Bab 14 🕊️

901 53 0
                                    


"Andara Safiyya!"

Zaidan yang sedang memapah Safiyya terus mengangkat wajahnya. Dia memandang Tuan Adam yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah dengan wajah yang bengis.

Safiyya menelan kesat liurnya melihat wajah bengis Tuan Adam. Dengan perlahan, dia menarik tangannya daripada genggaman Zaidan.

Sofia terus berlari keluar daripada rumah apabila mendengar suara Tuan Adam memanggil nama Safiyya.

"Ya Allah Pia kenapa ni?" cemas Sofia melihat kaki adiknya yang berbalut. Dia mengerling sekilas kearah Zaidan yang berada disebelah Safiyya.

'Shit, matilah aku' bisik hati Sofia.

Zaidan memandang sekilas kearah Sofia. Dia tidak peduli tentang penyamaran Safiyya. Yang dia kisahkan sekarang ialah Tuan Adam.

"Sofi bawa Pia masuk sekarang! Dah nak malam baru reti nak balik? Anak dara apa macam ni?!" marah Tuan Adam.

Sofia memeluk bahu sebelum memimpin Safiyya menuju ke pintu rumah dengan perlahan. Safiyya menoleh kebelakang seketika untuk memandang Zaidan.

"I'm sorry, thank you" ucap Safiyya tanpa suara. Dia kemudiannya masuk kedalam rumah dengan bantuan Sofia.

Zaidan hanya menayang wajah tiada reaksi sahaja.
Dia kembali memandang Tuan Adam yang menghampirinya.

"Kamu ni siapa? Apa hubungan kamu dengan Pia?" soal Tuan Adam.

"Saya Hanz Zaidan, bos dekat syarikat Sofia bekerja" balas Zaidan dengan tenang.

Walaupun Tuan Adam sedaya upaya menayang wajah bengisnya, sedikit pun tidak menggoyangkan keberanian Zaidan.

Ini Hanz Zaidan lah, ahli The White Lions. Tiada perkataan takut dalam kamus hidup Zaidan. Melainkan takut kehilangan orang yang dia cintai.

"Kalau kamu bos Sofi, kenapa kamu hantar Pia balik? Dia ada menyusahkan kamu ke?" soal Tuan Adam lagi.

Zaidan menghembus nafas perlahan. Dah macam kena soal dekat balai polis pula ni.

"Yang itu tuan boleh tanya dekat Sofia sendiri" balas Zaidan dengan bersahaja.

"Masuklah dulu, tak elok tetamu bersembang dekat luar" ajak Tuan Adam sebelum masuk kedalam rumah.

Zaidan membuka kasut dan masuk kedalam.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, masuk lah. Aunty ni mama Sofia" ramah Puan Sarimah menyambut kedatangan bos kepada anaknya.

Safiyya hanya mengintai daripada pintu bilik sahaja. Seperti biasa, dia tidak akan dibenarkan keluar jika ada tetamu yang datang.

Sofia menghidang air dihadapan Zaidan sebelum tersengih kekok memandang bosnya. Hehehe jangan marah bos.

"Minum lah tuan Zaidan. Sedap tau air saya buat" jemput Sofia.

Zaidan mengambil cawan dan menyisip sedikit sekadar membasahkan tekak. Dia kembali menyandarkan badan sambil matanya mencari kelibat Safiyya.

"Apa nama bos Sofia ni" tanya Puan Sarimah.

"Hanz Zaidan puan" jawab Zaidan dengan sopan.

"Oh Zaidan, dah kahwin ke?" terbeliak mata Sofia mendengar soalan mamanya.

Zaidan menggosok belakang leher sebelum menggeleng kepalanya. Dia tersenyum kurang selesa apabila terus diasak dengan soalan tentang peribadinya.

"Baguslah tu, boleh aunty jodohkan dengan Sofia. Senang sikit nak pergi kerja kan" cadang Puan Sarimah.

Tercengang Sofia dan Safiyya ketika itu. Safiyya yang mendengar daripada jauh terus memegang dadanya apabila dia merasa berdebar.

Sofia menggeleng kepalanya dengan laju. Manakala Zaidan hanya diam menahan sabar. Dia tidak suka dijodohkan begini. Malah, dia hanya menganggap Sofia sebagai seorang adik sahaja.

"Sofi taknaklah mama. Kita orang hanya sekadar pekerja dan bos sahaja. Tak lebih daripada tu. Lagipun tuan Zaidan dah ada calon lah mama"

Zaidan mengecilkan mata memandang Sofia. Pandai bagi alasan eh. Nama aku juga yang dia pakai. Lantaklah, asalkan Puan Sarimah tak meneruskan cadangan tak masuk akal tadi.

"Saya minta diri dulu tuan puan" kata Zaidan sambil bangun. Dia berjabat tangan dengan Tuan Adam dan menunduk sedikit kepada Puan Sarimah.

Dengan pantas dia keluar daripada rumah Sofia. Sambil berjalan menuju ke kereta, dia memandang sekilas kearah pintu rumah.

Bayangan Safiyya muncul di fikiran Zaidan tika itu. Zaidan terus menggeleng-geleng kepalanya.

"Zaidan, sei pazzo" marah Zaidan sendirian.
(Gila kau ni, Zaidan )

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Arash termenung di puncak bukit sendirian. Dia sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk berkumpul di sini.

Kebetulan dia sampai terlebih dahulu, jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil angin malam sementara menunggu yang lain.

Arash mengalihkan pandangan kebelakang apabila kedengaran bunyi superbike mendekat. Aaydan dan Zaidan memarkir superbike mereka di sebelah kereta Arash.

Manakala Raiyan juga tiba pada waktu yang sama. Dia keluar daripada kereta dan menuju ke Arash dengan santai.

"Inilah janji melayu, janji pukul berapa? Tengok sekarang ni dah pukul berapa?" marah Arash. Dia berpeluk tubuh memandang ketiga-tiga lelaki itu.

"Chill lah, lambat 10 minit je pun" balas Raiyan.

Arash menjuling bola mata keatas sebelum melabuhkan punggung dikerusi. Zaidan mengambil tempat di sebelah Arash sebelum membetulkan rambutnya.

"Mana Aayden dengan Haris?" soal Zaidan kepada Aaydan.

"Aayden macam biasalah dengan isteri tercinta. Haris on duty malam ni" jawab Aaydan.

Zaidan mengangguk sebelum menyambut huluran air daripada Arash. Bagus betul pemilik cafe ni, datang lepak pun siap tapaukan air untuk kawan-kawan.

"Bagusnya kawan aku yang sorang ni, tahu-tahu je aku haus kan" puji Aaydan.

"Diam, minum je" balas Arash dengan garang.

"Hek eleh, datang bulan ke mamat ni garang semacam" kata Aaydan sambil membuat muka menyampah.

Hanya Arash dan Aaydan sahaja yang mengeluarkan suara bergaduh sesama sendiri. Begitulah jika mereka bertemu, pasti ada sahaja akalnya.

Zaidan dengan Raiyan? Mereka berdua lebih memilih untuk mendengar dan menyahut apabila dipanggil sahaja.

Zaidan, Raiyan dan Aayden adalah tiga sekawan yang paling kurang bercakap didalam geng mereka. Cold-hearted line.

Manakala Arash, Aaydan dan Haris pula yang paling banyak bercakap. Aayden juga pening apabila secara tiba-tiba Arash terikut perangai gila si Aaydan. Aayden memanggil mereka bertiga bala line.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now