Bab 29 🕊️

1K 79 7
                                    


"He's my first love and he's my future husband!"

Terus terbangun Tuan Adam. Dia merapati Sofia dengan wajah yang bengis.

"Papa jaga Sofi bagai menatang minyak yang penuh. Macam ni Sofi balas dekat papa?!" tinggi suara Tuan Adam.

Buat pertama kali Tuan Adam meninggikan suara kepada anak kesayangannya, Sofia. Dia mengetap rahang dan menggigil sedikit menahan marah.

Puan Zalikha dan Puan Athifa memandang sesama sendiri apabila suasana semakin hangat. Mereka memberi isyarat mata agar mengalihkan fokus Tuan Adam kepada mereka semula.

"Ehem.. sebelum saya lupa, saya pun datang untuk menyunting bunga di taman tuan dan puan" kata Puan Zalikha tersenyum manis. Lebih kepada senyum terpaksa.

Sakit hatinya apabila bakal menantunya diperlakukan sebegini oleh keluarga sendiri!

Terpaling wajah Tuan Adam daripada memandang Sofia. Berkerut keningnya.

"Puan ni siapa ye?" soal Puan Sarimah.

"Lupa nak kenalkan diri. Saya Puan Sri Zalikha. Ibu kepada Hanz Zaidan" dengan lancar dia memperkenalkan diri.

Terbeliak besar mata Tuan Adam. Dia terus mengawal riak wajahnya agar kelihatan seorang ayah yang baik dihadapan wanita kaya ini.

"Puan Zalikha apa khabar? Zaidan apa khabar? Lama kami tak berjumpa dengan dia" ramah Tuan Adam. Lakonan harus dimulakan.

Puan Zalikha dan Puan Athifa mencebik bibir kebawah sedikit. Menyampah!

"Tuan Adam nampak saya dekat sini kan? Bermakna saya sihatlah tu. Dan Zaidan? Alhamdulillah dia sihat. Orang tengah hangat bercinta kan, mestilah sihat" sindir pedas Puan Zalikha.

Sekarang dah tahu kan daripada siapa mulut pedas si Zaidan datang? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Tuan Adam mengawal riak wajah agar kelihatan biasa sahaja. Dia menghembus nafas kasar.

"Hangat bercinta? Jadi kenapa puan datang sini untuk menyunting bunga dekat taman saya pulak? Sofia dah ada pilihan hati sendiri. Puan pun dengar kan tadi?"

Puan Zalikha masih tersengih. Dia tahu mental Tuan Adam sudah terganggu dengannya. Baru kau tahu siapa Puan Zalikha yang sebenarnya.

"Siapa cakap saya nak pinang Sofia untuk Zaidan?" soal Puan Zalikha bersahaja.

'Jangan cakap yang Pia dengan Zaidan bercinta!' bentak keras hati Tuan Adam.

"Saya ada seorang je anak. Itu ialah Andara Sofia.." balas Tuan Adam.

"Dan Andara Safiyya kan? Saya rasa adik kembar Sofia hidup lagi. Kenapa tuan cakap tuan hanya mempunyai seorang anak sahaja ye?" dengan pantas Puan Zalikha mencantas kata-kata Tuan Adam.

Tuan Adam menggenggam erat tangan. Tak guna! Macam ni sahaja dia ditindas hanya kerana Safiyya!

Safiyya merasa seperti ini waktu yang tepat untuk membela diri. Dia sudah penat ditindas oleh Tuan Adam. Sekarang waktunya untuk bangkit semula.

Dia keluar daripada bilik dan berdiri disebelah Sofia.

"Ye, Pia dengan Zaidan memang bercadang untuk berkahwin. Kami mencintai antara satu sama lain" kata Safiyya dengan wajah yang kosong.

"KAU!" dengan laju Tuan Adam bangun dan menuju kearah Safiyya. Wajahnya sangat bengis ketika itu.

