Bab 43 🕊️

854 88 6
                                    


"HAHAHAHA kau seriuslah Pia?"

Arash memandang sekilas kearah Sofia yang sedang ketawa besar. Amboi mak buyung ni. Gosip apa entah dua beradik tu.

"Ish kau gelak kenapa? Aku tanya pendapat kau ni. Kau gelak pulak!" geram Safiyya.

Niatnya ingin bertanya tentang perubahan sikap Zaidan. Mungkin Sofia tahu apa sebabnya.

Tetapi bukan jawapan yang dia dapat, malah ketawa yang Sofia berikan. Cis!

"Kejap, aku semput" kata Sofia sambil mengusap dada. Sejak masuk bulan yang ke 3 ini, seringkali dia merasa penat walaupun tidak melakukan apa-apa.

"Haa itulah. Gelak tak ingat dunia lagi. Kan dah semput tu.." sindir Arash. Dia meletak ipad di atas meja dan menuju ke Sofia.

Dia melabuhkan punggung di birai katil. Dia mengalihkan tangan Sofia. Dengan lembut dia mengusap dada Sofia.

"Tarik nafas slowly.."

Sofia mengikut arahan Arash. Dia menarik nafas perlahan-lahan dan menghembus. Tersengih Sofia.

"Hehe boleh sambung gosip.."

"Ulang balik soalan kau tadi Pia. Aku dah lupa hehe" soal Sofia kembali.

Safiyya menjuling mata keatas. "Kau rasa kenapa Zaidan tiba-tiba berubah jadi manja macam tu?"

Arash juga mengambil kesempatan untuk mendengar gosip mereka. Kemain dia menadah telinga disebelah Sofia.

"Okey, aku nak tanya kau satu soalan.."

Safiyya mengumam. Dia mengusap lembut rambut Zaidan yang sedang lena di pehanya.

"Kau dah period ke belum?" soal Sofia.

Berkerut dahi Safiyya. "Apa kena mengena dengan period aku pulak ni?" soal Safiyya kembali.

Ada kena mengena ke? Pelik-pelik je Sofia ni.

"Ish! Kau jawab jelah dulu soalan aku tu" geram Sofia.

"Belum. Dah lambat 3 hari"

Sofia dan Arash memandang sesama sendiri. Timbul senyuman penuh makna antara mereka berdua.

"Sebelum ni period kau teratur ke tak?" soal Sofia lagi.

Safiyya memandang keatas sambil berfikir.

"Teratur" balas Safiyya.

Sofia sungging senyum lebar. Sepertinya dia tahu punca perubahan sikap Zaidan. Pasti betul tekaannya!

"Rumah kau ada pregnancy test tak?"

"Ada, aku beli minggu lepas. Saja beli nak simpan siap-siap dekat rumah" balas Safiyya.

Dia masih tidak dapat meneka punca disebalik soalan-soalan yang Sofia lontarkan.

"Esok pagi, kau cuba. Mana tahu rezeki kau dengan Zaidan dah sampai. Dan kalau betul kau mengandung, itulah jawapan kenapa Zaidan berubah"

Terang Sofia dengan teruja. Dia berharap agar tekaannya betul.

"Kau nak cakap aku mengandung ke?" soal Safiyya dengan polos.

"Eii! Andara Safiyya! Jangan blur sangat boleh tak? Aku cepuk kau karang"

Terlepas ketawa di bibir Safiyya. Dia suka melihat kakaknya marah. Pasti merah padam wajah Sofia sekarang.

"Yelah, pagi esok aku cuba. Apa-apa aku bagitahu kau. Dahlah, aku letak dulu. Selamat malam kakak ku"

Ujar Safiyya sebelum menamatkan panggilan mereka. Dia merenung wajah Zaidan yang sedang nyenyak tidur.

Langsung tidak terganggu. "Kalau betul Dara mengandung, mesti abang yang paling gembira kan? Dara tak sabar.."

