Bab 6 🕊️

916 64 4
                                    


Tuan Adam dan Puan Sarimah melangkah masuk kedalam rumah dengan memberi salam. Gelap gelita rumah ni kenapa. Mereka pulang agak lewat selepas maghrib kerana terlajak berbual dengan rakan-rakan tadi.

Tuan Adam menekan suis lampu. Terbeliak mata Tuan Adam dan Puan Sarimah apabila melihat kedua-dua anaknya sedang memegang kertas bertulis...

'Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 25 papa dan mama'

Puan Sarimah menekup mulut apabila berasa sebak.
Tuan Adam tersenyum nipis memandang ke arah Sofia.

"Papa give me a hug" kata Sofia dengan manja sambil mendepa tangan.

Tuan Adam melangkah ke arah Sofia dan memeluk tubuh anak kesayangannya itu. Safiyya tersenyum gembira sebelum bertukar muram. Dia menyangka Tuan Adam akan memeluknya juga tetapi tidak.

Puan Sarimah yang melihat perubahan air muka Safiyya terus memeluk anaknya. Dia mengusap belakang badan Safiyya tanda memujuk.

Safiyya tersenyum manis sebelum memandang ke arah Tuan Adam. Sofia juga memandang ke arah papanya.

"Pia ada buatkan kek untuk papa"
"Sofi ada belikan kek untuk papa"

Ujar Sofia dan Safiyya dengan serentak. Mengendur senyuman Safiyya. Sofia terdiam seketika apabila secara tidak secara dia telah mengecewakan Safiyya.

"Aww Sofi beli kek untuk papa? Mesti sedap, papa nak rasa" balas Tuan Adam kepada Sofia. Dia langsung tidak membalas atau memandang ke arah Safiyya.

"Come papa mama, kita makan kek. Sofi tengok macam sedap je kek dia" ajak Sofia sambil memotong kek.

Dia menyuap kedalam mulut Tuan Adam dan Puan Sarimah dengan teruja.

"How is it? Sedap tak?"

Tuan Adam mengangguk laju. "Sedap sangat Sofi, potong lagi, papa nak" balasnya.

Safiyya hanya berdiri di tepi meja dengan wajah yang kecewa. Kecewa kerana papa dan mama langsung tidak menyebut tentang kek yang dibuatnya.

Safiyya berlalu ke dapur dengan perasaan kecewa. Bertakung airmatanya sekarang. Dia mengelip mata berkali-kali menahan agar airmatanya tidak menitis.

Dia mengeluarkan kek coklat buatannya daripada peti sejuk. Dia memotong sedikit dan menyuap kedalam mulut.

"Sedap tapi sayang, papa taknak pun" kata Safiyya sendirian. Dia mengelap pipi dengan cepat apabila merasakan airmatanya mengalir.

Dia memasukkan kembali kek kedalam peti sejuk dan keluar dari dapur. Dia melihat Tuan Adam yang sedang bergurau senda bersama Sofia.

Tidak pernah Tuan Adam tertawa begitu jika bersamanya. Yang ada hanyalah makian, cacian sahaja yang keluar dari mulut Tuan Adam.

Safiyya mengambil keputusan untuk berkurung didalam bilik sahaja. Dia merapatkan lutut ke dada dan memeluknya.

Tanpa Safiyya sedar, makin lebat airmatanya mengalir keluar. Sudah penat berpura-pura kuat dihadapan semua orang. Dia juga teringin dibelai, dimanjakan seperti Sofia.

Sofia melihat sekeliling apabila Safiyya tiada bersama mereka.

"Papa tak nak rasa kek yang Pia buat? Mesti sedap" kata Sofia kepada Tuan Adam.

Dengan laju Tuan Adam menggeleng. Dia meneguk air sebelum membalas pertanyaan anaknya.

"Papa taknak nanti keracunan makanan pulak. Sofi pun tahu Pia tu bukannya pandai memasak. Sofi dengan mama jangan makan tau. Karang sakit perut pulak"

"Lagipun papa nak makan kek yang anak kesayangan papa ni beli" balas Tuan Adam sambil menciut hidung Sofia.

Sofia dan Puan Sarimah hanya tersenyum nipis sahaja ketika itu. Mereka tidak berani membalas kata-kata Tuan Adam. Tuan Adam agak baran jika berkaitan dengan Safiyya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Keesokan paginya, Safiyya bersiap awal untuk ke kedai bunga milik kembarnya. Dia sudah berjanji untuk kerja sementara di kedai itu sebelum menerima panggilan kerja.

Safiyya menggalas beg silangnya dan keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur untuk mengisi air kedalam botol.

"Pia, dah nak pergi kedai Sofi ke?" tegur Puan Sarimah yang baru sahaja masuk daripada pintu dapur. Dia baru siap menjemur pakaian di belakang rumah.

Safiyya menayang senyuman manis dan mengangguk laju. Dia menutup penutup botol air.

"Ye mama, Pia dah nak pergi dah" balas Safiyya.

"Taknak sarapan dulu? Kita tunggu Sofi dengan papa keluar kejap" ajak Puan Sarimah.

Mendengar nama Tuan Adam sahaja sudah membuat Safiyya gugup dan gementar. Dia takut jika berhadapan dengan papanya.

"Tak..takpa lah ma. Pia makan dekat luar je" balas Safiyya sebelum dengan laju dia menyalam dan mengucup lembut tangan mamanya.

Dia terus berlari anak keluar dari rumah. Dia mengambil kasut didalam almari dan terus memakainya.

Dia mengambil helmet diatas almari kasut dan menuju ke motor kesayangannya. Hadiah pemberian daripada Puan Sarimah ketika ulang tahunnya yang ke 22 tahun.

Dia menghidupkan enjin dan terus naik keatas motor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menghidupkan enjin dan terus naik keatas motor. Dia membetulkan sedikit rambut sebelum memakai helmet.

Dengan lafaz bismillah, Safiyya memulakan perjalanannya dengan santai. Santai sahaja Safiyya melayan angin pagi sambil membawa motor vespanya.

Walaupun dia sering diejek kerana menaiki motor yang ketinggalan zaman, tetapi dia langsung tidak peduli. Kenapa harus malu? Ini hadiah daripada mamanya.

Sebaik mungkin Safiyya menjaga kebersihan motornya. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dia akan mencuci motor walaupun tiada kesan kotor.

Dia berhenti di lampu isyarat apabila lampu itu bertukar merah. Dia hanya memandang kehadapan sahaja.

Zaidan yang melihat daripada dalam kereta tersenyum kecil. Kereta Zaidan berada disebelah motor Safiyya namun Zaidan tidak dapat melihat wajah Safiyya dengan jelas.

"Comel gila naik vespa macam tu" kata Zaidan sendirian.

Apabila lampu bertukar hijau, terus Safiyya meneruskan perjalanannya sebelum memberi signal dan bertukar arah masuk ke simpang kiri. Manakala Zaidan masuk ke simpang kanan.

Sepanjang hari Zaidan terfikirkan gadis cantik yang menaiki vespa pagi tadi. Angau? Tak tahulah sebab dia tidak melihat wajah gadis itu dengan jelas. Tetapi gadis itu berjaya membuat dia tersenyum.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now