Bab 16 🕊️

1.4K 84 1
                                    


Zaidan masuk kedalam cafe Arash dengan langkah macho. Dia membuka kaca mata hitam lalu menuju ke meja seseorang yang sedang menunggu kehadirannya.

"Bro" sapa Zaidan sebelum menepuk kuat belakang badan lelaki itu.

Tersedak Aayden yang sedang mengunyah croissant. Zaidan selamba mengambil tempat di depan Aayden dengan wajah yang tidak bersalah.

"Aku bawa pergi mana-mana je tau benda alah ni" kata Aayden sebelum menyelak sedikit coat hitam yang dipakai. Dia menunjuk kepada Zaidan sepucuk pistol yang berada di dalam coatnya.

Zaidan tersengih sebelum mengangkat kedua-dua tangan. Aku lupa pula aku berhadapan dengan Zico.

"Sorry sorry, aku lama tak cari gaduh dengan kau"

"Kepala hangguk kau cari gaduh macam tu? Kalau arwah aku tadi, siapa nak jaga permaisuri hati aku?" mengecil mata garang Aayden memandang Zaidan.

Zaidan menjuling bola mata keatas. Obses betul si Aayden dengan Camelia.

Walaupun dia tidak dapat menghadiri majlis mereka, dia tetap mengirimkan doa dan hadiah untuk perkahwinan rakan baiknya.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" soal Aayden.

Zaidan menghulurkan sekeping fail kepada Aayden. Terus tiada reaksi wajah Zaidan dan Aayden apabila masuk mood kerja.

"Aku nak lamar syarikat kau kerjasama dengan syarikat aku untuk bangunkan projek ni" jelas Zaidan.

Aayden mengelap tangan sebelum membelek fail tersebut. Dia mengangguk sedikit apabila projek ini berjaya menarik minatnya.

"Dekat Alor Setar, Kedah? Kau yakin sekitar tempat ni ramai pengunjung?" soal Aayden.

Zaidan mengangguk laju.

"Aku dah hantar anak buah aku untuk buat pemantauan tentang tempat ni. So far positive. Sebab tapak yang aku pilih ni berdekatan dengan pusat beli belah terbesar di Kedah"

Aayden mengangguk sahaja mendengar penjelasan yang lengkap daripada Zaidan. Dia menutup fail dan bersandar di sofa cafe.

"Apa nama pusat beli belah tu?"

"Aman Central"

Aayden mengangguk sebelum mengeluarkan pen daripada coat.

"Dekat mana yang aku nak kena tandatangan?" soal Aayden.

Zaidan tersenyum nipis. Dia menunjukkan ruang yang perlu Aayden tandatangan jika bersetuju untuk bekerjasama.

Terus Aayden menurunkan tandatangan tanda dia bersetuju. Dia menyimpan kembali pen kedalam coat.

"Pinjam pen kejap, aku nak kena tandatangan juga" pinta Zaidan.

"Pen pun nak pinjam ke?"

"Aku terlupa bawa lah!"

Aayden merengus kasar sebelum menghulur pen kepada Zaidan. Zaidan mengambil sambil tersengih. CEO mana ni pen pun tak bawa? Nak kena pecat agaknya ni.

Pecat diri sendiri ke Hanz Zaidan??

Siap menandatangan, Zaidan menghulur kembali pen kesayangan Aayden. Dia membelek sekilas ukiran nama di pen tersebut.

'Pumpkin Camelia'

"Patut tak bagi pinjam pun. Ada nama isteri tersayang rupanya" kata Zaidan.

"Dah tu? Takkan nak letak nama kau pulak? Tak kuasa aku" balas Aayden. Tajam jelingannya kepada Zaidan.

"Obsessive husband" kutuk Zaidan.

"Shut up asshole"

"Lelaki sejati je yang obses dengan isteri sendiri. Bukan sibuk menggatal dengan perempuan lain" balas Aayden sambil menyelit nasihat kepada Zaidan.

Zaidan mendengar sahaja apabila Aayden sudah mula menasihatinya tentang perasaan perempuan.

'Lucky you, Camelia' bisik hati Zaidan.

Hanya dia dan Aaydan sahaja yang sudah beristeri. Jadi dia mengambil tanggungjawab ini untuk menasihati rakan-rakannya agar tidak memainkan perasaan perempuan.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Haaa tengok instagram siapa tu"

Terkejut Safiyya disergah begitu. Dia menjeling tajam Sofia yang selamba sahaja masuk kedalam biliknya tanpa mengetuk dahulu.

"Tak reti bagi salam ke?"

Sofia hanya sengih sahaja. Dia meletakkan sepinggan nasi goreng ayam di atas meja balkoni. Sakit-sakit pun rajin betul berjalan budak ni.

"Kau ni sakit memang tak reti duduk diam eh? Rehat jelah dekat katil tu. Yang duduk dekat balkoni ni kenapa?" bebel Sofia.

Safiyya hanya mengejek sahaja bebelan Sofia. Betul la cakap tuan Zaidan yang Sofia ni mulut murai. Sehari kalau tak membebel memang tak sah.

"Aku bosan lah, asyik duduk dekat katil je. Aku duduk lah dekat sini boleh ambil angin malam ni haa"

"Mana tahu dengan angin malam ni boleh sembuhkan kaki aku ni" sambung Safiyya.

"Doktor mana yang bagitahu kau kalau kena angin malam boleh sembuhkan kaki yang terseliuh? Meh sini aku ruqyahkan dia"

Geram je Sofia dengan si adik kembarnya ini. Ada je yang dia nak menjawab. Kalau dekat luar, nak dengar suara pun susah.

"Doktor cinta aku lah" balas Safiyya dengan selamba.
Dia membaca bismillah dan doa makan sebelum menyuap nasi goreng kedalam mulut.

"Nama dia Hanz Zaidan eh?" usik Sofia.

Pufffffff

Tersembur nasi daripada dalam mulut Safiyya. Terus Sofia menepuk belakang dan dada Safiyya. Gelabah kedua-dua mereka ketika itu.

"Minum minum"

Safiyya terus menyambut huluran air daripada Sofia sebelum meneguk laju air kosong. Lega rasa tekaknya.

"Kau ni kan, nak bunuh adik sendiri ke?!" marah Safiyya.

"Aku sebut je. Yang kau tersembur sampai macam tu sekali kenapa? Sebab betul kan? Kau suka bos aku kan?" Sofia masih tidak berputus asa.

"Diamlah Andara Sofia!" merajuk Safiyya sebelum kembali menjamah nasi goreng.

"Taknak diam Andara Safiyya" ejek Sofia. Dia memeluk tubuh sambil memandang adiknya.

'Kalau betul tuan Zaidan dalam hati kau, aku setuju sangat Pia. Aku tahu tuan Zaidan adalah yang terbaik untuk kau' bisik hati Sofia.

Dia mengenali Zaidan lebih daripada seorang pembantu peribadi. Dia juga tahu Zaidan seorang lelaki yang bertanggungjawab, baik dan juga hormat kepada perempuan.

Walaupun mulutnya agak pedas, tetapi Sofia tahu hatinya baik. Kalau tidak, tak akan lah tuan Zaidan berbaik hati untuk menghantar Safiyya pulang.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now