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Pagi yang indah ditemani hujan renyai menambahkan lagi kesejukkan pada Zaidan. Dia mengeliat sebelum tangannya meraba ke bantal sebelah.

Berkerut kening Zaidan melihat tempat tidur isterinya kosong. Dia memandang sekeliling bilik.

Kosong! Tiada!

Kelam kabut Zaidan menyelak selimut dan turun daripada katil. Dia membetulkan sedikit ikatan kain pelikat agar tidak terlondeh.

Selesai mencuci muka dan berus gigi, Zaidan menuju ke pintu bilik. Belum sempat tangannya memulas tombol, pintu itu dibuka dari luar.

Terjengul wajah polos Safiyya bersama senyuman manis. Terkedip-kedip mata Zaidan melihat isterinya.

"Good morning abang. Dah bangun? Dara baru nak kejut abang.." kata Safiyya. Dia memeluk Zaidan dan menyangkut dagu di dada.

"Hey abang, are you okay?" soal Safiyya apabila suaminya diam sahaja. Selalunya ada saja yang dia nak mengusik Safiyya.

Tercebik bibir bawah Zaidan. "Abang ingat baby tinggal abang.."

Terpinga-pinga Safiyya mendengar suara manja Zaidan. Namun selang beberapa saat, senyuman penuh makna kembali terukir di bibir Safiyya.

"Abang takut Dara tinggalkan abang ke hm?" soal Safiyya dengan lembut. Dia melepaskan pelukan dan mengusap pipi suaminya.

Terangguk-angguk kepala Zaidan. Monyok wajahnya. Manja!

"Di mana dia, buah hati Dara. Buah hati Dara yang bernama baby Han.." nyanyi Safiyya dengan wajah comel.

Terlepas ketawa kecil Zaidan melihat kecomelan Safiyya. Makin geram dia melihat isteri kecilnya ini.

"Too cute to handle baby.." sengih lebih Zaidan. Dia mencubit pipi manja Safiyya. Gebu!

Safiyya menarik tangan Zaidan menuju ke katil. Dia menolak Zaidan duduk di birai katil. Tanpa berkata apa, Safiyya terus melabuhkan punggung di peha Zaidan.

"Dara ada sesuatu nak bagi dekat abang" kata Safiyya.

"What is it baby?"

Safiyya menoleh ke meja kecil di sebelah katil. Dia membuka laci dan mengambil sesuatu.

Dengan lafaz bismillah, Safiyya menghulur kit ujian kehamilan itu kepada Zaidan.

"For you.." kata Safiyya dengan senyuman manis.

Berkerut seribu dahi Zaidan melihat alat di telapak tangan Safiyya. "Apa ni? Baby sakit ke?" soal Zaidan.

"Abang baca lah dia tulis apa"

"Pregnant, 2-3 weeks. Maksudnya..." terhenti kata-kata Zaidan seketika. Dia menoleh memandang Safiyya dengan wajah penuh tanda tanya.

"Baby pregnant?" soal Zaidan dengan tidak percaya.

Dengan laju Safiyya mengangguk. Bertakung tubir mata Safiyya ketika itu. Dia menahan sebak melihat senyuman yang mula terukir di bibir Zaidan.

Mengalir laju airmata membasahi pipi Zaidan. Dia menangis sambil tertawa. Seakan tidak percaya dengan berita yang dia dengar.

"We did it baby! Alhamdulillah Ya Allah!" ucap Zaidan sebelum dengan laju dia menarik Safiyya masuk kedalam dakapannya.

Tidak henti-henti Zaidan mengucap syukur ke hadrat ilahi. Dia sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

"Terima kasih baby! Abang love you so much Andara Safiyya!"

"Dara love you too Hanz Zaidan!" masing-masing mengucap kata syukur dengar rezeki yang diberikan. Sungguh mereka tidak percaya.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now