"Mind to share with me? I'm here for you, Dara"Terkebil-kebil mata Safiyya mendengarnya. Perlukah dia meluah kepada Zaidan? Mungkin boleh mengurangkan beban didalam fikirannya?
Safiyya mengangguk bersetuju dan berjalan menuju ke pondok yang berada di tepi tasik. Dia mengambil tempat di atas pondok itu. Zaidan juga melabuhkan punggung di sebelah Safiyya.
"Apa yang membuatkan kau menangis dekat tasik tadi?" soal Zaidan. Dia menongkat tangan kebelakang.
Safiyya menarik nafas dalam dan menghembus. Dia memandang permandangan tasik di hadapan.
"Saya sedih, saya sunyi, saya tak ada kawan. Saya tak macam Sofi, ramai kawan. Saya tak pandai macam Sofi, saya rasa macam saya manusia yang gagal dalam hidup"
"Papa cakap kenapa mama lahirkan kembar untuk Sofi kalau hanya untuk memalukan dia. Papa tak pernah beri kasih sayang dekat saya sama macam Sofi"
"Papa tak suka saya hanya sebab saya selalu kalah dalam pendidikan. Tak membanggakan dia"
"Boleh dikatakan, apa yang saya buat semuanya tak kena di mata papa. Papa cakap saya gagal SPM sebab tak dapat jadi pelajar cemerlang macam Sofi"
"Papa tak mengaku yang saya ni anak dia. Papa cakap dekat kawan-kawan dia yang anak kedua dia dah lama takda. Dia hanya ada Sofi sahaja"
Zaidan mengalihkan pandangan kearah Safiyya apabila mendengar getaran pada suara Safiyya. Gadis ini pasti menahan sebak.
"Awak nak tahu sesuatu tak Tuan Han?" soal Safiyya.
Tersenyum nipis Zaidan mendengar panggilan istimewa daripada Safiyya kepadanya.
'Han? The one and only' tersenyum sendiri Zaidan.
"Boleh juga kalau kau sudi cerita" balas Zaidan.
"Sepanjang saya belajar kan, papa tak pernah pun ucap tahniah apatah lagi nak cakap yang papa bangga dengan saya" luah Safiyya.
Zaidan kehilangan kata mendengar tentang Tuan Adam yang sangat melampau baginya. Sanggup melayan darah daging sendiri begitu.
Zaidan menenangkan hati dan mengambil nafas sebelum memandang tepat kearah Safiyya. Sedaya upaya dia menahan diri agak tidak memeluk tubuh kecil Safiyya.
"Andara Safiyya.." panggil Zaidan dengan lembut.
Safiyya memandang dan mengumam.
"Papa kau tak pernah ucap tahniah dan cakap yang dia bangga dengan kau kan?" soal Zaidan dengan serius.
Safiyya mengangguk-angguk kepala bagi menjawab soalan Zaidan. Dia menelan liur melihat wajah serius Zaidan.
"Then let me say it, congratulations and i'm so proud of you, Dara" ucap Zaidan dengan lembut dan ikhlas. Matanya menunjukkan betapa dia ikhlas dari dalam hatinya.
Terdiam Safiyya. Lelaki ini. Adakah lelaki ini lelaki kiriman tuhan untuknya?
Zaidan senyum manis buat pertama kali dihadapan perempuan. "Aku ikhlas Dara"
Mengalir setitis demi setitis airmata Safiyya. Daripada mata dia dapat melihat keikhlas dan kejujuran Zaidan.
"Kenapa tuan baik dengan saya?"
Zaidan ketawa kecil. "Sebab kau juga layak diberi kasih sayang, dibelai manja, dijadikan ratu oleh orang yang tepat"
'Mungkin tuanlah orang yang tepat tu' hati Safiyya berkata.
Safiyya menyeka airmata dipipi sebelum tersenyum nipis.
Terusik hati Zaidan melihat kelembutan hati Safiyya. Meskipun berbagai dugaan hidup yang dia hadap, Safiyya tidak pernah berputus asa.
