Bab 25 🕊️

1K 78 6
                                    


"Ehem ehem.."

Tersentak Sofia yang sedang menangis di puncak bukit. Dia menyeka laju airmata di pipi.

Arash terus melabuhkan punggung disebelah Sofia. Dia menghulurkan tisu. "Nah tisu. Lap pipi kau"

Sofia mengambil dan terus mengelap kasar pipinya. Marahnya terhadap Tuan Adam belum reda. Dia masih memikirkan nasib yang Safiyya hadapi selama ini.

"Feeling better hm?" soal Arash dengan lembut.

Sofia mengangguk kecil. Dia membuang hingus di tisu lalu dihulurkan tisu itu kepada Arash.

Tersenyum Arash dibuatnya. Dia mengambil tisu itu dan menggenggamnya. Biarlah ada hingus Sofia pun. Kesayangan kita punya.

"Aku ada masakkan kau nasi goreng kampung" ujar Arash. Dia meletakkan bekas makanan di atas peha Sofia.

Sofia senyum lebar. Arash mengusap lembut kepala Sofia. Seperti memujuk sang pujaan hati yang baru sahaja menangis.

"Babun.." panggil Sofia dengan mengada.

Arash mengumam sahaja. Takkisah lah kau nak panggil apa pun sayang, asalkan kau bahagia.

"Kalau aku nak kau suapkan boleh?" ujar Sofia dengan perlahan.

Arash senyum manis. "Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Meh aku suap" balas Arash.

Dia mengambil bekas makanan di atas peha Sofia dan membukanya. Harum semerbak bau nasi goreng kampung kesukaan Sofia.

"Bau pun dah sedap. Rasa mesti sedap jugak kan?" tersengih Sofia.

"Kalau sedap, kena habiskan. Aku masak istimewa untuk kau"

Sofia mengangguk laju. Dia pasti akan habiskan kerana nasi goreng kampung buatan Arash ialah antara yang paling sedap dia pernah rasa.

Arash menyuap nasi goreng kedalam mulut Sofia dengan lafaz bismillah. Dia mengelap sedikit sisa nasi di tepi bibir Sofia.

"How is it? Sedap macam selalu tak?" soal Arash walaupun dia sudah tahu jawapannya.

Sofia mengunyah sambil mengangguk laju. Dia memberi kedua ibu jari kepada Arash. Tanda masakan Arash tak pernah mengecewakan.

"Untung isteri kau nanti kan dapat suami pandai masak macam kau ni" kata Sofia dengan mulut yang penuh.

"Telan dulu Sofia..." meleret suara Arash. Kang tercekik apa pun tak dapat.

Sofia menelan. Dia sengih melihat wajah geram Arash.

"Bey sobar bey, bey rilek bey~" nyanyi sebelum tertawa kecil Sofia.

"Kecil besar, kecil besar je aku tengok kau ni. Berbalik kepada pernyataan kau tadi. Kau lah bakal isteri aku yang beruntung sangat tu" kata Arash dengan riak selamba.

Sofia mengemam bibir menahan malu. "Nakal"
Tertawa mereka berdua serentak.

Malam itu mereka di temani cahaya bulan yang sentiasa menyinari malam. Mereka berkongsi cerita sambil saling mengenali antara satu sama lain.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya termenung di balkoni bilik sambil memikirkan kata-kata Tuan Adam sebentar tadi. Sehina itu ke dia pada mata papanya sendiri?

Dia merasa bersalah apabila mama dan papanya bergaduh hanya kerana dia. Dia sudah memujuk Puan Sarimah agar tidak bertengkar dengan Tuan Adam tentangnya.

Dia memandang telefon di atas meja. Terus dia mencapai dan mencari nama "Baby Han". Dia berfikir sejenak sama ada mahu telefon atau whatsapp.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now