Bab 31 🕊️

1K 85 2
                                    


"Nasib baik dia dah tidur.."

Ujar Safiyya apabila melihat Zaidan yang terlelap diatas katil. Lega hatinya melihat Zaidan sudah diam. Kalau dia berjaga, ada saja yang nak diusiknya.

Penat cik jantung nak kerja lebih masa.

Safiyya selesai membersihkan diri. Dia menyidai tuala di tempat yang disediakan. Dia menutup suis lampu utama dan hanya membuka lampu yang malap sahaja.

Dia memandang sekeliling bilik yang malap. Mujurlah ada lampu malap ini. Kalau tidak, pasti dia akan sesak nafas jika kesemua lampu bilik dimatikan. Jika dia menyalakan lampu, risau Zaidan tidak selesa pula.

Safiyya berdiri dihadapan pintu kaca balkoni dan memandang permandangan diluar seketika. Dia tertawa sendiri apabila tidak percaya bahawa sekarang dia sudah menjadi isteri kepada Zaidan.

'Mrs. Zaidan here'

Safiyya menutup langsir di pintu kaca balkoni. Dia mengusap lengan sedikit dek kerana sejuk hujan diluar dan sejuk kerana penghawa dingin.

Safiyya naik keatas katil perlahan-lahan agar tidak membangunkan Zaidan. Safiyya membetulkan selimut dibadan Zaidan. Dia mengiringkan badan kearah Zaidan dan menongkat kepala dengan tangan.

Dia mengambil kesempatan ini untuk merenung wajah Zaidan sepuas hati. Wajah yang maskulin, bibir yang mungil, mempunyai tahi lalat kecil dibawah bibir dan hidung yang mancung.

Dia sangat menyukai bentuk kening Zaidan. Baginya kening Zaidan sangat cantik seperti perempuan. Kening yang terbentuk elok menaikkan lagi seri di wajah Zaidan.

Tidak pelik jika ramai gadis cantik yang meminati Zaidan. Melihat Zaidan bagaikan melihat putera raja. Tidak puas rasanya jika sekali pandang sahaja.

Pasti akan memandang buat kali kedua.

Safiyya melarikan jari di wajah Zaidan dengan perlahan-lahan. Tersenyum lebar tatkala Zaidan mengerut muka seakan tidurnya terganggu.

Dia mengusap lembut bibir mungil Zaidan yang sedikit terbuka. Dengan perlahan, Safiyya mendekatkan wajah mereka berdua.

Dia melekapkan bibir mereka beberapa saat sebelum dia terus menjauhkan diri. Terkejut Safiyya apabila Zaidan menggerakkan badannya.

'Malunya! Mama Ika, tengok ni Safiyya gatal hehe'

Zaidan mengiringkan badan dan terus menarik Safiyya kedalam pelukan hangatnya. Mengeras badan Safiyya sambil wajahnya tersembam di dada terdedah Zaidan.

Dia dapat merasakan bibirnya mendarat di dada Zaidan. Secara tidak secara, Safiyya telah mencium dada Zaidan.

'Nasib Zaidan tidur, kalau tak mesti kena bahan teruk!' bisik hati Safiyya.

Safiyya hanya pasrah sahaja apabila badannya tidak dapat bergerak. Dia dikunci rapat oleh pelukan Zaidan. Jadi dia mengambil keputusan untuk memejamkan mata.

Tidak sampai beberapa minit, akhirnya Safiyya juga dijemput lena. Malam itu terasa malam yang paling indah buat Safiyya.

Indah tidur didalam pelukan suami tercinta.

Zaidan yang terjaga sedikit terus membetulkan baringan Safiyya. Perlahan tangannya ingin melepaskan pelukannya. Risau isterinya tidak selesa.

"Em jangan lepas. Dara sejuk..." rengek Safiyya. Dia kemudiannya kembali dijemput lena.

"Shh shh..Aku ada"

Zaidan mencium ubun-ubun Safiyya dengan penuh kasih sayang. Dia mengeratkan lagi pelukan mereka dan menyambung tidurnya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya mengeliat sedikit apabila terjaga dari tidur. Berkerut dahi Safiyya saat melihat dada seseorang betul-betul dihadapan mukanya. Dek kerana terlalu gelabah, terus Safiyya menjerit dan menolak kuat dada tegap itu.