Tetapi Safiyya langsung tidak berganjak sedikit pun. Dia perlu berani. Berani mempertahankan haknya!

Naik tinggi tangan Tuan Adam untuk menampar Safiyya. Tetapi belum sempat Tuan Adam menampar, ada tangan yang lebih pantas menghalangnya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Kalau kau tampar bakal isteri aku, aku tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan keras!" kata Zaidan dengan wajah yang sama bengis.

Dia hanya menunggu di luar. Tetapi hatinya bagai dipanggil untuk masuk kedalam. Dia juga sudah tidak dapat menahan sabar lagi.

"Macam ni nak jadi menantu aku? Dasar anak muda kurang ajar!" bentak Tuan Adam.

"Kau nak aku hormat kau? Kau ada hormat orang ke? Sebelum kau nak aku hormat kau, cermin diri kau tu dulu!" balas Zaidan.

Api bertemu api. Maka terbakarlah rumah itu.

Tuan Adam menarik kasar tangannya dari genggaman Zaidan. "Baik, kau nak sangat kahwin dengan dia ni kan. Kahwinlah. Tapi jangan harap aku akan datang dan jadi wali nanti!"

Tuan Adam memandang Puan Athifa sekilas. "Aku terima lamaran anak kau untuk Sofi. Minggu depan mereka nikah".

Terus Tuan Adam masuk kedalam bilik. Dia menghempas pintu dengan kuat.

Puan Sarimah memandang Puan Athifa dan Puan Zalikha dengan pandangan sayu. Dalam masa yang sama, dia gembira ada yang sudi menjaga puteri-puterinya.

"Tolong, bawa Sofia dan Safiyya pergi jauh dari sini. Mama redha. Mama nak anak-anak mama bahagia dengan pasangan hidup masing-masing"

Pesan Puan Sarimah sambil memandang Zaidan yang juga sama memandangnya.

"Bahagiakan Pia ye Zaidan. Jadilah satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan Pia" pesannya lagi.

Luluh hati mereka yang berada disitu. Puan Zalikha berasa sayu melihat nasib ibu kepada Safiyya ini. Pasti hidupnya terseksa bersama suami seperti Tuan Adam.

"Sarimah, awak jangan risau ye. Saya dengan Athifa berjanji akan jaga dan sayang anak-anak awak macam anak kami sendiri. Awak boleh pegang janji kami"

Ikhlas Puan Zalikha berkata. Dia sangat menyayangi Safiyya. Seperti itu juga dengan Puan Athifa. Dia tidak akan pernah sesekali pun menyakiti Sofia.

Kerana Sofia ada segala-galanya bagi Arash. Dan jika Arash bahagia, dia juga akan turun bahagia.

"Han, papa taknak jadi wali untuk saya. Macam mana kita nak berkahwin?" soal Safiyya sambil mendongak kecil memandang Zaidan yang jauh lebih tinggi.

Zaidan hanya senyum sahaja. Dia sudah dapat mengagak tentang ini. Jadi dia sudah bertanya kepada ustaz di masjid kawasan rumahnya.

"Kita bernikah dekat kampung halaman aku. Di kedah. Ustaz cakap jika seorang anak perempuan keluar dari kawasan rumah dan jauhnya melebihi dua marhalah. Perkahwinan itu sah dengan berwakilkan hakim yang diiktiraf di kawasan tersebut"

Terang Zaidan dengan jelas sekali. Dia mengusap lembut ubun-ubun Safiyya yang masih mendongak.

"Walaupun tanpa mendapat persetujuan daripada wali?" soal Safiyya inginkan kepastian.

Zaidan mengangguk dengan yakin. Dia juga sudah memberitahu pejabat agama di Kedah tentang pernikahan mereka. Minggu hadapan mereka akan dinikahkan.

'Sikit lagi sayang sebelum Dara jadi milik Han sepenuhnya. My Dara, i'm here with you and always here with you'

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sedikit pencerahan :

Sedikit pencerahan :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now