"Aku minta maaf sebab aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Tapi aku boleh jadi kekuatan untuk kau. Bahu aku sentiasa menanti kalau kau nak menangis"
Ikhlas Zaidan memujuk gadis itu walaupun baru sahaja mengenalinya. Dia bangga dengan semangat Safiyya. Bagi Zaidan, Safiyya seorang yang kuat.
Dari mana dia tahu soal ini? Sudah semestinya daripada Sofia. Sofia ada menceritakan tentang semangat Safiyya yang kuat. Dia berusaha hanya untuk membanggakan papanya walaupun usahanya tidak pernah dihargai.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Zaidan dan Safiyya jalan beriringan menuju ke tempat parkir di tasik itu.
Safiyya memberhentikan langkah di hadapan vespa miliknya. Dia mengalihkan pandangan memandang Zaidan.
Safiyya senyum manis. "Cantik tak motor saya?" soalnya.
Zaidan terkaku dan terkedu melihat motor yang ditunjuk oleh Safiyya. Tergamam tak terkata Zaidan.
Terkebil-kebil mata Zaidan. "Ini motor kau ke?"
"Iyelah. Mama belikan untuk saya 2 tahun lepas. Sempena hari lahir saya dengan Sofia"
'Damn! Jadi perempuan yang naik vespa haritu ialah Safiyya!' bisik hati Zaidan.
Safiyya mengerutkan kening. "Kenapa tuan tanya lepastu tuan diam?"
Zaidan hanya menggeleng kepala. Dia menaikkan tangan sebelum mengusap perlahan rambut Safiyya.
"Nothing, aku terpesona tengok motor kau. Cantik. Jarang perempuan minat naik vespa"
Safiyya tersengih comel. "Mesti dia blushing sebab tuan puji dia cantik" ketawa kecil Safiyya.
Zaidan senyum nipis melihat senyuman cantik Safiyya. Sangat cantik. Terpesona Zaidan dibuatnya.
"Perempuan cantik tak boleh sedih. Kena sentiasa senyum"
"Kenapa pulak?" hairan Safiyya
Zaidan merendahkan badan bagi menyamakan paras wajah mereka. "Sebab perempuan cantik macam kau, bila senyum makin cantik. Sangat cantik"
"Jangan senyum macam ni bila dengan lelaki lain, aku cemburu"
Tergamam Safiyya mendengar pesanan terakhir Zaidan. Zaidan cemburu?
"Kenapa tuan cemburu kalau saya senyum macam ni dengan lelaki lain?" soal Safiyya.
Zaidan sebaliknya tidak menjawab dan hanya senyum sahaja. Dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Dia cemburu jika melihat Safiyya bersama lelaki lain tetapi dalam masa yang sama dia menidakkan perasaannya kepada Safiyya.
Zaidan mengusap kepala Safiyya sekilas. "Aku balik dulu, hati-hati bawak motor. Jumpa lagi Dara"
Zaidan mencuit hidung Safiyya sebelum berlalu masuk kedalam kereta. Dia menghidupkan enjin dan terus bergerak meninggalkan kawasan itu.
"Tak mungkin semudah itu aku jatuh cinta. Aku baru je kenal dia tak sampai sebulan. Mungkin lebih kepada mengambil berat sebab dia kembar kepada Sofia. Tapi kenapa aku berdebar setiap kali jumpa dengan Dara"
Zaidan menggenggam stereng dengan sebelah tangan sambil memikir tentang Safiyya.
Safiyya menggaru kepala. "Dia cemburu. Dia suka aku ke? Tapi kenapa dia senyum je bila aku tanya?"
Safiyya memuncungkan bibir sebelum memakai helmet dan menghidupkan motor. Dia naik keatas motor dan dia juga bergerak meninggalkan kawasan parkir itu.
Kawasan yang menjadi tempat pertama kali Zaidan meluahkan perasaannya walaupun bukan melalui kata-kata. Dia mengusap lembut kepala Safiyya sebentar tadi seakan memujuk sang kekasih hati.
Zaidan ni mahu tapi ego, kang melepas baru tahu.
YOU ARE READING
Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomansaHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...