"Arghhhhh!!" jerit Safiyya.

"Arkkkk sakit punggung aku!" jerit Zaidan bila punggungnya mendarat di atas lantai secara mengejut.

Dia memegang sisi punggung dan menggosok beberapa kali. Dia memandang Safiyya yang berselubung didalam selimut.

"Andara Safiyya...." meleret geram suara Zaidan.

Safiyya mengecilkan diri didalam selimut sambil berdoa agar Zaidan tidak menarik selimut itu. Namun, belum sempat dia habis berdoa, selimut itu sudah di tarik dan mendarat di atas lantai bilik.

"Kauu... kenapa kau tolak aku jatuh katil hah?" soal Zaidan sambil tangannya masih lagi menggosok bongkah punggung.

Pedih mat. Hadiah kahwin daripada isteri ke ni?

"Sorry sorry! Saya tak sengaja. Saya ingat saya peluk lelaki mana lah tadi" jerit Safiyya sambil menyembamkan muka pada tilam katil.

"Sekarang ni punggung aku sakit. Siapa nak bertanggungjawab kalau aku tak boleh nak buang air besar?"

Safiyya mengangkat wajah dan memandang Zaidan dengan dahi yang berkerut. "Kalau jatuh katil memang tak boleh membuang eh?" soal Safiyya.

Zaidan menarik nafas dalam melihat wajah polos Safiyya. Aku lupa dia ni polos. Kang dia percaya betul-betul pula.

"Takdalah kau ni. Aku memain je tadi. Kau tak percaya yang kau dah kahwin eh?" soal Zaidan. Dia mengambil tempat disebelah Safiyya. Dia meraup wajah beberapa kali menghilangkan ngantuk.

Safiyya membetulkan duduknya di sebelah Zaidan. Dia memeluk bantal sambil kepalanya diangguk.

"Saya terkejut pagi tadi. Iye lah saya takpernah rapat dengan lelaki tau. Lepas tu bangun pagi tadi tengok-tengok saya tengah tidur dalam pelukan seseorang. Mahu tak terkejut saya" jelas Safiyya. Dia menguis jari di bantal.

Zaidan menggeleng kepala. Dia punya terkejut sampai tolak aku jatuh katil. Bertuah punya isteri.

"Semalam aku nak lepaskan kau, takut kau takselesa dalam pelukan aku. Tapi masa aku nak lepas tu, kau merengek. Kau cakap kau sejuk, kau suka haba badan aku. Jadi aku peluk jelah kau sampai pagi ni" jelas Zaidan.

Dia mengusap kepala Safiyya dengan lembut. Makin hari rasa sayang makin mendalam. Kalau boleh sekejap pun dia taknak berpisah dengan Safiyya.

Safiyya senyum lebar. Suka dibelai manja begini. Salah satu perkara yang paling Safiyya teringin ialah dibelai manja.

"Aku tahu kau suka aku belai kau macam ni kan?" soal Zaidan bila melihat senyuman lebar Safiyya. Dengan laju, Safiyya mengangguk.

Senyum nipis Zaidan sebelum mengangkat Safiyya dan meletakkannya di atas riba. Dia memeluk pinggang Safiyya sebelum mencium lembut bahu isterinya.

"Aku janji selagi aku bernafas, aku akan sentiasa belai kau. Manjakan kau. Tunaikan semua permintaan kau. Aku nak jadi lelaki pertama dan terakhir yang bahagiakan kau, Dara" ujar Zaidan dengan serius.

"Pandang mata aku dan kau akan nampak betapa besarnya cinta aku pada kau"

Safiyya memandang tepat kedalam mata Zaidan. Dia nampak keikhlasan dan kejujuran Zaidan. Safiyya terus menyembam muka di ceruk leher Zaidan.

"Saya janji, saya akan jadi isteri yang terbaik untuk awak. Satu je saya minta, awak jangan tinggalkan saya ye? Tetaplah bersama saya walaupun hanya perasaan benci yang ada dalam hati awak"

"Aku janji dan aku tak akan pernah bencikan kau, Baby Dara. Because i love you damn much!" balas Zaidan sebelum mengeratkan lagi pelukan mereka berdua.

Saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun perkenalan yang singkat tidak akan menghalang mereka untuk mengecapi kebahagiaan.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now