Bab 1 🕊️

2.4K 101 3
                                    


"Hanz Zaidan! Bangun lah"

Zaidan mengusutkan rambut bila lenanya diganggu. Nak tidur dengan tenang pun tak boleh ke? Penat naik kapal terbang pun tak hilang lagi tau.

Dia menarik selimut dan berselubung di bawah selimut sambil menutup telinganya. Dia memejam mata seerat yang mungkin.

"Kalau Adan tak bangun, mama pecahkan tayar baby Adan!" ugut Puan Zalikha. Sudah hampir 10 minit dia berdiri terpacak di hadapan pintu anak terunanya.

Zaidan terus menyelak selimut dan dengan laju dia turun dari katil. Dengan langkah longlai dia menuju ke pintu dan membukanya.

Puan Zalikha terus memeluk tubuh di hadapan Zaidan yang kusut masai. Dia menggeleng kepala melihat anak terunanya ini.

"Hm Adam dah bangun" kata Zaidan sambil menguap.

Puan Zalikha menepuk kuat lengan sasa Zaidan.

"Tak senonoh betul lah Adan ni. Nak menguap tu menguap lah dulu baru cakap" marah Puan Zalikha.

Zaidan tersenyum nipis lalu memeluk mamanya dengan erat. Rindunya setelah setahun berada di Itali.

"Adan rindu cinta hati Adan ni. Makin cantik lah" puji Zaidan.

Puan Zalikha menepuk-nepuk belakang badan Zaidan untuk melepaskannya.

Zaidan terus melepaskan pelukan dengan riak wajah yang monyok. Baru nak peluk lama-lama.

"Adan cakap Adan sampai sini pukul 8 malam kan? Kenapa pukul 12 malam baru Adan sampai rumah? Adan pergi mana?" bertubi-tubi soalan Puan Zalikha.

Zaidan menggosok telinganya. Fuh dah macam machine gun.

"Ye Adan sampai sini pukul 8 malam tapi Adan singgah cafe Arash kejap, lama tak minum my favourite drink dekat situ" balas Zaidan.

Puan Zalikha memeluk tubuh lalu mengecilkan matanya. Balik dari luar negara terus jumpa kawan haih.

"Mana menantu mama? Mama dah cakap kan lepas je Adan balik dari Itali, mama nak menantu" ujar Puan Zalikha dengan selamba.

Ternganga besar Zaidan dibuatnya.

"Mama, Adan baru je sampai ma. Tak sampai sehari lagi pun Adan sampai mama dah tanya pasal menantu?"

"Mana lah tahu Adan bawa balik kekasih Itali ke dekat mama kan" kata Puan Zalikha lagi.

Zaidan meraup muka sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Boleh gila macam ni.

"Kalau Adan tak bawa kekasih Adan jumpa mama dalam masa 2 bulan ni, mama akan jodohkan Adan dengan pilihan mama, muktamad" pesan Puan Zalikha sebelum meninggalkan Zaidan sendirian.

Zaidan menolak lidah ke dinding pipi. Dia menyepak sedikit bingkai pintu biliknya. Suka memaksa, ingat senang ke nak cari calon isteri yang sesuai?

'Tak habis-habis tanya soal menantu. Aku baru 28 tahun kot. Tak boleh ke bagi aku nikmati masa bujang dulu. Balik kondo karang baru tahu' bisik hati Zaidan.

"Baik aku sambung tidur daripada fikir pasal calon menantu mama tu" kata Zaidan sendirian sebelum kembali membaringkan badan di atas katil.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sofia membetulkan rambut dan baju sekali lagi sebelum mengambil beg tangan dan failnya. Dia keluar daripada bilik dan terus menuju ke meja makan.

"Morning mamaku sayang" ucap Sofia dengan senyuman manis dan mencium lembut pipi mamanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi.

Tersenyum Puan Sarimah yang sedang menghidang makanan di atas meja.

"Morning sayang mama" balas Puan Sarimah lalu mengusap sekilas kepala Sofia.

