Bab 27 🕊️

1.1K 86 4
                                    


"Mama, please? Let me explain first..."

Meleret suara Zaidan apabila Puan Zalikha memandang kearah lain. Monyok sahaja wajahnya sekarang. Terasa seperti ditipu oleh anak sendiri.

Safiyya menguis hujung jari kaki di karpet gebu di ruang tamu itu. Gementar dia apabila Puan Zalikha langsung tidak bercakap dan memandang mereka.

"Sanggup Adan tipu mama kan?" sayu suara Puan Zalikha.

Zaidan menggaru kepala yang tidak gatal. Nak kena keluarkan bakat memujuk ni. "Mama, Adan tak tipu mama. Adan cuma tak bagitahu mama tentang kembar Sofia. Itu je ma"

Zaidan memandang tepat kearah Puan Zalikha. Serentak itu Puan Zalikha terus memusingkan kepalanya. Dia memandang Zaidan dan Safiyya bersilih ganti.

"Jadi yang mama mengurut haritu ialah Safiyya? Bukan Sofia kan?" soalnya.

Zaidan mengangguk laju. "Waktu tu, Dara... eh silap. Safiyya gantikan tempat Sofia sekejap sebab Sofia tak sihat. Tapi lain pulak yang jadi bila Safiyya terjatuh masa kami nak pergi lunch. Adan taknak kaki dia makin bengkak. Sebab tu Adan bawa dia datang berurut dengan mama"

Jelas Zaidan tentang kejadian hari itu. Dia tidak mahu Puan Zalikha tersalah anggap kepada Safiyya. Sebaiknya dia menjelaskan terlebih dahulu.

Safiyya mengangkat perlahan-lahan wajahnya. Dia mencuba beranikan diri untuk bersuara. Dia mencengkam sedikit peha menghilangkan gementar.

"Sa..saya minta maaf au..aunty. Sa..saya yang sa..salah bukan ba..baby Han" gagap Safiyya sehingga terlepas panggilan istimewanya kepada Zaidan.

Terbeliak mata Zaidan sebelum mengemam bibir menahan ketawa. Memerah pipinya.

Puan Zalikha berdehem sebeluh mengalihkan pandangan ke tepi seketika. Dia tersenyum sembunyi sambil berpura-pura batuk.

"Baby Han ye? Muka bapak-bapak macam ni pun panggil baby?" usik Puan Zalikha.

'Alamak!' terus Safiyya menutup mulut dengan tangan apabila menyedari yang dia terlepas cakap. Dia memandang kearah Zaidan perlahan-lahan.

Senyum senget Zaidan melihat sikap gelabah kekasih hatinya sudah kembali. Pantang kena usik sikit, terus keluar gelabahnya. Ngap karang baru tahu.

"Maaf aunty, saya terlepas" ujar Safiyya perlahan.

"Siapa bagi keizinan kamu untuk panggil aunty?" usik Puan Zalikha sambil menggarangkan wajahnya.

Mengecil mata Zaidan melihat kenakalan Puan Zalikha. Sengajalah tu nak mengusik Safiyya. Patut anak kuat mengusik, turun daripada mama rupanya.

Safiyya menepuk lembut bibir. Dia berdehem sambil mengemam bibir. 'Aduh nak panggil apa ni? Baby Han tolong saya!'

Terjungkit senyum lebar Puan Zalikha melihat Safiyya yang sedang gelabah sepertinya sedang memikir panggilan apa yang patut dia gunakan.

"Just call me mama. Because i'm your future mother in law, Dara"

Terkebil-kebil mata bulat Safiyya apabila mendengar suara lembut Puan Zalikha. Yang lebih mengejutkan bila Puan Zalikha menerimanya sebagai bakal isteri untuk Zaidan.

Safiyya menekup mulutnya sebelum mengalir setitis airmata ke pipi.

