun memalingkan kepalanya. Kelihatan bahunya seperti terhinjut kecil dari belakang.

Makin lama makin terdengar esakan daripada Safiyya. Gelabah Zaidan dan terus berjalan laju mendekati isterinya.

"Sayang.." terus dia mendakap wanita kesayangannya dari belakang. "Kenapa ni? Aku ada buat silap ke?" soal Zaidan dengan suara yang dilembutkan.

Dia mencium pipi Safiyya sekilas. Bibirnya dapat merasakan bahwa pipi Safiyya sudah basah dengan airmata.

'She's hurt because of me? Oh shit Zaidan!'

Zaidan melepaskan pelukan dan terus memusingkan badan Safiyya bagi menghadapnya. Dia menekup kedua-dua pipi Safiyya.

Termuncung sedikit bibir Safiyya apabila pipinya ditekup begitu. Monyok wajahnya menunjukkan protes.

"Abang marah Dara hikss...abang dah tak sayang Dara ke?" soal Safiyya sambil tersedu-sedan.

Zaidan mengusap lembut pipi mulus Safiyya. Dia mencium ubun-ubun sambil berselawat agar Safiyya kembali tenang.

"Dara, listen here.."

"Aku tak marah kau. Selama kita kenal, pernah ke aku marah kau? Tak pernah kan?"

Safiyya menggeleng kepala menyiakan soalan daripada suaminya.

"So bermaksud tadi tu bukan aku marah engkau, sayang. Aku cuma cakap jangan senyum macam tu. Iman aku ni nipis Dara. Aku taknak aku tak sengaja terkam kau sebelum kau bersedia, faham?" pujuk Zaidan.

Safiyya mengangguk perlahan sebelum menyeka airmata di pipi. Merengek Safiyya bila airmata itu tidak berhenti mengalir.

"Dia taknak berhenti mengalir. Semua salah abang hikss..."

Dia menepis perlahan tangan Zaidan dan terus menekup muka. Sengaja Safiyya menguatkan lagi esakannya.

Zaidan dengan laju mengalihkan tangan Safiyya dan terus menekup pipinya. Dengan sekelip mata Zaidan meragut nafas Safiyya.

Terkaku, terkedu, tergamam dan semuanyalah.

Membulat besar mata hazel Safiyya bila bibir lembut Zaidan menindih bibirnya. Terus mengejung badan Safiyya.

Zaidan melepaskan bibir Safiyya perlahan-lahan. Dia melagakan dahi mereka berdua. Dapat dia rasakan hembusan nafas berat daripada Safiyya.

"Dah berhenti ke airmata tu hm? Ke nak abang cium lagi baru boleh berhenti?" bisik Zaidan dengan suara serak.

Safiyya menutup mata serapatnya. Dia menggigit bibir bawah menahan malu yang teramat. Semakin merah dan panas pipi mereka berdua.

"Err, da..dah ber..berhenti.." bisik Safiyya juga. Laju degupan jantungnya. Kenapa boleh gugup macam ni.

Cik jantung, selamat bekerja lebih masa ye.

Zaidan tertawa kecil. "Kenapa gagap ni? Mana sayang abang yang garang tadi tu?".

Merengek Safiyya. "Baik abang diam, Dara gigit abang karang baru tahu!" ugut Safiyya.

Zaidan menjauhkan wajah dan merenung Safiyya dengan pandangan nakal. "Sayang ugut abang ke? Macam best je ugutan tu. Gigit lah. Abang dah ready ni".

Mengaduh sakit Zaidan bila mendapat tamparan manja di dada. Tangan kecil Safiyya ni kalau tampar pun mesti tak rasa apa-apa. Comel sangat tangan pun.

"Sakitnya sayang. Cuba sayang tengok, merah tak dada abang?" usik Zaidan.

"Ei Hanz Zaidan!.." makin kuat rengekkan Safiyya.

"Ye sayang abang" jawab Zaidan dengan senyuman manis. Ketawa kecil Zaidan melihat wajah monyok si isteri.

"Dah jangan nak monyok sangat. Pergi siap, aku hantar kau dekat rumah mama. Aku kena pergi airport kejap"

Dia mengusap sekilas kepala Safiyya.

"Dara nak ikut abang pergi airport boleh?!" teruja Safiyya.

"No. Aku ada hal lah. Bukan pergi jalan-jalan Dara sayang..." balas Zaidan dengan laju.

Safiyya mencebik bibir kebawah sebelum mengangguk perlahan. "Yelah-yelah. Janji nanti bawa Dara pergi jalan-jalan tau!".

"Ye janji sayang. Aku janji. Kau cakap je nak pergi mana, aku bawakan okey sayang?"

Safiyya mengangguk laju dengan senyuman teruja. Nak kena tulis ni kemana nak ajak abang pergi.

"Dah pergi cepat. Aku tunggu dekat bawah" kata Zaidan sebelum mencium dahi Safiyya sekilas.

Dia mengambil jaket hitam dan terus mengorak langkah keluar daripada bilik. Memberi masa pada Safiyya untuk bersiap.

Apahal lutut longgar semacam ni?

Lupa! Tadi tetiba jadi lelaki melayu terakhir. Sendiri yang bahasakan diri abang, sendiri yang malu. Ceh!

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now