"Hi Zaidan, tak sangka kita berjumpa lagi.."Zaidan langsung tidak membalas mahupun memandang gadis itu. Kedengaran dia mendengus kasar seakan tidak suka dengan kehadirannya.
Semak.
Safiyya mengerutkan dahi memandang gadis cantik dihadapan mereka. Dia lebih tertarik untuk memandang mata gadis itu yang begitu asyik merenung suaminya.
Sengaja dia berdehem dan berpura-pura batuk. Dia menepuk kecil dada berulang kali.
Zaidan terus mengalihkan pandangan memandang Safiyya yang sedang batuk. Dalam diam dia sungging senyum senget.
I know you babygirl.
Dengan laju Zaidan bangun dan mengambil tempat disamping Safiyya. "Hey baby, are you okay?" Zaidan memantapkan lagi lakonannya.
Dia mengusap belakang badan Safiyya sambil merenung ke dalam mata isterinya. Dia mengenyit sebelah mata.
Safiyya sembunyi senyum. Bahagia dia rasa bila suaminya peka dengan lakonannya.
"Te..tekak ba..baby sakit hmm.." balas Safiyya sambil bibirnya tersebik-sebik ingin menangis.
Balqis yang melihat kemesraan Zaidan dan Safiyya terus mengepal penumbuk dalam diam. Benci!
Sofia perasan perubahan riak wajah Balqis terus berkata..
"Zaidan, i think better you bawa isteri you pergi klinik sekarang. I takut sakit dia melarat pulak kan.." arah Sofia dengan suara yang diva.
Arash menjeling Sofia dengan tajam. Nak termuntah dia dengar panggilan yang Sofia gunakan. Nak jadi pelakon terbaik lah tu.
"Okeylah, sorry guys tak dapat join dinner bersama. Next time okay?" kata Zaidan sebelum menggalas beg tangan Safiyya di bahu kiri.
Dia menyelit tangan dibelakang leher dan belakang lutut Safiyya. Dengan senang dia mengangkat Safiyya.
Setelah Zaidan meminta diri untuk pulang, Safiyya memandang Balqis dengan senyuman penuh makna. Dia berkata sesuatu kepada Balqis tanpa mengeluarkan suara.
'He's mine!'
Makin berapi dan berasap Balqis rasakan. Dia hanya menjeling dengan hujung mata sahaja melihat suami isteri itu keluar.
Baru sahaja hendak memusingkan badan, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang.
"Balqis Irdina.." sebut Arash dengan suara sinis.
Balqis mengalihkan pandangan memandang Sofia dan Arash. "Excuse me. Do i know you sir?" soal Balqis dengan dahi berkerut.
Arash tertawa kecil lebih kepada tawa sinis. "Kau mungkin tak kenal aku, tapi kau kenal siapa Fayyadh Izdiyad. Am i right?"
Balqis meneguk liur. Siapa lelaki dihadapannya sekarang ini? Dan bagaimana dia tahu tentang Fayyadh?
"You kenal Fayyadh? How can? You bukan satu sekolah dengan kami" soal Balqis. Badannya sedikit menggigil melihat wajah serius Arash.
Arash membisik sesuatu di telinga Sofia sebelum menepuk perlahan peha isterinya. Sofia mengangguk dan bangun dari riba Arash.
Dia berjalan mendekati Balqis dengan pandangan maut. "Don't you ever think to touch my sister. If you do that, i shall ensure that it's the last thing you do in this world"
Bisik Sofia sebelum melanggar sedikit bahu Balqis dan berlalu ke dapur cafe Arash. Terundur Balqis beberapa tapak kebelakang.
'Buta ke perempuan ni?' marah Balqis dalam hati.
Dia berdecit halus sebelum menggosok bahu yang dilanggar Sofia. Menyampah wajahnya sekarang.
"Takkan baru kena langgar dekat bahu je dah sakit? Tak kebal lah kalau macam tu kan" kata Arash sebelum bangun dan mendekati Balqis.
Dia merendahkan sedikit badan bagi menyamai paras wajah mereka. "I know everything Balqis Irdina. Aku tahu semuanya.."
"Aku tahu apa yang kau buat dekat ibu Fayyadh 10 tahun lepas. Dan, aku sebagai kawan baik kepada Zaidan dengan berbesar hati untuk tolong Fayyadh"
"Kau tahu tak tolong apa?" soal Arash dengan senyuman sinis. Balqis menggeleng perlahan. "Tak..taktahu"
Arash sungging senyum senget. "Hapuskan kau, sial.." balas Arash dengan nada berbisik.
Balqis meneguk liur kesat. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Dummmmm.
Terus dia mengalihkan pandangan kebelakang apabila belakang badannya melanggar sesuatu yang agak keras. Membulat besar mata Balqis melihat Fayyadh yang tersenyum manis.
"Hi Balqis, tak sangka kita berjumpa lagi..." sengaja Fayyadh mengulang kembali kata-kata yang digunakan Balqis sebentar tadi.
Santai sahaja gayanya dengan kedua tangan dimasukkan kedalam poket. Terjungkit ke atas hujung bibir Fayyadh.
Makin menggigil badan Balqis.
"Balqis Irdina takut? Mana Balqis Irdina yang berani dulu? Sampai begitu berani jadi pembunuh di usia 18 tahun hm" sinis kata-kata Fayyadh.
Balqis menggenggam erat hujung bajunya. Takut? Tidak. Sangat takut! Fayyadh yang sekarang bukanlah seperti Fayyadh yang dulu.
Mengapa orang disekeliling Fayyadh begitu menyeramkan? Adakah Zaidan juga begini?
Senyuman manis Fayyadh semakin lama menjadi senyuman yang menakutkan. Persis seorang psiko.
"Chill baby. No one will harm you" kata Fayyadh sebelum mencuit lembut dagu Balqis. Balqis menepis tangan Fayyadh.
"Dont touch me with your dirty hand!" marah Balqis.
Fayyadh dan Arash tertawa kecil. "Tangan dia lagi suci bersih daripada tangan busuk kau tu" sindir Arash.
Balqis sudah tidak betah lagi berada disitu. Dia menolak bahu Fayyadh yang menghalang jalannya. Dengan laju dia mengorak langkah keluar dari cafe tersebut.
Dia harus menghilangkan diri. Dia dapat merasakan Fayyadh ada dimana-mana sahaja. Matanya memandang sekeliling. Mencari jika ada mata-mata Fayyadh yang mengekorinya.
Dia masuk kedalam kereta dan terus meluncur laju keluar daripada kawasan parkir.
"Thanks bro. Sudi nak tolong aku walaupun aku bukan kawan kau" kata Fayyadh sambil menepuk bahu Arash.
Arash senyum sahaja. "Kau kawan Zaidan, Zaidan pulak kawan aku. Wajarlah kalau aku tolong kau. Alih-alih kau jadi kawan aku jugak kan?"
Tertawa kecil mereka berdua sebelum Fayyadh meminta diri untuk menguruskan sesuatu. Arash juga masuk kedalam dapur bertemu kekasih hatinya yang sedang menikmati makanan.
'Kau tak akan terlepas Balqis..' bisik hati Fayyadh sambil melihat gps kereta Balqis di Iphonenya.
YOU ARE READING
Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomanceHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...