Bab 10 🕊️

955 57 0
                                    


"Masuk bilik aku sekarang..." panggil Zaidan melalui interkom.

Sofia terus bangun dan mengambil ipadnya. Dia menuju ke bilik Zaidan lalu mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Come in"

Dia membuka pintu dan masuk berdiri di hadapan meja bosnya.

"Ye tuan Zaidan, ada yang boleh saya bantu?" soal Sofia.

Zaidan meletakkan pen di atas meja lalu menyandarkan badan. Dia menyilangkan kaki kanan ke atas kaki kiri.

"Esok kita ada mesyuarat penting kan?" soal Zaidan dengan wajah yang seperti biasa. Tiada perasaan.

Sofia mengangguk laju dan membuka ipad lalu menyemak jadual Zaidan.

"Betul tuan, esok kita ada mesyuarat dengan klien daripada Pahang tuan" jelas Sofia.

Zaidan mengangguk sambil melonggarkan sedikit tali lehernya. Dia menolak fail berkaitan mesyuarat esok kepada Sofia.

"Aku nak kau semak fail ni sebelum mesyuarat esok, pastikan kau datang esok. Jangan tiba-tiba sakit pulak" pesan Zaidan.

Sofia mengerutkan kening sambil mengambil fail tersebut. Dia menyelak isi kandungan fail tersebut.

"Tapi tuan, macam pelik je. Selalunya Kak Nina yang uruskan fail-fail berkaitan mesyuarat dengan klien tuan" kata Sofia.

"Aku bos atau kau bos?" soal Zaidan sambil menjongket sebelah kening.

Sofia memutar bola mata keatas sebelum mengangguk kepada Zaidan.

"Ye tuan Hanz Zaidan bos saya yang palinggggggg hensem" balas Sofia dengan ikhlas sekali.

Terjungkit bibir atas Zaidan mendengar sindiran daripada Sofia. Pembantu peribadi yang paling memeningkan kepala.

"Oh sebelum aku lupa, kau dengan Arash ada apa-apa ke?"

Terkebil-kebil Sofia apabila Zaidan bertanya tentang dia dan Arash. Dia menelan kesat airliurnya.

'Soalan ni lagi susah daripada soalan SPM ni' bisik hati Sofia.

Zaidan memandang tepat ke arah Sofia yang seperti cacing kepanasan. Terlepas ketawa sinis Zaidan apabila Sofia mengambil masa yang lama untuk menjawab soalannya.

"Kalau suka, cakap suka. Jangan nanti melepas, menangis kau" kata Zaidan sebelum kembali menghadap komputer riba.

Sofia menunduk sedikit sebelum meminta izin untuk keluar dan menyambung kerjanya. Zaidan hanya mengumam sahaja.

Sofia keluar daripada bilik Zaidan dan terus menuju ke mejanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi.

Dia mengemam bibir memikirkan apa yang dikatakan Zaidan sebentar tadi. Arash dah berpunya ke? Arash dah nak kahwin ke?

Pelbagai soalan bermain di fikiran Sofia sekarang. Dia menyandarkan badan ke kerusi sambil termenung. Perlu ke aku mulakan?

'Ish mana boleh perempuan yang mulakan dulu, malu lah aku' bentak hati Sofia.

Sofia menggeleng kepala menghilangkan bayangan Arash daripada dalam fikirannya. Dia kembali menyambung kerja dengan menyemak fail yang diberikan Zaidan.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya mengetuk pintu bilik Sofia yang sedang menyiapkan kerjanya. Dia membuka sedikit pintu dan memasukkan sedikit kepalanya.

"Sofi, aku nak buat samyang ni. Kau nak tak?" soal Safiyya.

Sofia terus mengalihkan pandangan ke arah pintu memandang Safiyya. Dia memegang perut yang tiba-tiba terasa lapar.

"Mama dengan papa tak ada ke? Nanti papa marah aku pulak kalau makan samyang" balas Sofia.

Tuan Adam cukup melarang Sofia untuk membeli dan makan segala jenis maggi. Tetapi Sofia juga manusia biasa, pasti akan ada keinginan untuk merasa. Jadi, dia akan memasak maggi jika papa dan mamanya tiada di rumah.

Safiyya menggeleng kepalanya.

"Papa ada reunion dekat Perak. Mama ikut sekali, rasanya esok atau lusa baru balik" balas Safiyya. Dia terserempak dengan mama tadi setelah pulang daripada kedai bunga.

Tersenyum lebar Sofia mendengar bahawa orang tua mereka tiada dirumah. Bermakna mereka bebas seketika sementara papa tiada.

"Okey lah kalau macam tu, aku nak jugak. Kita makan dekat ruang tamu tau. Twins movie night?" cadang Sofia sambil tersenyum penuh makna.

Safiyya juga tersenyum lebar sambil menunjuk ibu jarinya. Terus dia menutup kembali pintu dan berlari ke dapur.

Setelah siap, Safiyya menghidangkan di atas meja di ruang tamu. Sofia yang baru sahaja keluar daripada bilik terus menghidu kuat bau samyang.

"Sedapnya bau! Terus menyanyi perut aku" terus Sofia melabuhkan punggung di sebelah Safiyya.

"Jangan sakit perut sudah, esok kau ada mesyuarat penting kan?" kata Safiyya.

Sofia mengangguk sahaja sambil mengunyah dengan penuh nikmat. Dia sudah tidak kisah tentang mesyuarat atau apa-apa jika bersama makanan kegemarannya.

Dan akhirnya, sehingga 2 pagi mereka menonton televisyen bersama. Safiyya lelap terlebih dahulu daripada Sofia yang berulang alik ke tandas akibat sakit perut.

'Masin betul mulut bos dengan Pia ni. Betul-betul sakit aku dibuatnya' bisik hati Sofia apabila sakit perutnya kembali menyerang.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

"Sofi bangun! Kau tak pergi kerja ke hari ni?"

Sudah hampir 10 kali Safiyya mengejutkan Sofia yang nyenyak tidur. Berkerut dahi Safiyya apabila melihat bibir pucat Sofia.

Eh kenapa pulak si Sofi ni. Semalam elok je siap twins movie night lagi.

"Sofi, kau okey tak ni? Kenapa sampai pucat bibir ni? Kau tak sihat ke?" bertubi-tubi soalan Safiyya.

Sofia mencelikkan sebelah mata. Dia memegang perut yang masih terasa sakit. Berpeluh dahinya.

"Pia..." panggil Sofi dengan suara yang perlahan.

Safiyya mengumam sahaja. Dia mengusap lembut kepala Sofia.

"Tolong gantikan aku boleh? Tolong menyamar jadi aku boleh?" pinta Sofia.

"WHAT?!" terkejut beruk Safiyya. Walawei pagi-pagi dia buat kejutan pula.

"Kau cuma kena ikut bos aku hadir mesyuarat tu je. Tak perlu cakap apa-apa pun" sambung Sofia.

Terbeliak besar mata Safiyya. Terkaku badan Safiyya dibuatnya.

'Aku ganti Sofi kerja dekat syarikat tu? Ini kerja gila tahu tak? Oh holy damn' bisik lemah hati Safiyya.

"Piaa..please? Kali ni je aku minta tolong kau" rayu Sofia.

Safiyya yang merasa serba salah untuk menolak terus mengangguk kepalanya tanpa dia sedar. Terus tercengang Safiyya apabila baru sedar yang dia terangguk sebentar tadi.

"Fine! Aku tolong kau kali ni" pasrah Safiyya.

Macam mana agaknya Safiyya yang pendiam menyamar menjadi Sofia yang periang? Nantikan...

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now