Bab 12 🕊️

952 72 7
                                    


"Thank you guys for today, kalau ada apa-apa yang tak faham tentang mesyuarat hari ini, boleh rujuk dengan Sofia. Boleh bersurai semua"

"Sofia, you stay here"

Terbantut Safiyya yang baru sahaja mahu bangun. Dia kembali meletakkan buku nota dan ipad diatas meja.

Zaidan melihat satu persatu pekerjanya keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

"Mia, close the door" arah Zaidan kepada pekerja yang terakhir. Mia terus mengikut arahan dengan menutup pintu bilik mesyuarat daripada luar.

Zaidan bangun lalu memasukkan tangan kedalam poket seluar sambil berjalan mengelilingi meja panjang di dalam bilik mesyuarat.

"So now, just two of us"

"Tell me, who are you and where's Andara Sofia"

Soal Zaidan apabila langkahnya terhenti tepat dihadapan Safiyya yang sedang mendongak memandangnya. Safiyya menggenggam sedikit bajunya.

"Sa...saya Sofia lah tuan"

Zaidan merendahkan badan bagi menyamai paras wajah mereka. Dia mengecilkan mata memandang tepat kearah mata cantik Safiyya.

Mata bulat cantik yang membuat jantungnya berdegup kencang pagi tadi.

"Aku tanya sekali lagi, siapa kau dan mana Sofia" Zaidan melembutkan suaranya apabila melihat badan Safiyya yang sedikit menggigil.

"Sa..saya kembar Sofia. Sofia tak sihat, dia..dia minta saya gantikan sebab hari ni ada mesyuarat penting" balas Safiyya dengan suara yang bergetar.

Safiyya tiada pilihan lain. Dia terpaksa memberitahu kesemuanya kepada Zaidan. Lagipula Zaidan sudah mengetahui tentang penyamarannya.

Zaidan menghembus nafas lalu melabuhkan punggung di sebelah Safiyya. Dia memandang Safiyya dengan pandangan yang lembut walaupun tiada reaksi di wajahnya.

"Kau tahu tak apa yang kau berdua buat ni salah? Kalau aku buat report polis macam mana? Atas kesalahan menipu" sengaja Zaidan menakutkan gadis dihadapannya.

Safiyya terus memandang Zaidan dengan pipi yang sudah basah. Dia menggeleng laju lalu menyatukan tangan. Dia meletakkan tangan dibawah dagu sambil matanya berkelip-kelip.

"Please tuan, saya minta maaf bagi pihak Sofia. Saya tahu semua ni salah. Tuan boleh denda saya tapi jangan Sofia" pujuk Safiyya dengan wajah comel.

Terkebil-kebil Zaidan memandang Safiyya yang begitu comel memujuknya. Haih lah kembar si Sofia ni. Panas pula tiba-tiba fuh.

Zaidan mengumam sahaja.

"Apa nama kau?"

"Andara Safiyya binti Adam"

Zaidan mengangguk kepalanya. Dia sedaya upaya mengelak daripada memandang wajah Safiyya. Risau lembik lutut kejap lagi.

"Tapi kan tuan, macam mana tuan tahu yang saya ni bukan Sofia?" soal Safiyya ingin tahu.

Zaidan menjungkit senyum sinis sambil memetik jari.

"Easy lah, Sofia tahu cawan yang mana aku selalu pakai. Dan kopi yang kau buat rasa lain daripada Sofia. Sofia tu mulut murai, tetiba pulak hari ni diam sopan je, memang aku tahu lah"

"Dan...paling ketara sekali, warna mata kau dan Sofia" jelas Zaidan.

Safiyya mengangguk kepalanya berkali-kali. Pandai juga bos si Sofia ni. Cepat betul dia tangkap perbezaan antara Safiyya dan Sofia.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya hanya memandang sahaja komputer Sofia dihadapannya. Sepatah apa pun dia takfaham sekarang ni. Dia hanya menekan tetikus berpura-pura menyiapkan kerja.

Zaidan yang baru sahaja keluar daripada office terus menuju ke meja Safiyya. Dia menahan tawa melihat wajah Safiyya yang seperti tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

'Itulah, nak menyamar lagi. Kan dah tak tahu nak buat apa' ketawa Zaidan didalam hati.

Safiyya yang merasa seakan diperhati terus mengangkat wajahnya. Terkejut dia apabila melihat Zaidan yang sedang berdiri di sebelah mejanya.

Terus dia bangun dari duduk dan menunduk sedikit kepada Zaidan.

"Ye tuan, ada apa yang boleh saya bantu?" soal Safiyya.

Zaidan melirik mata ke jam di pergelangan tangan. Dah waktu makan tengahhari. Macam tak ada kawan je nak pergi makan hari ini.

"Jom lunch" ajak Zaidan. Wajahnya seperti biasa, tiada reaksi.

Terkebil-kebil Safiyya memandang Zaidan yang jauh lebih tinggi daripadanya. 155cm dengan 185cm boleh patah leher Safiyya mendongak.

"Tuan ajak saya ke?" tanya Safiyya menunjuk dirinya sendiri.

"Eh taklah, aku ajak ni" balas Zaidan sebelum mengambil patung penyu kecil diatas meja Safiyya.

"Ajak penyu teman makan? Lonely betul tuan ni" kata Safiyya. Dia fikir dia hanya bercakap didalam hati tetapi...

"Kau cakap aku lonely hm?" bisik Zaidan dengan suara yang agak serak basah. Dia menongkat tangan di meja sambil memandang tepat kearah mata Safiyya.

Terkaku Safiyya apabila Zaidan mendengar kata-katanya sebentar tadi. Dah lebih mengejutkan dia apabila Zaidan semakin mendekatkan jurang antara wajah mereka.

Suasana di office sangat sunyi kerana yang lain sudah meninggalkan office untuk lunch. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"Aku nak pergi lunch ni, kau tinggallah sesorang. Nanti ada yang teman aku tak tahu. Office ni keras sikit tau" usik Zaidan. Terus dia meninggalkan Safiyya sendirian.

Meremang bulu roma Safiyya. Dia mengusap lengan sambil memandang sekeliling. Terus dia mengambil beg tangan dan berlari mengejar Zaidan.

"Tuan tunggu saya, saya nak ikut" panggil Safiyya.

Akibat tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, Safiyya tergelincir sebelum jatuh terduduk.

"Arkkk" jerit Safiyya sambil memegang pinggangnya yang berasa sakit.

Terus Zaidan mengalihkan pandangan kebelakang. Terbeliak luas mata Zaidan melihat Safiyya yang terjatuh.

Dengan laju dia mendapatkan Safiyya sebelum mencangkung di tepi Safiyya. Dia mengawal riak wajah risaunya agar Safiyya tidak perasan.

"Kau ni, memang tak reti hati-hati ke? Pagi tadi hampir kena langgar, sekarang ni jatuh pulak" bebel Zaidan.

"Ish tuan ni, orang tengah sakit ni. Membebel pulak" marah Safiyya dengan perlahan sebelum memegang kakinya yang terseliuh.

Zaidan memandang buku lali kaki Safiyya yang membiru.

"Aku pegang kaki kau boleh?"

Safiyya mengangguk sambil membelek kakinya.

Zaidan membuka kasut Safiyya secara perlahan-lahan agar tidak menyakiti gadis itu. Mendesis sakit Safiyya apabila tangan besar Zaidan membelek-belek kakinya.

"Aku bawa kau pergi mengurut dulu. Takut membengkak pulak kalau dibiarkan" kata Zaidan.

For the first time, he cares about women. He's always  arrogant with women's but never with Safiyya.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now