Sofia terus menoleh apabila melihat Tuan Adam keluar dari bilik dan menuju ke arah mereka.

"Morning papa" ucap Sofia dengan senyuman manis.

Tuan Adam mencium lembut ubun-ubun Sofia lalu melabuhkan punggung di sebelah Puan Sarimah.

"Mama, mana Pia? Pia belum bangun ke?" soal Sofia apabila kembarnya tiada.

Mama menjeling suaminya sekilas sebelum menayang senyum kelat kepada Sofia. Dia sendiri tidak tahu macam mana lagi hendak sejukkan hati beku suaminya.

"Pia tak sihat sayang, dia tengah rehat tu" tipu Puan Sarimah.

Sofia mengerutkan kening memandang mama dan papanya bersilih ganti. Kenapa senyuman mama tidak ikhlas seperti selalu.

"What happen to Pia?" soal Sofia dengan muka yang serius. Baru sahaja dia mahu bangun tetiba Tuan Adam bersuara..

"Duduk Sofi, biarkan dia. Dia nak makan, dia cari sendiri. Dia bukannya permaisuri sampai kita nak kena panggil dia makan. Tak penting pun kalau dia ada" kata Tuan Adam dengan nada suara yang serius.

Tidak suka dia apabila Safiyya sentiasa menjadi keutamaan di dalam hidup Sofia. Dia tidak suka jika Sofia hilang fokus hanya kerana memikirkan kembarnya itu.

"Pardon?"

"Papa cakap Pia apa? Papa cakap Pia tak penting? Papa! Pia tu anak papa jugaklah!" terus terbangun badan Sofia. Dia menggenggam tangannya.

"See? Betul tak papa cakap yang Pia selalu bagi pengaruh buruk dekat Sofi. Sofi tak pernah tinggikan suara dekat papa. Tapi disebabkan anak tak ada untung tu, Sofi tinggikan suara dekat papa Sofi sendiri!" marah Tuan Adam.

Sofia seakan mati akal dengan papanya. Dari Safiyya kecil, papa selalu lebihkan dia daripada kembarnya. Safiyya sering dipukul jika gagal melakukan apa yang Tuan Adam mahukan.

"You're too much Tuan Adam!" marah Sofia sebelum mengambil beg tangan dan failnya. Dia terus keluar dari rumah tanpa bersarapan terlebih dahulu.

"Awak tengok anak awak tu berani tinggikan suara dekat saya" kata Tuan Adam kepada Puan Sarimah yang hanya mendiamkan diri.

Puan Sarimah hanya diam membisu tanpa menjawab kata-kata suaminya. Dia menyedok mee goreng kedalam pinggan Tuan Adam.

Safiyya yang mendengar kesemua kata-kata Tuan Adam hanya mampu menyimpan didalam hati. Sudah tiada airmata yang mahu mengalir.

Andara Sofia dan Andara Safiyya merupakan anak kembar kepada Tuan Adam dan Puan Sarimah.

Namun sejak mereka masuk ke bangku sekolah, Safiyya sering dimarahi dan dicaci oleh papanya sendiri hanya kerana memalukan nama Tuan Adam disekolah.

Tuan Adam merupakan seorang guru pencen. Dia pernah mengajar di sekolah yang Sofia dan Safiyya belajar. Tuan Adam disegani kerana sikap lembutnya kepada pelajar dan seorang guru yang penyayang disekolah.

Namun hanya keluarganya sahaja yang tahu tentang perangai sebenarnya. Safiyya sering gagal mendapatkan straight A's setiap kali peperiksaan. Manakala Sofia pula adalah pelajar cemerlang dan harapan di sekolah itu.

Safiyya gagal mendapatkan keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan percubaan SPM makin merubah sikap Tuan Adam kepadanya.

Bagi Tuan Adam, anaknya hanyalah Andara Sofia. Kerana hanya Sofia yang sering membanggakannya.
Hanya Sofia sahaja harapan dia untuk dipuji oleh rakan-rakannya.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now