"Eh Adan, kenapa dia nangis? Mama ada salah cakap ke?" gelabah Puan Zalikha melihat Safiyya mengalirkan airmata. Dia bangun dan mengorak langkah kearah Safiyya.

"Mama tanyalah. Adan pun taktahu kenapa dia menangis" cemas juga wajah Zaidan.

Puan Zalikha melabuhkan punggung di samping Safiyya dan memeluk kemas bahu bakal menantunya.

"Kenapa anak mama yang cantik ni menangis? Mama ada salah cakap ke sayang?" soalnya dengan lembut.

Safiyya menyedut kembali hidung apabila terasa seperti sesuatu ingin mengalir keluar daripada hidungnya.

Zaidan menarik beberapa helai tisu dan mencangkung dihadapan Safiyya. Dia menekup hidung Safiyya dengan tisu.

"Hembus buang hingus kau. Jangan sedut balik" lembut Zaidan berkata.

Safiyya memandang mata Zaidan sekilas sebelum menghembus hingus. Tangannya naik mahu mengelap hidung yang masih basah dengan sisa hingus.

Dengan laju Zaidan menghalang. Dia memegang pergelangan tangan Safiyya. "Tisu ada, kenapa nak pakai tangan? Kotorlah nanti"

Tegur Zaidan sebelum mengelap sehingga bersih hidung Safiyya. Dia bangun dan terus menuju ke dapur.

"Adan tu memang nampak garang dan kasar. Tapi sebenarnya hati dia lembut sangat Dara. Dulu dia ceria orangnya. Tapi semuanya berubah selepas dia kehilangan Hanis"

Puan Zalikha membuka sedikit cerita tentang anak lelakinya. Baginya, tidak salah jika Safiyya tahu serba sedikit tentang masa silam Zaidan.

Safiyya yang akan bersama dengan Zaidan selepas mereka berkahwin. Mereka akan sehidup semati bersama. Jadi sangat perlu untuk Safiyya tahu tentang Zaidan.

"Siapa Hanis tu mama? Bekas kekasih Adan ke?" soal Safiyya dengan perlahan.

Senyum Puan Zalikha. Pasti cemburu. "Hanis Zulaikha, satu-satunya adik yang Adan ada. Tapi Allah lebih sayangkan dia" jelas Puan Zalikha.

Tergamam Safiyya. Kesian baby Han, mesti dia sedih kehilangan satu-satunya adik yang dia. Safiyya mengeluh lembut dek kerana kasihan mendengar kisah silam Zaidan.

Puan Zalikha mengusap bahu Safiyya dengan lembut. "Mama tahu Dara ada sesuatu nak cerita kan? Mama sentiasa ada untuk dengar" kata Puan Zalikha.

Safiyya menceritakan tentang Tuan Adam dan Puan Sarimah yang bercadang untuk mengahwinkan Sofia bersama Zaidan.

"Dara tahu, Dara jauh berbeza dengan Sofia. Dara tak sepandai Sofia..." 

Belum sempat Safiyya menghabiskan ayat, terus Puan Zalikha menekup mulutnya. Terkebil-kebil matanya memandang tangan Puan Zalikha.

"Enough, mama taknak dengar lagi dah. Mama tak kisah kalau Sofia lagi berjaya ke apa. Yang penting sekarang ni, mama nak Dara yang jadi menantu mama. Dan bukan Sofia"

"Kalau mama kena bertengkar dengan papa Dara sekalipun mama sanggup! Asalkan dia izinkan Dara jadi sebahagian daripada keluarga Tuan Hanif!"

Tegas Puan Zalikha berkata. Dia bersungguh-sungguh  mahu mengangkat Safiyya sebagai menantu sulung dan tunggal dalam keluarga Tuan Hanif.

Tidak ada yang boleh menghalangnya, termasuk Tuan Adam. Dia pasti Zaidan juga akan melakukan hal yang sama. Kerana pada mata hitam pekat Zaidan, terukir wajah Safiyya yang sedang tersenyum bahagia.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now